Thursday, March 31, 2011

Vampier 27

Posted by Snow_Queen at 8:43 PM
“Amboi! Sejak masuk kerja tadi sengih memangjang je. Ada apa-apa cerita best ke kak?” Myra memandangku. Myra berpaling meneruskan kerjanya susun stock di rak berhampiran pintu manakala aku menyusun stock di belakang kaunter. Lagu-lagu yang berkumandang di radio pula semenjak tadi tak habis-habis putarkan lagu cinta. Macam tahu-tahu je perasaanku harini.
“Akak..Akak suka lelaki yang macam mana?” Myra menyoal sambil tangan lincah membuat kerja. Aku diam diri. Berfikir.
“Errrmm…Tinggi daripada akak, mesti sedap mata memandang, hidung mancung, Bibir merah bak delima apa lagi ye? Badan mesti sasa tapi taklah sampai berotot macam ahli sukan bina badan tu. Lepas tu kan Myra kalau boleh akak tak nak bercinta-cinta ni terus kahwin jelah kalau akak dah jumpa lelaki idaman akak tu. Lagi best macam tu. Lepas tu kalau anak pula dua orang macam okay juga tapi macam tak meriah pula. Ha…Lima orang pun cukuplah sekurang-kurangnya biar meriah sikit rumah tu. Myra pula macam mana?” Aku terus tersenyum. Berangan! Tanpa sedar sikit je Myra tanya, dia pergi jawab lebih-lebih pula.
“Eh, Myra apa pasal..” Aku tergamam bila aku memusingkan badan. Jae Joong, Junsu dan Max sedang tersengih-sengih memandangku. Aku rasa macam nak jadi halimunan pula.
“Dengar tu Jae…Lima orang anak dia nak.” Junsu jungkit kening. Mentang-mentang semua orang dah tahu perihal hubungan aku dan Jae Joong.
“Lebih daripada tu pun aku mampu bagi.” Jae Joong sengih nakal.
“Eiii….Tak kuasa. Ni nak apa bertandang ke mari?” Yuki menjeling. Sebenarnya dia rasa nak pengsan sekarang juga. Malu tak payah cakaplah.
“Myra..Kami nak pinjam Yuki sekejap boleh?” Max memandang Myra. Myra terus tertunduk malu.
“Boleh..” Laju aje Myra menjawab.
“Amboi kau Myra…Dengar je suara Max terus jadi lemah-lemah sendi..Maklumlah orang yang disukai ada depan mata.” Myra menjegilkan matanya memandangku.
“Nak pergi mana?” Aku mengerling memandang Jae Joong.
Triangle Trafalgar.” Pantas Jae Joong menjawab. Aku menanggalkan apron.
“Ha…Takkan Myra nak jaga kedai sorang-sorang. Max, kau ganti aku.” Aku memandang Max.
“Huh?” Max kerut kening.
“Apa akak merepek ni? Takkan nak suruh elders jaga kedai?” Muka Myra dah pucat.
“Ha’ah Max. Kau tolong ganti Yuki eh.” Jae Joong menarik tanganku keluar. Aku buat isyarat peace pada Myra.
Selepas Jae Joong, Junsu dan Yuki beredar, Myra memandang Max.
“Errrr…Saya boleh jaga sorang-sorang. Elders Max boleh balik.” Myra jadi gugup. Terasa tak ada oxygen di dalam dadanya.
“Tak apa..Saya tolong okay? Apa yang perlu saya buat?”  Max mengukir senyum manis. Myra rasa dah nak pengsan!
***
“Pandai awak kenakan Max.” Jae Joong cubit pipiku.
“Apa salahnya. Saya bantu orang lain cari jodoh.” Aku tarik sengih.
“Aku kau tak nak tolong ke?” Junsu yang duduk di belakang menyampuk.
“Ala Jun..Aku tak ada kawan extra. Kalau ada aku kenalkan eh. Ni kita nak pergi Triangle Trafalgar buat apa?” Aku memandang ke arah Jae Joong yang tenang memandu.
“Siasat temple yang awak tengok haritu. Awak tolong tunjukkan tempat tu dekat mana. Kami tak pernah ke sana.” Aku mengangguk.
“Ada benda yang terjadi dekat sana ke?”
“Ni nak pergi tengoklah ni. Kot-kot ada yang tak kena. Kebelakangan ni ada laporan yang selalu mengatakan temple tu didiami oleh new born.” Junsu menyampuk.
New born? Biar betul?” Aku mengerutkan kening. New born adalah istilah untuk   vampire yang asalnya adalah manusia.
“Kalau betul…Korang nak buat apa dengan new born tu?” Aku menyoal meskipun aku tahu akibat yang menanti new born.
“Kami akan tengok siapa yang boleh dikawal dan tak boleh dikawal. Yang boleh dikawal kami akan masukkan mereka ke dalam kem khas untuk dilatih dan yang tak boleh dikawal…Awak faham-faham sendirilah.” Jae Joong menerangkan. Aku melopong.
“Cara korang berbeza dengan clan kami. Kalau ada new born..Semuanya akan dibunuh. Tak kira boleh kawal ke tak boleh dikawal. Mesti korang semua disenangi oleh orang-orang korang.” Aku tersenyum nipis. “Mereka buat macam tu untuk jaga salasilah clan. Black swan hanya mahu yang betul-betul asli sahaja menjadi ahli keluarga mereka. Mereka tak mahu new born. Habis kalau mereka semua bercampur, macam mana korang nak bezakan new born dan lamia?” Lamia adalah istilah untuk night people yang asal. Asli. Bukan ciptaan.
“Senang je. Setiap new born akan ada tattoo di leher mereka. Selain daripada itu, iris mata mereka tak boleh bertukar macam kita. Macam awaklah..Kalau awak marah iris mata awak bertukar menjadi warna merah, kalau gembira ungu, kalau menyampah warna hazel, kalau silver lapar, kalau…” aku terus menutup mulut Jae Joong. Malu pula. Junsu sudah tergelak di belakang. Aku terus menjeling Junsu.
“Eh! warna hazel. Dia tengah menyampahlah Jae..” Aku terus cubit paha Junsu. Junsu mengaduh sakit. Jae Joong terus ketawa. Aku turut sama ketawa.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review