Wednesday, March 30, 2011

Vampier 26

Posted by Snow_Queen at 10:19 PM

Aku berjalan mengelilingi rumah Max yang berkonsepkan rumah tradisional Jepun. Cantik! Itu tanggapan pertamaku bila aku jejak kaki ke sini. Dengan taman-taman yang dipenuhi bunga dari pelbagai jenis dan kolam kecil sememangnya menenangkan. Aku masuk kembali ke dalam rumah melihat Max mengeluarkan barang-barang atas para dapur.
“Kau nak masak apa?” Aku menyoal.
“Aku? Masak? You’ve got to be kidding me. Aku mana tahu masak. Makan tahulah.” Max mengeluarkan sekotak applelicious dan menghulurkan padaku.
“Kaulah masak.” Max memandangku. Aku tarik sengih.
“Aku bukan tak nak masak tapi aku malas nak masak harini. Penat duh…” Aku terus berlalu ke ruang tamu.
“Eleh, cakap jelah tak pandai. Banyak pula alasan kau kan? Tak apa nanti yang lain-lain datang dorang boleh masak.” Max tarik sengih nakal. Aku ketawa dan duduk di atas lantai ruang tamu.
Boring ah..jom main game.” Aku bersila dan mendongak memandang Max.
Game apa?” Max duduk menghadapku.
Rock, scissor, paper. Yang kalah kena ikut cakap yang menang.” Aku jungkit kening.
Deal. Jangan cakap aku tak bagi amaran yang aku terror game ni.” Max cuit hidungnya.
“Eleh..Aku harap kau yang jangan nangis nanti.” Aku mencebik.

“Apa pasal rumah ni sunyi? Nak kata tak ada orang, kasut Yuki dan Max ada.” Zara mengerutkan kening.
“Entah-entah dalam bilik.”
“Ouch!” Junsu memegang kepalanya. Yunho menjeling.
“Aku cakap je..” Junsu terus berlalu ke ruang tamu. Dia menghampiri pintu balkoni yang terbuka. Terbeliak matanya apabila melihat Yuki dan Max.
“Kau tengok apa tu?” Kira menghampiri. Kali ni dia sendiri juga turut melopong.
“Sayang?” Yunho menepuk bahu Kira namun Kira tetap juga tak bergerak.
“Woi! Apa yang korang buat tu?” Yunho mengerutkan kening melihat Max yang tergantung dalam terbalik di dahan pokok. Yuki memandang ke arah Yunho.
“Denda.” Yuki memandang ke Max. Seminit kemudian, Max melompat turun. Dia rasa pening. Secara spontan, Max memaut bahu Yuki.
“Kau okay tak ni?” Yuki menyoal cemas. Dia memaut pinggang Max dan membawa Max masuk ke dalam. Langsung tak endah pandangan mata yang lain-lain. Yuki dudukkan Max atas sofa.
“Kau okay? Nak air?” Yuki melutut depan Max.
“Tak apa..Sekejap lagi hilang la pening ni.” Max memejamkan matanya.
“Apa yang korang main ni?” Yoochun bersuara.
Rock, scissor and paper. Yang kalah kena ikut cakap yang menang.” Aku tarik sengih. Sempat aku mengerling ke arah Jae Joong. Pandangan lelaki itu begitu beku. Adakah dia marah pasal aku tinggalkan dia haritu?
“Aku ke dapur dulu.” Aku terus ke dapur melihat Zara dan Kira sedang memasak di dapur.
“Yuki…Kau betul-betul nakkan si Max ke? Tak payahlah..Dia tu kuat makan.” Zara memandangku.
“Apa salahnya. Aku pun kuat makan apa?” Aku jungkit kening.
“Rumah ni cantik kan? Aku rasa dah jatuh cinta dekat rumah ni. Aku suka tengok taman yang dipenuhi pelbagai bunga dan kolam kecil. Rasa damai dan dekat dengan alam semula jadi.” Aku membuang pandang ke arah luar. Zara dan Kira saling berpandangan.
“Rumah Jae Joong lagi lawa daripada ni.” Aku terus sahaja berpaling memandang Kira.
“Habis tu? Korang ni kenapa? Pelik semacam je aku tengok.” Aku mengerutkan kening. Zara dan Kira saling berpandangan sebelum jongket bahu dan terus memasak.
***
Aku memanggil TVXQ yang duduk di ruang tamu selepas lauk makan malam siap dihidang. Oleh kerana konsep rumah ini ala Jepun, maka kami semua makan di bawah. Aku sempat tuang air untuk semua orang. Aku hanya memasang telinga mendengar yang lain-lain bersembang sesama sendiri. Sesekali aku mengerling ke arah Jae Joong yang duduk di depanku.
“Yuki nak tambah nasi lagi?” Kira menyoal.
“Tak apa. Dah kenyang.” Aku menolak dengan baik.

Usai makan, semua orang melepak di ruang tamu. Max menghilangkan diri seketika sebelum kembali ke ruang tamu. Di tangannya ada beberapa keping gambar. Aku pula malas nak masuk campur terus sahaja duduk di bawah dan menonton tv. Sesekali terdengar suara Zara dan Kira. Aku bangun hendak ke dapur untuk mengambil air. Tiba-tiba aku ternampak gambar-gambar di atas meja. Aku berhenti berjalan dan mengambil gambar di atas meja. TVXQ yang sedang bersembang terus memandangku.
“Yuki tahu tempat tu?” Yunho menyoal.
“Pernah nampak waktu berburu di Triangle Trafalgar. Temple ni dah lama. Hampir keseluruhan Temple tu dah kena tutup dengan tumbuhan liar.” Aku meletakkan kembali gambar itu atas meja dan berlalu ke dapur. Buat macam rumah sendiri pula.    
Entah kenapa aku malas hendak ke ruang tamu semula. Jadi aku terus melepak di taman. Aku melabuhkan punggung di atas bangku. Aku memejam mata. Menikmati angin malam. Aku buka mata apabila terasa ada orang duduk di sebelahku. Aku merenung Jae Joong. Lama.
“Kenapa malam tu awak hilang tiba-tiba?” Lembut suara Jae Joong menampar gegendang telingaku.
“Sebab awak mengingatkan saya pada kenangan lalu.” Aku tersenyum tawar dan mendongak memandang langit.
“Teman lelaki?”
“Tunang.” Aku menarik nafas dalam.
“Muka awak serupa sangat dengan dia. Seolah-olah awak adalah dia. Sebab tu saya tak boleh tengok awak.” Entah kenapa aku jadi senang hendak meluahkan segala-galanya pada Jae Joong. Sambil itu aku meraba cincin yang tergantung di rantai leherku. Cincin yang diberi oleh Kyouya sewaktu dia melamar aku di tepi pantai.
“Di mana dia sekarang? Awak masih cintakan dia?” Aku terus bersila dan berpaling menghadap Jae Joong.
“Tak tahu. Dah kahwin barangkali. Memang saya masih cintakan dia..Tapi saya sedang kikis perasaan tu sedikit demi sedikit.” Aku mengusap mukaku kasar dan merenung muka Jae Joong.
“Kenapa berpisah?” Jae Joong memandangku dengan pandangan tak puas hati.
“Panjang ceritanya Jae..Pendek kata dia bertaruh dengan kawan-kawan dia untuk memikat saya. Saya sangat kecewa sebab saya mati-mati sayangkan dia.” Aku mengeluh.
“Kalau…Kalau saya minta awak bagi hati awak pada saya dan biar saya tolong awak lupakan dia..Awak akan bagi saya peluang?” Jae Joong menggengam tangan Yuki.
“Macam mana? Awak nak buat pembedahan muka?” Aku senyum mengejek.
“Kalau perlu!” Tegas sekali kedengaran nada suara Jae Joong. Aku terkedu.
“Takkan kami sama Yuki? Mesti antara saya dan dia ada perbezaan kan? Selain daripada muka.” Lirih kedengaran suara Jae Joong. Aku terdiam. Berfikir. Memang Jae Joong berbeza dengan Kyouya. Suara Kyouya tak semua orang dapat dengar. Kyouya baik hati dan lembut. Manakala Jae Joong sedikit kerek dan selalu buat muka tak ada perasaan. Tapi dalam kerek-kerek dia tu aku dapat rasakan kelembutan Jae Joong. Mungkin dia tak suka tunjuk diri dia yang sebenarnya dekat orang yang dia tak kenal.
“Ada..Ada perbezaan. Tapi…” Belum sempat aku habis berkata-kata, bibir Jae Joong terus mendarat atas bibirku. Aku terkedu namun aku tak pula menolak.
You like it huh?” Jae Joong jungkit kening. Aku ternganga.
You jerk!” Aku terus memukul bahu Jae Joong. Jae Joong terus sahaja ketawa. Dia menangkap tanganku kemudiannya. Aku buat muncung.
“Jadi…Apa status kita? Kalau ikut reaksi awak tadi maknanya awak sudi jadi kekasih saya la eh?” Jae Joong kenyit mata. Aku tertunduk malu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review