Wednesday, March 30, 2011

Vampier 25

Posted by Snow_Queen at 10:02 PM
“Terima kasih. Datang lagi.” Yuki menghadiahkan senyuman manis. Terasa tegang pula muka akibat terlalu banyak senyum.
“Akak nak Myra ambil alih?” Cucu pemilik kedai Teardrops merangkap kawan sekerja Yuki memandang Yuki. Kasihan dia melihat Yuki yang tak menang tangan melayan pelanggan.
“Tak apa Myra. Akak kuat lagi. Kalau tak apa gunanya ada otot ni.” Yuki dengan riak tunjuk otot tangannya.
“Eleh…Otot kemendenya..Tulang adalah.” Myra ketawa mengekeh. Dia senang sekali dengan Yuki walaupun mereka baru berkenalan untuk 4 jam dan 23 minit. Rambut Yuki yang dihighlight dengan merah gelap di beberapa tempat memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.
“Tak apa..Lepas ni hari-hari akak pergi gym okay..” Yuki menarik sengih. Myra menggeleng dan berlalu ke belakang kedai. Dia ingin check jika ada stock yang kurang.
“Selamat datang.” Yuki tunduk sedikit badannya bila mendengar pintu dibuka.
“Yuki.” Yuki angkat mukanya.
“Eh…Macam mana kenal ni? Susah betul orang banyak peminat ni.” Yuki mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Menyampah aku. Kau buat apa dekat sini?” Junsu menyoal.
“Tengah basuh baju. Tak nampak ke?” Yuki tarik senyum sinis.
“Loyar buruk kau kan..” Junsu mencebik. Max sudah ketawa.
“Nak beli apa?” Yuki menadah tangan meminta senarai di tangan Max.
“Myra..” Yuki memanggil.
“Ada apa kak?” Myra berlari ke kaunter.
“Ni hah..Tolong carikan.” Aku memberikan senarai barang kepada Myra. Myra memandang kedua orang lelaki di depannya.
“Selamat petang, Elders.” Myra tunduk hormat. Max dan Junsu mengangguk. Memang menjadi satu kemestian apabila jumpa elders, mesti tunduk badan. Myra berlari ke belakang.
“Bukan kau kerja dekat kedai kek ke?” Max kerut dahi.
“Aku dah berhenti. Saja tukar angin. Cantik tak rambut aku?” Aku sengaja goyangkan rambutku ke kiri dan ke kanan ala-ala iklan syampu. Junsu mencebik. Dalam masa yang sama dia hairan. Hairan kerana Yuki nampak selesa dan tak kisah pasal mereka lagi. Seolah-olah mereka jumpa Yuki yang baru. Bagi Yuki pula daripada lari baik dia berhadapan. Dia dah malas nak lari. Biarlah kalau seribu kali pun dia terserempak dengan TVXQ dia akan buat biasa sahaja.
“Bila kau nak datang mansion lagi? Boleh dinner sama-sama.” Max mengajak.
“Terus terang aku cakap aku rasa semacam je bila masuk mansion. Daripada kau ajak aku masuk mansion baik kau pelawa aku makan malam dekat rumah kau. Apa macam?” Aku jungkit kening.
“Amboi…Gatal kau kan? Nak pergi rumah Max pula.” Junsu dah mula nak menyakat.
“Apa salahnya…Max kan bujang lagi. Aku bujang lagi. Bolehlah..Kalau aku ngorat Yunho lain cerita. Mahu Kira kejar aku satu bandar ni dengan vacuum.” Aku buat muka. Max dan Junsu tergelak.
“Ni barangnya, kak.” Myra meletakkan barang atas kaunter. Aku masukkan barang dalam uncang dan serahkan pada Max. Aku mengerling Myra yang berdiri macam tunggul tepi kaunter. Max menghulurkan duit.
“Simpan bakinya. Okay, kalau macam tu malam nanti kau dinner dekat rumah aku. Kau habis kerja pukul berapa?” Max menyoal.
“Ermm..Dalam pukul 8.”
“Okay…Nanti aku ambil dekat sini. Kau jangan lari pula.”
“Aik! Menyindir ke…” Aku jeling Max. Max dan Junsu ketawa serentak sebelum melambaikan tangan. Myra tunduk badannya sedikit. Selepas keduanya hilang dari pandangan, Myra memegang bahuku. Aku jungkit kening.
“Akak dengan elders tu ada apa-apa ke?” Myra mengerdipkan mata.
“Mana ada apa-apa. Kawan je.” Aku menepis tangan Myra dan menyusun barang di rak belakang kaunter. Ada beberapa barang yang nak kena tambah.
“Bertuahnya akak…” Aku berpaling dan memandang Myra.
“Apasal? Kau ada suka salah seorang daripada mereka ke?” Aku jungkit kening. Muka Myra merona merah. Dia segera berlalu ke belakang. Aku gelak jahat. Sengaja nak menyakitkan hati Myra.
“Amboi, semua kaum kerabat korang memang pelanggan tetap kedai ni ke?” Aku memandang ke arah Yunho dan Kira yang baru masuk ke dalam Teardrops.
“Eh, Yuki..Kenapa kau kata macam tu?” Kira jungkit kening.
“Tadi Max dan Junsu. Sekarang ni kau orang pula.” Aku menghulurkan tangan meminta list barang. Seperti biasa aku menjerit memanggil Myra meminta dia cari barang. Kira aku ni makan gaji buta jugalah sebab malas nak bergerak.
“Kau kerja sini ke?” Yunho menyoal. Aku angguk.
Welcome to Black Dahlia. Harap kau enjoy la kerja dekat kawasan ni.” Yunho melemparkan senyuman.
“Memang enjoy. Dekat sini semua orang ramah-ramah belaka.” Aku tersenyum senang.
“Uih..Kau highlight rambut kau ye..” Kira membelek rambutku.
“Cantik kan? Tak payah puji aku dah tahu.” Kira mencebik. Dia memaut lengan Yunho.
“Sayang…Kira pun nak highlight rambutlah..” Kira bersuara manja. Yunho cuit hidung Kira. “Tak payah sayang. Rambut sayang sekarang pun dah cantik.” Yunho melemparkan senyuman.
“Ehem…Sakit mata tengok…nak lovey dovey balik rumah la eh. Aku ni suci lagi..” Aku jungkit kening sambil bungkus barang-barang Yunho.
“Eleh, entah-entah nanti kau lagi teruk daripada kitaorang.” Kira senyum mengejek.
“Kalau aku dengan Max okay ke?” Aku buat muka selamba. Melopong Kira dan Yunho.
“Kau..Kau minat Max ke?” Yunho menjadi resah tiba-tiba.
“Apa salahnya. Dia bujang dan aku pun bujang. Manalah tahu tak ada orang lain minat dekat aku baik aku rembat si Max tu cepat-cepat. Max okay apa?” Aku senyum manis.
“Errr..Simpan baki. Kita orang balik dulu.” Yunho lekas menarik tangan Kira keluar.
“Tengok..Sejak akak kerja dekat sini semua kata simpan baki. Aish…Susah betul jadi orang cantik ni.” Aku pandang muka Myra yang keruh.
“Yang muka kau macam skeleton warrior tertelan batu ni apahal?” Aku tunjal bahu Myra.
“Kau minat Max eh?” Aku mengecilkan mata sambil pandang Myra. Myra tersenyum tawar.
“La…Akak gurau jelah..Kau jangan ambil hati. Hati akak ni dah lama kena curi dan yang pasti bukan Max pencurinya. Kau jangan risau! Akak gurau-gurau biawak je dengan dorang tadi.” Aku mengemas meja kaunter.
“Betul ke kak?” Mata Myra dah bercahaya.
“Yelah..Kau ingat aku ni jenis suka menipu ke? Kang betul-betul aku rembat kang.”
“Eh! Janganlah kak..Akak kan baik hati..Cantik..” Myra memaut bahuku.
“Bodek!” Aku menolak Myra dan melayan pelanggan yang baru masuk. Myra terus berlari ke belakang sambil menyanyi.

1 under spell:

~zequest~ said...

haha... skenye... best2... yay~ yuki daa brubah... go2 yuki!!

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review