Wednesday, March 30, 2011

Vampier 24

Posted by Snow_Queen at 3:16 PM

Yuki mengetuk pintu rumah CN Blue beberapa kali. Masih tiada jawapan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pecah masuk rumah sepupunya namun dia mengingatkan diri yang dia berada di kawasan perumahan yang didiami manusia. Yuki duduk memeluk lutut di tepi pintu. Takkan tak ada dekat rumah? Tapi dia masih mendengar bunyi nafas milik sepupunya. Tidur mati agaknya. Yuki bangun dan mengeluarkan pin rambut dalam poket seluarnya. Dia menjolok lubang kunci beberapa kali. Bila terdengar bunyi ‘click’ dia terus buka pintu. Dengan hati-hati, dia melangkah masuk. Badannya direbahkan atas sofa. Dia begitu letih. Lantas tanpa sedar, dia terus lena.
Yonghwa bangun. Sambil menggeliat, dia berjalan menuruni tangga. Dia melangkah masuk ke dapur. Susu di ambil dari peti ais. Tanpa mengambil cawan, dia terus sahaja meneguk susu dari kotak. Hampir tersedak dia apabila melihat figura Yuki sedang tidur di atas sofa. Entah bila dan macam mana minah ni masuk.
“Kyouya…” Yonghwa berdehem perlahan bila mendengar nama itu keluar dari mulut Yuki. Dia mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja.
“Dia ada dekat sini. Yup! Aku rasa biarkan saja dia buat sementara waktu.” Yonghwa terus mematikan talian. Dia merenung figura Yuki sekali lagi sebelum menyelimut tubuh sepupunya dengan jaket yang kebetulan turut berada di situ.
Jonghyun turun. Dia melihat Yonghwa sedang selimutkan seseorang. Bila dia menghampiri dia tersenyum nipis.
“Bila dia datang?” Jonghyun menutup mulutnya apabila dia menguap.
“Entah. Aku turun je dia dah ada. Jangan ganggu dia. Harini kau masak sarapan kan?” Yonghwa jungkit kening.
“Asyik-asyik aku juga yang kena.” Jonghyun mencebik dan berlalu ke dapur. Yonghwa tarik sengih.

Minhyuk berlalu ke depan selepas sarapan. Dia ternganga apabila melihat Yuki.
“Ish…Ish..Ish..Sepupu siapalah ni..”
“Apa pasal?” Jungshin memandang Minhyuk pelik.
“Tu…” Minhyuk tunjuk ke arah Yuki yang dah landing atas lantai. Siap peluk kaki meja lagi.
“Dahsyat betul minah ni tidur. Dari atas sofa terus turun ke atas lantai.” Jungshin menggeleng perlahan. Jungshin sengih jahat. Dia buka televisyen dan naikkan volume tahap nak pecahkan rumah. Yuki yang sedap-sedap tidur terus terjaga. Dia mengenyeh mata perlahan dan naik balik atas sofa sebelum menyambung kembali tidurnya.
“Aku rasa kalau bom jatuh atas atap rumah pun dia tak sedar.” Minhyuk turunkan balik volume televisyen. Khuatir kepala mereka pula kena penggal dek Yonghwa yang sedang menyediakan bahan-bahan potion di dalam bilik.
***
Yuki terus hirup mangkuk sup atas meja. Kemudian dia makan pula daging dan beberapa lauk lain.
“Hoi! Banyak cantik. Bangun-bangun terus makan.” Jonghyun tunjal kepalaku.
“Suka hati ah…” Aku tarik sengih dan terus makan.
“Kau ni vampire ke manusia? Aku pun dah tak dapat beza.” Jungshin ambil tempat duduk sebelahku.
“Aku serba boleh. Semua aku telan.” Aku jungkit kening.
“Kau tak kerja harini?” Yonghwa yang entah bila muncul terus duduk di depanku. Minhyuk dan Jonghyun juga sudah mengambil tempat masing-masing.
“Aku berhenti tapi aku dah dapat cari kerja baru.” Aku terus mengunyah.
“Aku nak tanya ni…” Aku memandang muka sepupu-sepupuku.
“Tanya jelah..” Jonghyun terus menyampuk.
“Kyouya..Korang tahu Kyouya dekat mana sekarang.” CN Blue memandang antara satu-sama lain.
“Kenapa kau tanya? Aku ingat kau dah tak kisah pasal dia. Bukankah kau benci dia?” Yonghwa tersenyum sinis.
“Aku just nak tahu je…Aku mengaku aku marah tapi sejak kebelakangan ni entah…Aku sendiri dah tak faham hati aku ni..” Aku meletakkan sudu dan meneguk air.
“Kau masih cintakan dia?” Minhyuk menyoal.
“Tipulah aku kata kalau tak..Tapi aku akan lupakan dia selepas ni. Hey, kalau aku warnakan rambut okay tak?” Aku meraba rambutku.
“Tak!” Serentak CN Blue menjawab. Aku mencebik. Aku tetap nak warnakan. Tak dapat warna, highlight pun jadilah. Eh macam cantik je kalau highlight. Warna merah gelap. Mesti cantik. Aku sudah menarik sengih.
“Aku blah dulu~~” Aku terus berlari keluar.
“ Dia ingat rumah kita ni hotel agaknya.” Jungshin mendengus sambil melihat Yuki berlalu pergi.

4 under spell:

Anonymous said...

best.. xbr nk tgu smbungan.. lma kn snow myepi.. rindu gan novel dr snow..

~zequest~ said...

hahah... comey laa yuki nih...
first time bce, konfius jap ngn wtk jae joong n kyouya... tpi ade feeling sumthing best n interesting is coming up..
heheh, keep up ur hard work cik snow..

Snow_Queen said...

@anonymous: lama ke? xtrase lme lak..hehehe..anyway TQVM =)

Snow_Queen said...

@zequest: thee..hee..hee..yeke kompius? sje nk wat pale reader pusing gak..ngeh3x..ah~~~kamsa hamnida ne~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review