Wednesday, March 30, 2011

Vampier 23

Posted by Snow_Queen at 3:14 PM

Dia berdiri di hadapan rumah Kyouya. Ini adalah perbuatan paling gila yang dia buat. Angin monsoon mana entah yang sedang merasuk dirinya. Sebaik sahaja sampai di depan hotel, dia terus memandu balik ke bandar kelahirannya. Sehelai sepinggang. Hanya ada purse dan telefon bimbit. Dan kini tepat pukul 8 malam, dia berdiri di depan rumah Kyouya. Dia ingin menekan loceng namun entah mengapa jari-jemarinya kaku.
“Cik nak cari siapa?” Sapa jiran sebelah rumah Kyouya.
“Tuan rumah ni.” Aku memaniskan muka.
“Oh..Kyouya dah lama berpindah. Kami pun dah lama tak nampak dia.” Aku terkedu mendengar kata-kata jiran Kyouya.
“Dah berapa lama?”
“Dah setahun tak silap akak.” Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Perempuan tadi masuk kembali ke dalam rumahnya. Dengan sedikit trick, aku berjaya buka pintu rumah Kyouya. Aku menutup kembali pintu rumah itu agar tiada sesiapa yang perasan. Aku menuju ke arah sofa. Sofa di mana kali pertama aku ‘berubah’. Kemudian aku menuju ke window sill. Tempat kali pertama aku bermalam dengan Kyouya. Aku menggetap bibir. Sebak datang tiba-tiba. Aku melangkah ke bilik tidur Kyouya. Walaupun sudah kosong aku tetap masuk. Aku berdiri memerhatikan bilik itu.
“Kyouya sayang…bangun..Bangun…Bangun..” Dia seolah-olah ternampak dirinya melompat-lompat atas katil Kyouya. Kenangan setahun lepas bertandang kembali tanpa dipinta. Kali ini air matanya turun dapat ditahan-tahan. Lekas dia keluar dari rumah Kyouya. Khuatir dia tak dapat menahan diri.

Sampai sahaja di bilikku, Aku terus menangis tanpa dapat ditahan-tahan. Tiada lagi Manny untuk memujukku. Entah di mana Manny sekarang.
Aku mengenyeh mata bila terasa cahaya matahari memancar masuk mengenai mukaku. Entah bila aku lena. Aku bangun dan masuk ke dalam bilik air. Untuk mengelak diri dari banyak berfikir, selepas selesai mandi, aku terus sahaja mengemas rumahku. Semua perabot yang ditutup dengan kain putih, aku alihkan. Aku lap semua habuk-habuk dalam rumah. Mengasah bakat menjadi suri rumah yang berjaya. Perasan! Kutuk hatinya. Usai mengemas, aku duduk di atas anak tangga terkahir. Apa tujuan aku kembali ke sini semula? Apa yang aku hendak buat di sini? Kalau semua orang tanya tentang kehadirannya yang tiba-tiba itu apa yang dia nak jawab?
Aku melangkah keluar. Menuju ke satu tempat. Sah! Penyakit gila aku datang balik. Yuki menarik nafas dalam sambil memandang sebuah rumah papan di tengah-tengah hutan. Perlahan-lahan dia menghampiri rumah itu. Dia baring di balkoni. Dia mengusap lantai di sebelahnya. Dulu dia dan Kyouya pernah main rock, scissor and paper di sini. Di sini juga…Dia buli Kyouya. Ah! Sekarang rasakan sendiri tindakan terburu-buru kau, Yuki. Seperti yang sepupu kau cakap, kenapa kau tak tanya hal yang sebenar sahaja pada Kyouya. Semuanya dah terlambat. Entah di mana Kyouya. Mungkin dah berkahwin. Hatinya menjadi sakit apabila mengenang kemungkinan itu. Setahun Yuki..Setahun..Kalau manusia pun berubah dan boleh move on apatah lagi Kyouya. Yuki bangun. Dia berjalan setapak dua.
“Kyouya…Walau di mana pun engkau..Aku tetap akan ingatkan kau. Kenangan semalam sukar sekali untuk diusir pergi. Semuanya sudah jadi sejarah. Mungkin kini aku harus melangkah ke hadapan…Selamat tinggal sayang..Selamat tinggal. Doaku sentiasa mengiringi langkahmu..” Yuki mengukir senyuman nipis. Dia sudah bersedia, bersedia untuk lupakan segala-galanya dan bermula sekali lagi. Dengan langkah yang yakin, dia melangkah pergi walaupun pipinya dibasahi air mata.
***
“Apa tengok-tengok? Tahulah aku cantik.” Aku jungkit kening dan duduk depan Amy.
“Yuki..Kau dah kembali? Jadi betulah gosip-gosip yang aku dengar pagi tadi?” Amy memelukku erat.
“Uih…Popular juga aku kan? Sampai ada orang nak gosip-gosip ni.” Amy mencebik bila mendengar kata-kata Yuki. Gadis di depannya tampak matang dengan rambut panjang kini.
“Mana tak gosip. Kes setahun lepas memang yang paling hangat sekali. Tapi kau jangan risau, orang-orang yang aniaya kau dah tak ada.” Amy memegang kejap bahu Yuki.
“Aku tahu…terima kasih dekat kau sebab tolong aku. Perkara setahun lepas tu aku dah malas nak ingat-ingat. Buat sakit otak je. Eh! Cepat hidang aku air. Aku haus ni.” Aku buat muka kerek. Amy tersenyum. Seperti biasa, pantas dan tangkas dia membuat kerja. Seminit kemudian, air kegemaran Yuki sudah terhidang.
“Kau okay?” Amy bertanya ragu-ragu.
“Tipulah aku kata aku okay Amy. Tapi aku tengah cuba lupakan. Dekat sini banyak sangat kenangan aku dengan semua orang. Terutama sekali Kyouya. Selepas ni aku mungkin takkan balik sini dah Amy. Aku nak menetap di Emerald Leave. Di sana sekarang tempat aku. CN Blue pun dekat sana. Tapi kau jangan risau..Aku takkan lupakan segala budi baik kau, Amy.” Aku meneguk minuman dengan sekali teguk dan terus beredar. Aku mahu kembali ke tempat di mana aku sepatutnya berada. Dengan tenang, aku terus memandu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review