Tuesday, March 29, 2011

Vampier 22

Posted by Snow_Queen at 11:14 PM
Aku berdiri di depan cermin. Mengeluh. Kemudian aku pusing sekejap arah kiri dan sekejap arah kanan. Buntu! Buntu! Takkan setiap kali terserempak dengan TVXQ dia nak larikan diri. Cuba bayangkan kalau seribu kali terjumpa, seribu kali juga dia terpaksa larikan diri? God! Lebih baik dia pergi tinggal dalam gua dan bertapa sahaja. Kalau dia buat macam tu pun TVXQ jumpa, tak tahukah dia nak kata apa. Silap-silap haribulan dia sanggup pergi join navy. Tak payah naik darat. Biar dia jadi vegetarian sahaja dengan makan darah ikan di laut. Tanpa disedari, air matanya menitis. Pertama kali seumur hidup, dia rasa tertekan ya amat. Entah kenapa dia dapat rasakan memang TVXQ sengaja mencarinya.
“Nak blah dari sini tak nak? Nak blah ke?” Aku mendengus sambil mengelap air mata. Waktu macam nilah rindu gila dekat mama dengan papa. Tidak! Dia tak boleh mengalah! Dia mesti berjuang! Jangan biarkan mereka ketawakan kau! Yuki bangun dan membersihkan diri. Dia mengenakan jeans dan baju t. Dia memandang poster di atas mejanya. Ada pertunjukan bunga api. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke sana. Moga-moga hatinya terasa tenang. Tanpa menunggu lebih lama, dia mengambil poster berkenaan dan keluar dari biliknya menuju ke dataran Triangle Trafalgar tempat di mana pertunjukan bunga api berlangsung.

Kawasan dataran sesak dengan manusia. Yuki menyelit di celah-celah orang ramai. Cemburu juga dia bila melihat setiap orang yang ada di sini datang secara berpasangan. Kalau bukan dengan kekasih, sekurang-kurangnya mereka ada kawan. Aku? Jangan kata kawan, binatang peliharaan pun tak ada. TVXQ? Nama itu melintas dalam fikirannya.
“Itu bukan kawan tapi bala.” Aku menggumam sendiri. Aku berjalan menuju ke satu gerai yang jual topeng. Teringat malam masquerade party. Dia membeli topeng arnab. Ramai juga orang di situ memakai topeng. Dia ikut mengenakan topeng itu dan terus berjalan. Berjalan tanpa arah tujuan. Letih berjalan, dia duduk di pinggir kolam air terjun. Memerhatikan orang yang lalu lalang. Satu per satu ragam manusia dia perhatikan. Tanpa sedar, air matanya menitis. Tanpa segan-silu. Dia masih mengalirkan air mata tanpa disedari orang sekeliling. Dia hanya menggunakan topeng itu sebagai alasan. Alasan supaya tiada sesiapa yang tahu rasa hatinya. Dari setitis menjadi banyak titis dan akhirnya, air mata Yuki mengalir bagaikan sungai. Dia ingin menjerit dan meraung tapi suaranya tak keluar. Dia bagaikan patung tanpa suara yang mengeluarkan air mata. Tak ada sesiapa yang pedulikan dia. Ya! Itu yang dia nak. Dia tak mahu ada orang mengenali dia. Dia hanya ingin menangis ditemani dengan orang ramai. Supaya dia tak rasa sunyi. Supaya dia tahu ada orang di sekelilingnya walaupun mereka orang asing.
“Yuki!” Aku mendongak apabila ada yang memanggil namaku. Aku terkedu sebentar sebelum bangun. Aku melihat Jae Joong yang sedang memandang ke arahku. Aku tak mahu bersuara. Aku tak mahu dia tahu aku sedang menangis. Jae Joong cuba menangalkan topengku namun aku pantas berundur dua tapak. Makin lebat tangisanku. Masih menangis tanpa bunyi. Jae Joong masih lagi merenungku. Aku berpusing dan melangkah pergi. Pantas sahaja kakiku berjalan. Seolah-olah tiada orang ramai di depanku. Sampai di satu sudut yang sunyi, aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu di bawah sepohon pokok. Tiada orang di situ. Air mata makin lebat. Dia benci untuk bersendirian.
“Yuki..” Aku terkedu lagi. Lelaki ini mengekorikah?
“Nak apa?” Sedaya upaya aku menahan sebak.
“Awak menangis?” Jae Joong memandang tajam ke arahku.
“Mana ada!” Garang aku bersuara.
“Awak ingat awak dapat memperbodohkan sayakah? Saya Vampire. Awak ingat saya tak dapat teka?” Jae Joong menghampiri. Aku sudah bangun.
“Tinggalkan saya sendirian. Saya tak nak tengok muka sesiapa buat masa sekarang.” Aku menarik nafas dalam. Tanpa sempat aku mengelak, Jae Joong menangalkan topeng arnab dimukaku. Terserlah kini mata dan hidung yang merah. Air mata yang masih menuruni pipi. Aku pantas mengesat air mataku. Aku tak mahu menangis di depan Jae Joong.
“Kenapa awak menangis?” Jae Joong mengelap sisa air mata di tubir mata Yuki.
“Suka-suka.” Aku menggetap bibir. Malas nak bercakap dengan Jae Joong. Entah angin apa yang merasuk lelaki itu untuk berbuat baik denganku. Bukankah selama ni dia sombong denganku.
“Perempuan memang pelik.” Jae Joong ketawa kecil.
“Dah tahu pelik pergi layan buat apa?” Yuki terus membebel. Kakinya segera melangkah. Dia mahu mengejar persembahan bunga api.
“Awak nak pergi mana pula tu?” Jae Joong mengejar langkah Yuki.
“Suka hatilah.” Aku terus sahaja berjalan. Orang ramai sudah mula mengambil tempat. Aku duduk di barisan belakang sekali. Seminit kemudian, bunga api pelbagai corak dan warna dilepaskan ke udara. Tanpa sedar aku mengukir senyuman. Walaupun jauh, aku dapat lihat percikan bunga api dengan jelas. Entah kenapa aku berpaling melihat Jae Joong. Melihat Jae Joong sedang tersenyum sambil memandang bunga api betul-betul mengingatkan aku pada Kyouya. Aku jadi rindu tiba-tiba. Kala ini tiba-tiba aku rasa dah tak kisah kalau Kyouya tak ikhlas cintakan aku. Aku hanya mahu dia di sisi aku. Ketawa, senyum dan berceloteh seperti dulu. Aku mengenakan kembali topeng arnab dan beredar senyap-senyap. Air mataku tumpah lagi. Kali ini untuk lelaki yang bernama Kyouya.
“Cantik kan?” Jae Joong terkedu bila Yuki sudah tiada di sebelahnya. Entah bila masa Yuki beredar. Tiba-tiba dia menyumpah diri sendiri kerana terlalu leka menikmati persembahan bunga api.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review