Tuesday, March 29, 2011

Vampier 21

Posted by Snow_Queen at 11:10 PM
Aku menari mengikut rentak lagu. Sengaja aku buka lagu di dalam bilikku kuat-kuat. Buat melepaskan rasa hati. Akhirnya setelah penat, aku menghempaskan badan atas katil. Siapa sebenarnya Jae Joong? Adakah dia Kyouya? Tapi kenapa cara dia tak macam dia kenal aku? Apa semua ni? Arghhhh! Serabut!  Kenapa aku nak fikir lagi pasal dia? Aku sendiri dah nampak Jae Joong tu dingin dan seorang yang amat membencikan. Aku mengambil telefon bimbitku dan menghantar pesanan ringkas kepada bossku. Aku perlu lari dari sini. Ya! Aku mahu lari dari sini buat sementara waktu. Selepas aku berjaya kawal diri baru aku akan balik sini. Aku tak nak jadi gila! Dan lebih baik jangan libatkan diri dengan mereka semua. Ya! Ingat Yuki. Kalau kau jumpa mereka lagi, kau mesti buat bodoh macam tak kenal. Peduli apa walaupun mereka adalah elders. Aku buka almari pakaian. Beberapa helai baju, aku masukkan ke dalam beg. Lebih baik aku cabut lari secepat mungkin. Aku masuk ke dalam bilik air pula dan ambil toiletries. Sempat aku masukkan beberapa makanan kering dalam begku. Mana tahu dalam perjalanan aku melarikan diri, aku lapar. Mana ada kedai makan pagi-pagi buta macam ni ye tak? Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Malas pula aku nak berburu. Aku kunci pintu rumah dan campak beg pakaian ke seat sebelah. Enjin di hidupkan dan tanpa arah tujuan, aku mula menekan pedal minyak.
***
Aku  melangkah keluar dari bilik air. Pintu balkoni di buka. Angin menyapa tubuhku. Semalaman aku memandu sehingga tiba di bandar yang diberi nama Triangle Trafalgar. Aku menginap di hotel sahaja dengan menggunakan nama samaran. Aku masuk balik ke dalam dan bersiap. Perutku sudah berbunyi. Buat sementara waktu, aku mesti bertahan dengan makanan manusia. Sehingga aku jumpa mana-mana hutan untukku berburu. Aku mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Triangle Trafalgar dengan berjalan kaki. Saja nak kenal-kenal tempat baru.

Aku tersenyum puas hati apabila sudah menjumpai tempat untukku berburu. Aku sendawa perlahan. Cukup untuk bertahan seminggu sekali aku makan. Oleh kerana senang hati, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di shopping complex yang diberi nama Triangle Mall, pusat beli-belah terkemuka dan terbesar di Triangle Trafalgar. Sudah 2 minggu aku hidup aman bahagia tanpa gangguan sesiapa. Rasa macam nak tinggal dekat sini terus. Perkara itu bermain-main di fikiranku.
“Yuki!” Aku dapat rasakan kebahagiaan yang aku bina selama 2 minggu bakal hancur berkecai. Bukan bakal tapi dah memang berkecai. Nak lari ramai manusia pula di sini. Syarat night world hanya dua. Manusia tak boleh tahu kewujudan kita dan kita tak boleh jatuh cinta dengan manusia.
Fikir Yuki! Fikir! Jangan musnahkan kebahagian kau!
Aku terus sahaja berjalan laju tanpa mempedulikan namaku dipanggil. Untuk cover line(kalau tertangkap) dia kuatkan volume mp3. Kalau manusia mesti dah pecah gegendang telinga. Pada masa inilah Yuki harap dirinya adalah Witch. Kalau witch boleh lari masuk bilik air dan terus teleport balik bilik hotel. Dia terus sahaja masuk ke dalam lif. Nasib baik tubuh dia kecil. Boleh juga menyelit. Yuki terasa bahunya ditepuk dari arah belakang. Yuki berpaling. Manalah tahu dia terpijak kaki orang lain ke. Ya Tuhan! Yuki rasa nak pengsan sekarang juga. Yoochun dan Zara sedang tersengih memandangnya. Nak tak nak Yuki melurut headphone ke leher.
“Hai. Nak pergi mana ni?” Zara ramah bertanya.
“Hai..Kebetulan pula ya. Nak balik dah.” Yuki memaniskan muka. Terpaksa!
“Eh! Awalnya nak balik. Mari join kami makan tengah hari sekali. Yang lain-lain pun ada.” Yoochun mengajak. Yang lain-lain? Yuki rasa nak menangis pula sekarang.
“Tak apalah. Saya penat. Mungkin lain kali je.” Yuki beri alasan sedang dalam fikirannya sudah fikir next destination untuk melarikan diri. Pintu lif sudah terbuka. Yuki lekas-lekas keluar.
“Ala, orang tak sudi nak buat macam mana kan, darling?” Yuki telan liur sambil pandang Zara. Alahai..Ni yang aku lemah ni.
***
“Laju betul kau jalan tadi ye Yuki. Nak tercabut anak tekak aku panggil kau buat tak tahu je.” Junsu memandang muka Yuki yang seperti kucing berak kapur.
“Yeke? Tak dengar pula. Maklumlah pakai headphone. Volume tahap nak pecah gegendang telinga.” Yuki tarik sengih lagi. Rasa-rasanya tak lama lagi dia boleh buat iklan ubat gigi pula.
“Kau nak makan apa Yuki? Harini Jae Joong belanja.” Max sudah berikan dia buku menu. Yuki ketap bibir. Aku nak makan orang sekarang!
“Bagi air jelah.” Aku memaniskan muka.
“Kau ingat aku tak mampu belanja ke?” Jae Joong jungkit kening.
“Bukan. Saya sebenarnya baru je lepas berburu. Memang tak lalu la nak makan apa-apa pun.” Terpaksa juga dia bagitahu. Kang ada pula yang kecik hati.
“Yuki tinggal mana dekat sini?” Kira memandang Yuki.
“Dekat hotel murah je..” Dia enggan bagitahu. Kang tak pasal-pasal tersama hotel pula.
“Korang buat apa dekat sini?” Yuki memandang wajah-wajah di hadapannya.
“Kitaorang ada job dekat sini. Alang-alang datang bercuti sekali. Kira sambil menyelam minum airlah.” Yunho pula bersuara. Tenggelam terus lagi bagus! Getus hati Yuki.
“Oooo..” Yuki gosok lehernya. Rasa letih tiba-tiba.
“Malam ni Yuki buat apa? Kalau tak ada rancangan boleh join kitaorang pergi club.” Max mengajak.
“Malam ni? Malam ni ingat nak rehat je.” Goreng Yuki jangan tak goreng.
“Tak apalah macam tu. Esok kita boleh keluar sama-sama lagi kan?” Kira bersuara. Yuki rasa mahu tersedak air yang sedang diminumnya. Oh My God! Kalau boleh selama-lamanya aku tak nak jumpa korang.
“ Nanti balik naik apa? Nak saya hantar?” Max memandang Yuki yang duduk di sebelahnya.
“Tak apa..Saya ada kereta.” Aku memaniskan muka. Rasa-rasanya lepas ni aku boleh jadi pelakon pula. Usai menemani TVXQ makan, Yuki cepat-cepat meminta diri. Khuatir selepas ini diajak ke mana-mana pula. Oh tak sanggup!
“Kesian dia…Dia mesti tak selesa dengan kita.” Zara berbisik perlahan di telinga Yoochun. Yoochun hanya jongket bahu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review