Tuesday, March 29, 2011

Vampier 20

Posted by Snow_Queen at 11:09 PM

“Yuki kan?” Aku mengerutkan kening. Siapa pula ni? getus hatiku. Kacau betul. Aku sedap-sedap tengah baca buku ni. Suasana di Green Apple Cafe nampak lenggang pada hari ini.
“Saya Max. Saya peminat awak. Kenapa kebelakangan ni awak sudah tak buat persembahan di Virginia?” Aku mengerutkan kening. Aku rasa macam pernah nampak mamat tinggi ni tapi tak ingat.
“Boleh saya duduk?” Max memandang kerusi kosong di depannya.
“Sila.” Aku mengukir senyuman nipis. Kata peminat..Layan jangan tak layan..
Max tersenyum nipis. Dia merenung Yuki di depannya. Lama.
“Ehem..Saya rasa kita ni serupa?” Aku memandang tepat ke arah wajah Max. Melalui bau Max aku rasa tekaanku tepat sekali.
“Maksud awak kita ni dalam kumpulan yang sama? Yup.” Max mengangguk.
“Awak selalu lepak di mana?” Aku terus bertanya soalan yang random. Tak tahu nak berbicara apa walaupun aku sudah selesa dengan lelaki di depanku.
“Di Black dahlia. Awak pernah pergi?” Max mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar minumannya. 
What? Dekat sini pun ada? Saya tak perasan.” Yuki tersenyum tawar walaupun dia teruja. Dia sememangnya tak pergi ke mana-mana tempat yang berkaitan dengan night world lagi dalam tempoh setahun. Khuatir ada yang menjejaki dirinya.
“Awak nak pergi? Saya boleh bawa. Malam ni ada parti.” Max mengajak. Aku menggetap bibir.
“Baiklah. Awak tahu kedai kek Rosemary?” Max mengangguk.
“Saya tunggu awak dekat sana.” Aku tersenyum nipis sambil menyedut minumanku.
“Kenapa bukan rumah awak?” Max mengerutkan kening.
Secret.” Aku jungkit kening. Max ketawa perlahan.
“Saya kena pergi. Jumpa nanti.” Aku segera berlalu. Max masih duduk di tempatnya. Melihat Yuki sehingga gadis itu hilang dari pandangan matanya. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki mengambil tempat duduk Yuki.
“Macam mana?” Yonghwa memandang Max.
“Dia bersetuju untuk ke parti tu malam nanti. Kau rasa cara ni berkesan ke?” Max memandang wajah Yonghwa.
“Berkesan tak berkesan kita tengok la malam ni. Jae Joong maca mana?” Yonghwa selamba menghirup air Max.
“Junsu kata okay. Aku balik dulu.” Max berjabat tangan dengan Yonghwa. Yonghwa memandang kelibat Max sehingga hilang. Harap-harap rancangannya menjadi.
***
Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Max tenang memandu. Berdebar pula. Maklumlah pertama kali masuk ke dalam kawasan night world setelah setahun dia tak menjejak kaki ke tempat-tempat seperti itu. Max berhenti di depan sebuah mansion. Max membuka pintu kereta. Aku masih kaku di tempat dudukku.
“Kenapa?” Max mengerutkan kening.
“Tiba-tiba saya rasa nak balik. Boleh tak?” Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Max terus sahaja tergelak.
“Jangan jadi maca budak-budak. Jom masuk!” Aku buat muncung bila Max kata aku seperti budak-budak. Max menolak pintu kaca. Aku mengerutkan kening apabila tiada orang di dalam mansion ni.
“Semua orang sudah berada di meja makan.” Max menjawab. Macam tahu-tahu sahaja apa yang ada di dalam fikiranku.
Aku mengikut Max dari belakang. Max menolak pintu ruang makan. Seperti yang dikatakan Max, semua orang berada di meja makan.
“Apa pasal kau lambat?” Satu suara menegur Max.
“Aku ambil kawan. Kenalkan ni Yuki.” Max menarikku mendekati sebuah meja panjang. Max menarik kerusi untukku. Aku mengucapkan terima kasih dan duduk.
“Kawan kau ni pemalu betul.” Aku mendongak memandang lelaki yang boleh tahan kacak. Berambut hitam dan berbadan sasa.
“Yuki, kenalkan ini Yunho. Sebelah tu Kira, wife Yunho. Sebelah….” Max memperkenalkan kawan-kawan dia satu-persatu walaupun kawan-kawan dia sudah mengenali Yuki.
“Mana Jae Joong?” Max menyoal. Aku baru perasan ada sebuah kerusi kosong di depanku.
“Kata dia dalam perjalanan lagi.” Yoochun menjawab. 10 minit kemudian, Yuki sudah terasa selesa dengan kawan-kawan Max. Mereka berbual pelbagai perkara.
Sorry lambat.” Hampir tersembur air yang aku minum apabila mendengar suara yang amat-amatku kenali. Jae Joong mengambil tempat duduknya.
“Jae..Kenalkan kawan aku, Yuki.” Jae Joong merenung tajam Yuki. Aku menelan liur yang tiba-tiba terasa kesat.
“Hai.” Jae Joong memandang Yuki tanpa perasaan.
Aku mahu pergi dari sini tapi nanti dikatakan kurang ajar pula. Maid membawa keluar makanan. Satu-persatu makanan dihidangkan atas meja.
“Makan Yuki. Jangan malu-malu.” Kira mempelawa. Aku mengangguk. Tersenyum tawar.
Steak yang aku makan terasa tak daya untuk ditelan. Pelbagai persoalan menerpa fikiranku. Kini aku rasa bebas untuk berfikir kerana aku sudah tahu cara untuk ‘shield’ fikiran sendiri dari dibaca oleh orang lain.
“Tak sedap ke makanan tu?” Zara, isteriYoouchun menegur.
“Sedap..Tapi sebenarnya saya dah kenyang.” Tersenyum nipis. Fikiranku menerawang lagi. Beberapa kali juga aku kerling Jae Joong.
***
“Oh yeke?” Aku memandang ke arah Junsu yang galak bercerita. Tak sangka Max, Junsu, Jae Joong, Yoochun dan Yunho rupa-rupanya elders.
“Rasa bersalah pula. Korang elders. Aku buat korang macam member sendiri pula.” Aku garu kepala.
“Kita orang tak kisah pasal status ni. Max kata kau selalu buat performance. Boleh kau nyanyikan aku satu lagu?” Tanpa sempat aku jawab, Junsu tarik aku ke satu tempat. Aku memandang bilik yang agak luas ini. Ada sebuah piano di dalamnya.
“Errr…Suara aku tak sedap. Jangan kata aku tak bagi amaran awal-awal.” Aku menjeling Junsu. Junsu mengangguk. Aku tarik nafas dalam. Jari-jemariku sudah mendarat di key piano.
No one ever sees, no one feels the pain
Teadrops in the rain

I wish upon a star, I wonder where you are
I wish you're coming back to me again
And everything's the same like it used to be
Dulu..setiap malam dia mengharap yang Kyouya selalu berada di sisinya walaupun dia tengah terluka…

I see the days go by and still I wonder why
I wonder why it has to be this way
Why can't I have you here just like it used to be

I don't know which way to choose
How can I find a way to go on ?
I don't know if I can go on without you oh
Dia juga selalu tertanya-tanya arah tujuannya tanpa Kyouya. Adakah dia dapat hidup tanpa kehadiran lelaki itu…

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze?
No one ever sees, no one feels the pain
I shed teardrops in the rain

I wish that I could fly, I wonder what you say
I wish you're flying back to me again
Hope everything's the same like it used to be

I don't know which way to choose
How can I find a way to go on
I don't know if I can go on without you, without you

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze?
No one ever sees, no one feels the pain
I shed teardrops in the rain
Dia masih ingin merasai kehangatan pelukan Kyouya. Cinta Kyouya. Dia ‘mati’ tanpa Kyouya. Betul! Tak ada sesiapa yang memahami kesakitan yang dia alami.

Oh... I shed teardrops in the rain
Oh... Hey... Teardrops in the rain

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze?
No one ever sees (no one) no one feels the pain (no one)
I shed teardrops in the rain
Teardrops in the rain
Teardrops in the rain
Teardrops in the rain...
” Aku tersentak apabila terasa Junsu mengusap pipiku. Aku raba pipiku. Tanpa sedar, aku menangis?
“Terlebih feeling pula.” Aku tarik sengih untuk cover perasaanku.
“Lagu ni…Ditujukan buat seseorang ke?” Lembut Junsu menyoal.
“Eh? Tak adalah. Aku rasa aku kena balik. Dah lewat ni.” Aku terus bangun.
“Nanti aku dapatkan Max.” Junsu keluar. Aku mengekori Junsu menuju ke ruang tamu.
“Mana korang pergi?” Yunho menyoal.
“Dengar suara cik Yuki kita ni. Sedap betul.” Junsu ambil tempat duduk di sebelah Jae Joong.
“Mana Max?” Aku menyoal.
“Max keluar sekejap. Duduklah dulu.” Yunho mengarah. Aku duduk di sofa yang bertentangan dengan Yunho. Aku terasa nak terbang balik sekarang juga. Aku tak mahu berhadapan dengan Jae Joong!
“Yuki, clan mana? Pernah buat kes class S?” Yunho merenungku.
Black Swan. Pernah. Tapi dua kes sahajalah. Tak pakar-pakar sangat bab-bab nak selesaikan kes ni. Selalu buat job biasa-biasa je.” Aduh! Terlebih peramah la pulak kau! Cakap sikit-sikit dahlah! Aku memarahi diri sendiri.
Black Swan? Oh..Pernah dengan nama Yamato!” Aku terus bangun apabila mendengar nama Yamato. Iris mataku sudah bertukar warna.
“Si bedebah tu hidup lagi?! Mana dia? Aku akan kerjakan dia hidup-hidup.” Tanpa sedar, aku memberi reaksi yang tak sepatutnya aku tunjukkan. Aku ingatkan segala-galanya sudah selesai. Perangkap aku tak mengenakah?
“Wow…Rilek Yuki.” Kira mengusap bahu Yuki yang sedang berapi. Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
“Minta maaf. Over pula saya hari ni. Ni mesti sebab saya tak cukup rehat.” Aku tarik sengih. Ya! Cover jangan tak cover. Buat malu keturunan je.
“Tak apa..Yamato tu dah mati pun. Nampaknya Yuki pernah ada cerita dengan lelaki itu. Maafkan saya sebab menyebabkan Yuki tak selesa.” Yunho berdehem perlahan.
“Eh tak..saya yang patut minta maaf.” Sengih lagi.
“Yamato tu pak we kau ke?” Aku melopong mendengar soalan Jae Joong.
“Jae..” Yunho menegur. Jae buat muka bosan.
Sorry. Yuki dah nak balik?” Max muncul tiba-tiba. Aku menarik nafas lega. Cukuplah sekadar pertemuan malam ni. Lain kali jangan harap aku akan jejakkan kaki ke sini. Kalau kena ugut bunuh pun aku lebih rela kena bunuh daripada jejakkan kaki ke sini lagi.

3 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

sape jae j0ong? ky0uya ke?

Miss Kira said...

heeeeeeeeeeeeee...senyum tergedik2 bila bca part ni..
hehehehe

kira wife yunho..
ahaksss.. *blushing*

Snow_Queen said...

@miss kira: amboi senyum tergedik2..Xleh bayang cmne Kira senyum tergedik2 tu keke

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review