Monday, March 28, 2011

Vampier 19

Posted by Snow_Queen at 6:07 PM

Setahun berlalu…
“Selamat datang.” Aku memberikan senyuman manis.
“Apa yang saya boleh bantu?” Aku memandang pelanggan di depanku.
“Mama, adik nak yang ini.” Budak itu menunjukkan sebiji kek di atas rak.
“Boleh bungkuskan yang ini?” Pelangganku tersenyum. Aku mengangguk dan segera membungkus kek strawberry yang dipilih tadi.
“Terima kasih.” Aku tunduk sedikit badanku. Aku kerling jam di tanga. Cuaca sudah mulai gelap.
Sorry aku lambat!” Kedengaran satu suara garau menyapaku. Aku membuka apron.
“Tahu pun. Aku pergi dulu.” Aku terus capai beg sandang dan berjalan keluar. Sebelum pulang, aku sempat singgah ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan harian.
***
Aku duduk di atas sofa. Apa yang disiarkan di televisyen langsung tak menarik perhatianku. Aku mengeluh perlahan. Sudah setahun aku berkerja part time di kedai kek. Sudah setahun aku menjalani gaya hidup manusia. Makan makanan manusia memang tiada masalah bagiku. Tapi untuk menukar rutin tidur adalah yang sukar sekali. Nasib baik ada yang sudi mengambilku berkerja. Aku mengambil telefon bimbitku. Gambar sepupu-sepupuku dan Anne, aku tatap lama. Aku tekan butang next. Gambar Kyouya pula yang terpampang di skrin. Apa khabar lelaki ni? aku terasa sangat bodoh pula. Bukankah lelaki ni tidak ikhlas menyintaiku? Kenapa aku gagal menyingkirkan dia dari ingatanku? Aku tutup telefon bimbitku. Jaket kulit aku capai dan aku berjalan kaki menuju ke satu destinasi. Entah kenapa aku terasa mahu melepak di Virginia club. Sudah 2 minggu aku tak ke sana.
Suasana di Virginia club seperti biasa penuh dengan orang ramai. Aku terus menuju ke kaunter.
“Hai.” Aku menyapa Sarah.
“Hai. Lama tak nampak. Aku ingat kau dah tak nak datang sini.” Sarah menyindir Yuki yang baru dikenalinya selama setahun.
“Alah, merajuklah pula. Aku sibuk.” Aku memberi alasan.
“Kau tak nak buat performance?” Sarah memandang wajah rakannya yang dilihat resah. Kadang-kadang Yuki akan membuat persembahan di sini.
“Malas ah. Malam ni aku just nak lepak-lepak je. Aku..”
“Yuki!” Aku terkedu apabila mendengar namaku di panggil. Aku menoleh ke belakang. Minhyuk memandangku dengan riak wajah yang tak dapatku tafsirkan.
***
Sorry.” Perlahan aku bersuara. Wajah Yonghwa, Jonghyun, Minhyuk dan Jungshin aku tatap satu-persatu. Tak sangka aku akan bertemu mereka juga akhirnya. Aku tak bersedia!
“Senang kau minta maaf. Kita orang bagai nak gila cari kau, kau boleh pula sedap-sedap lepak dekat sini!!” Suara Yonghwa sudah naik satu oktaf.
“Aku tahu aku bersalah.” Aku mengalah. Malas nak mengungkit-ungkit cerita lalu.
“Kau patut minta maaf pada Anne dan terutama sekali Kyouya.” Jonghyun pula bersuara.
“Buat apa aku nak minta maaf dekat lelaki tak berhati perut tu? Aku tak ingin pun tengok muka dia lagi!!!” Suaraku naik 2 oktaf. CN Blue saling berpandangan sesama sendiri.
“Apa yang dia dah buat?” Jungshin bertanya.
“Tanyalah dia. Buat apa tanya aku? Kalau bukan dia, aku takkan kena tangkap selama seminggu!” Tanpa sedar aku buka cerita lama.
“Apa kau cakap?” Minhyuk memandangku tajam. Aku menekup mulut. Sedar aku sudah terlepas cakap. Jonghyun bangun dan duduk disebelahku.
“Yuki, kenapa kau nak tanggung semuanya sorang diri? Kau dah tak anggap kami ahli keluarga kau ke?” Aku terasa sebak apabila mendengar suara sayu Jonghyun. Cepat sahaja air mataku menitis. Lantas dalam keadaan teresak-esak, aku buka kembali cerita lama yang menggores hatiku. Dari A-Z. Tanpa tertinggal satu pun.
Yonghwa mengeluh. Ikut rasa binasa. Minhyuk, Jungshin dan Jonghyun merenung Yuki yang tak henti-henti menangis.
“Kau patut tanya dia betul-betul. Mana tahu dia tengah cakap benda lain.” Yuki memandang Yonghwa dengan perasaan geram.
“Apa yang salahnya. Habis tu apa maksudnya dengan ni? ‘alang-alang dah dapat kasih sayang dia, kau teruskan sahajalah. Bukan senang kau nak pikat hati dia kan? Teruskan jelah.’ Hah! Bagitahu aku apa maksud dia?” Aku mendengus kasar.
“Aku tak tahu nak kata apa lagi. Kalau kau tak bermakna bagi dia, kenapa dia pun macam orang gila je? Ke sana ke sini dia cari kau. Apa tandanya tu?” Minhyuk menyoal.
“Manalah aku tahu. Entah-entah sengaja nak tunjuk baik.” Aku tersenyum mengejek.
“Aku balik dulu.” Aku sudah bangun. Langkahku terhenti apabila namaku dipanggil.
“Kau masih sayang dia?” Yonghwa merenungku.
“Soalan spesis apa tu? kalau aku jumpa dia lagi, aku akan cincang dia lumat-lumat.” Aku terus sahaja menghempas pintu rumah sepupuku. Laju aku melangkah keluar. Mulut kata benci tapi hakikatnya, Yuki sendiri tahu dia masih menyintai Kyouya. Tak pernah sedetik pun dia tak ingatkan Kyouya. Malah rasa kasihnya bertambah setiap hari.
CN Blue mengeluh serentak.
“Perlu ke kita bagitahu Kyouya yang kita dah jumpa Yuki?” Jonghyun memandang Yonghwa.
“ Aku ada idea yang lebih baik. Perempuan…Mulut kata benci hati kata lain.”
 

4 under spell:

~zequest~ said...

ade byk soaln...
sape yg bnuh fmily yuki???
sape laki vmpire dlm kes yg ryan suh yuki siasat tu??
kyouya tgah ckp ngn sape kt umah die??
yamato jdik cmne daa?? x kna bnuh agi k?? (hahaha, trase cm kjam pula, nk yamato kna bnuh, tpi die jht, so, xpe laa)

gagagagagagagagagaaaa
nyway, cite nih BEST!!!!
hopefully, cpt2 laa yuki n kyouya bsame smula!

~zequest~ said...

tpi kn... on 2nd thoughts, klu btul la kyouya mmg niat nk maen2kn yuki awl2 luu, hope yuki 'seksa' die luu jap sblum diorg kmbali bsame...

hahahahha... hopelessly kjam... sob3x

Snow_Queen said...

@zequest: amboi byk soklan tuh hehehe..jgn rsau smuanya akn tjwb..pjalanan cter ni msh pnjng..

HikaYat Cik AppLe said...

a,ah..sgt byk pers0alan... xpe2..truskn pembacaan je..msti jumpe jwpn :D

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review