Monday, March 28, 2011

Vampier 18

Posted by Snow_Queen at 5:56 PM

Aku terus rebah apabila mendengar khabar yang disampaikan Manny. Air mata tak henti-henti mengalir. Kegembiraan yang dirasakan sebentar tadi semasa Kyouya menghantarku balik, kini bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Be..Betul ke? Yuki tak percaya. Baru…Baru..” Aku tak dapat menghabiskan ayatku. Manny memelukku.
Elders kata apa lagi Manny?” Aku memandang Manny yang juga sedang menangis. Cuma tidaklah seteruk aku.
Elders masih lagi tengah menjalankan siasatan. Yuki bawak bersabar ye? Mari pergi bersihkan diri dulu.” Manny memapahku masuk ke dalam bilik. Aku merebahkan badan atas katil.
“Kalau Yuki nak apa-apa, panggil Manny okay. Manny ada dekat bawah.” Manny mengucup dahiku dan keluar. Saat ini aku terasa diriku kosong. Fikiranku melayang jauh. Teringat kembali kenangan kami bersama. Masa yang diluangkan bersama. Segala-galanya. Air mata tumpah tanpa dapat ditahan-tahan.
Aku buka mata. Entah bila aku terlelap. Aku menarik nafas dalam apabila kata-kata Manny melintas kembali difikiranku. Aku buka pintu balkoni. Angin menyapa tubuhku. Dengan masih memakai pakaian masquerade tadi, aku terus sahaja melompat ke pokok di sebelah bilikku. Aku mahu menemui Kyouya dengan harapan lelaki itu dapat membawa pergi kesedihan yang aku rasai kala ini. Air mata kembali menitis. Dari satu pokok ke satu pokok aku melompat pantas. Sebaik sahaja sampai di depan lif rumah Kyouya, aku berhenti menarik nafas.
Baru sahaja aku ingin melangkah ke arah pintu rumah Kyouya, pergerakanku terhenti. Ada suara lain di dalam rumah Kyouya selain daripada suara Kyouya. Kyouya ada tetamukah? Tak apalah. Lain kali sahaja aku datang. Baru sahaja aku ingin menekan butang lif kembali, pergerakanku terhenti.
“Aku dah tak nak teruskan kerja ni.” Terdengar suara Kyouya.
“Lah..Dah separuh jalan baru kau nak berhenti? Tak macholah macam ni.” Terdengar satu suara lain pula.
“Entah. Alang-alang dah dapat kasih sayang dia, kau teruskan sahajalah. Bukan senang kau nak pikat hati dia kan? Teruskan jelah.” Air mataku jatuh berderai. Tak sanggup aku mendengar kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Kyouya mahupun rakan-rakannya. Tanpa menunggu, aku terus sahaja berlalu pergi. Semurah itukah cinta kita, Kyouya? rupa-rupanya kau tak ikhlas sayangkan aku. Aku dah tak ada sesiapa Kyouya. Kau kejam! Kejam! Aku terus berlari dalam kegelapan.
Aku mendongak melihat langit. Sampai ke sini aku melarikan diri. Entah kenapa aku pilih hendak ke harbour ville ini. Aku duduk termenung. Mengenang nasib diri. Betapa remuknya hatiku apabila mendapat khabar yang mama, papa dan Eric sudah mati dibunuh. Aku sudah tiada sesiapa lagi. Aku sandarkan belakang badanku ke batang pokok. Tanpa sedar, aku terus sahaja terlena.
***
“Bangun!” Aku mencelikkan mata apabila terdengar suara seseorang. Aku menyeringai marah. Sudah hampir seminggu aku dikurung di sini dengan kedua-dua belah tanganku terikat ke atas. Terasa tak daya untukku terus berdiri. Aku terasa lapar yang amat. Tekakku dahaga. Iris mataku bertukar warna. Wajah Yamato aku pandang dengan penuh kebencian.
“Aku rasa kita boleh mulakan rancangan kita malam ni.” Tiba-tiba lelaki disebelah Yamato bersuara.
“Kau tengok ni?” Aku menyeringai sakit apabila rambutku ditarik. Sekeping gambar menjadi tatapan mataku. Api kemarahan menjulang tinggi dalam badanku.
“Kalau kau bunuh dia, kau akan dapat makanan kau.” Aku memandang lelaki di depanku yang bertopeng.
“Kau faham tak?!” Aku mendengus marah! Benci kerana dijerkah dan diugut. Aku mengangguk.
“Ingat! Kalau kau cuba melarikan diri, kawan baik kau dan sepupu-sepupu kau akan mati!”
“Jangan kau berani!” Garau kedengaran suaraku. Aku menggetap bibir. Terasa otakku sudah tidak mempunya oxygen untuk terus bernafas. Gelas yang berisi separuh darah disua ke mulutku. Dengan rakus, aku minum. Aku mahukan darah lagi!
“Kau nak lagi? Kau boleh minum darah dia…” Lelaki itu tunjuk lagi gambar yang sama. Aku tersenyum sinis.
“Aku bunuh dia, aku boleh makan?” Aku sudah menjilat bibirku. Lelaki tadi ketawa. Tali ikatan di tanganku dibuka. Aku menggosok kedua-dua belah pergelangan tanganku. Ketidakwarasan akal menyebabkan aku turut tergelak tanpa henti.
***
Yonghwa mendengus resah. Sudah hampir seminggu Yuki hilang. Pelbagai cara sudah digunakan untuk mencari Yuki namun langsung tidak menunjukkan sebarang hasil. Kyouya turut susah hati. Kebelakangan ni dia menjadi baran setiap kali usahanya menemui kebuntuan.
Anne sendiri sudah tidak larat hendak mengeluarkan air mata. Dia tahu dia perlu menjadi kuat untuk semua orang. Yang paling penting Yuki dijumpai kembali!
Yuki menghirup udara luar buat kali pertama sejak dia ditangkap. Matanya liar memerhatikan sekeliling. Dia rasa seolah-olah seperti pernah menjejaki kaki ke sini. Tapi dia tak ingat. Ingatannya samar-samar. Lelaki di sebelahnya mengerling jam ditangan. Lelaki berkepala botak ini dan dua orang lelaki berambut perang akan mengikutinya dalam misi membunuh Kyouya.
“Bila kita boleh pergi!” Tanya Yuki tidak sabar. Lelaki botak tadi memandang ketuanya dan Yamato. Yamato mengangguk.  Laju 4 figura di depan Yamato bergerak dalam hutan dust dark forest.
Yuki tergelak nyaring. Dia sukakan kelajuan. Dia sukakan angin kelajuan yang menyentuh tubuhnya.
“Woi! Tunggu.” Yuki berhenti. Dia mendengus marah.
“Lambat! Aku dah tak sabar nak makan ni.” Aku menjerkah lelaki botak tadi bersama dua lelaki berambut perang.
“Jom!” Yuki menjerkah dan mula bergerak semula. Lagi laju daripada tadi. Lelaki botak tadi dan dua orang kawannya segera mengejar Yuki yang laju didepan. Sekali-sekala terdengar perempuan itu ketawa dan sesekali perempuan itu menyanyi pula. Sesiapa yang mendengar pasti berasa seram!
Lelaki botak tadi dan dua orang rakannya berhenti mendadak. Yuki sudah hilang! Shit! Mereka pasti akan dibunuh oleh ketua mereka.
“Macam mana ni Li?” Salah seorang rambut perang, Abs bertanya pada lelaki botak tadi.
“Mari kita berpecah cari dia. Aku rasa dia tak jauh dari sini.” Li memberi cadangan. Abs dan Eld mengangguk setuju. Mereka berpecah ke arah utara, barat dan timur.
Yuki tersenyum manis apabila melihat budak botak di depannya. Dia berpura-pura bersandar di pokok.
“Lambat!” Yuki menjerkah. Lelaki botak tadi memandang tajam ke arah Yuki.
“Kau ni…Kita tunggu Abs dan Eld sekejap.” Lelaki botak tadi pusing membelakangi Yuki. Yuki tersenyum nipis. Sepantas kilat, Yuki memulas kepala lelaki di hadapannya.
“Bodoh! Kau dengan ketua kau sekali bodoh!” Yuki tersenyum manis. Dia bernyanyi kecil. Abs dan Eld sudah pun di uruskan. Dia hanya berpura-pura gila dan mengikut sahaja rentak permainan Yamato. Kepalanya menjadi sedikit waras apabila minum darah yang diberi oleh lelaki bertopeng yang bernama Red. Senang betul nak memanipulasi orang yang otaknya gred  F-. Yuki segera keluar dari dust dark forest. Dia ingin keluar dari Bandar ini mencari kehidupan baru. Dia sudah tiada apa-apa lagi untuk dikenang di sini.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review