Monday, March 28, 2011

Vampier 17

Posted by Snow_Queen at 5:48 PM

Anne sedang khusyuk make up  mukaku bila telefon bimbitnya berbunyi. Anne memberi isyarat agar aku tunggu sebentar. Aku angguk kepala. Anne keluar ke balkoni. Pasti Yonghwa. Aku membelek majalah. Tiba-tiba, idea nakal melintas dalam fikiranku. Aku mengambil telefon bimbitku mencari-cari sesuatu. Selepas aku dapat apa yang aku cari, aku terus menghantar benda itu dengan pesanan sekali. Beberapa minit kemudian, ada bunyi menandakan mesej masuk. Aku tergelak kuat membaca mesej Kyouya. Aku membalasa mesej Kyouya sambil ketawa.
“Amboi! Happy nampak.” Anne sudah masuk ke dalam.
“Jangan cemburu.” Aku jungkit kening. Buat muka bangga sikit.
“Eleh, tak heran aku. Duduk diam-diam.” Anne sambung balik kerjanya yang tergendala tadi.
***
Aku sedang memakai kemeja bila ada bunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Nama Yuki tertera di skrin. Aku buka mesej. Terus ketawaku meletus tanpa dapat ditahan. Yuki menghantar gambar monyet pakai baju kembang dan muka monyet itu siap bermake up lagi. Camtik tak saya? Anne yang make up. Bagus betul kawan baik awak ni.-Yuki
Aku terus sahaja membalas mesej Yuki.
Lawa. Tak sabar saya nak jumpa awak dan Anne. Terutama sekali Anne. Berani dia ubah tunang saya jadi haiwan! >.<”-Kyouya
Tidak lama kemudian, sekali lagi ada bunyi menandakan pesanan ringkas masuk.
Awww…malunya awak puji macam tu. Eh! Janganlah marah Anne. Dia dah berjasa besar ni.-_--Yuki
Aku menggeleng kepala. Kalau layan si Yuki ni sampai esok pun tak habis. Aku meletakkan telefon bimbit atas meja dan terus butang kemeja yang aku pakai sebelum capai kot yang elok tergantung di almari. Tepat pukul 10 nanti masquerade party akan berlangsung. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 malam. Ada lagi 2 jam. Sebelum ke majlis berkenaan, aku harus singgah ke tempat lain dahulu.
***
Bunyi muzik lembut kedengaran di setiap ruang. Masquerade party kali ni berlangsung di sebuah kelab malam terbesar di kawasan black dahlia kepunyaan salah seorang elder. Ramai tetamu sudah memenuhi ruang. Semua nampak cantik dengan baju dan topeng masing-masing. Aku menari dengan Jonghyun. Sambil itu kami berbual mengenai kehidupan masing-masing. Sempat juga aku ceritakan mengenai kes class S yang aku kendalikan. Jonghyun mengucapkan tahniah atas kejayaanku dan seterusnya menyuruh aku berkhidmat dengan penyiasat-penyiasat pencen yang tak reti duduk diam. Jaga tepi kain orang lain.
Jealous la tu.” Aku mencebik.
“Bukan jealous. Kalau kes class S aku sendiri dah banyak kali buat tapi kau ni kali pertama kau buat kan? Macam mana kalau ada sesuatu yang terjadi?” Jonghyun membebel.
“Bukannya aku buat sorang-sorang. Kyouya ada. Lagipun sapa kata kali pertama? Ni kali kedua tahu tak?” Aku mula protes.
“Aku bukan apa. Aku risau. Kau satu-satunya sepupu perempuan yang aku rapat. Mestilah aku risau.” Jonghyun dan aku berpusing serentak mengikut rentak muzik.
“Kau ni risau tak tentu tempat. Okay..Lain kali aku akan berhati-hati okay sayang?” Aku mengukir senyum nipis. Malas nak bertekak dengan Jonghyun kerana lusa, CN Blue akan berpindah ke Bandar lain. Jonghyun hanya menggeleng kepala.
You know I love you.” Jonghyun mencari sepasang mata milik Yuki dalam gelap.
I know and I love you too. Aku janji lain kali aku akan berhati-hati.” Aku tunduk sedikit badan apabila muzik tamat. Kami berdua menyertai yang lain-lain di satu sudut. Aku mengerling jam tanganku.
“Kenapa kau resah semacam je ni?” Anne menegur.
“Kyouya tak sampai lagi. Dah pukul 12 malam.” Aku mengeluh.
Prince mestilah sampai saat-saat akhir nanti. Baru seronok.” Anne tarik sengih.
“Apa kau ingat ni cerita dongeng ke? Aku risau tahu tak?” Aku memandang sekeliling. Mencari kelibat Kyouya. Aku berpaling ke sebelah kanan apabila merasakan pinggangku dipeluk. Satu ciuman hinggap di pipiku.
Sorry lambat. Saya ada kerja tadi.” Kyouya mengukir senyuman nipis. Aku memerhatikan Kyouya yang segak dengan suit hitam.
Kyouya memerhatikan Yuki yang nampak cantik dalam dress gold dengan sulaman hitam sebagai hiasan dan mengenakan topeng warna senada dengan baju. Juga sarung tangan berwarna hitam. 


Manakala Anne pula mengenakan strapless dress berwarna dark purple bersulam emas sebagai hiasan dan topeng berwarna putih.



“Sempat lagi kau kan? Risau tunang kau ni. Nasib baik dia tak terus cabut lari tadi nak cari kau.” Anne mengukir senyum nipis.
“Yeke risau?” Kyouya sudah mula mahu mengusik. Sebelum sempat Yuki menjawab, music berbunyi kembali. Kyouya menundukkan sedikit badannya dan menghulurkan tangan.
May I have this dance?” Aku tersenyum manis dan menyambut huluran tangan Kyouya.
Di lantai tari, mata sepasang kekasih saling bertatapan. Sempat Kyouya mengucup dahi Yuki tanda kasih.
“Awak nampak cantik malam ni.” Kyouya berbisik di tepi telingaku. Aku tersenyum malu. Lain macam je romantic mamat ni..
“Awak pun nampak kacak malam ni.” Aku turut memuji.
“Saya memang hari-hari kacak. Tak payah bagitahu saya dah tahu.” Aku menjegilkan mata. Kyouya terus sahaja ketawa. Aku turut sama ketawa. Terasa bahagia sekali.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review