Sunday, March 27, 2011

Vampier 16

Posted by Snow_Queen at 3:27 PM

Susunan di dalam pejabat itu langsung tidak menarik perhatian. Satu set meja kerja, rak-rak buku, besi penyangkut kot dan 2 pasu berada di tepi tingkap. Satu kiri dan satu di sebelah tangan. Kalau diikutkan, mahu sahaja aku campak pasu tu keluar tingkap. Macam mana kalau tersepak? Aahh…macam-macam pula otak ni. Aku memandang Kyouya. Sengih. Pasti dia mendengar kata-kata hatiku bila aku kutuk pejabat ni dalam hati. Kalau tak takkan dia siku aku.
Pintu dibuka dari luar. Masuk seorang lelaki yang memakai suit putih ke dalam pejabat.
“Minta maaf. Saya ada urusan. Saya amat gembira sekali bila setiausaha saya kata Cik Yuki datang ke sini.” Ryan masuk dan melabuhkan punggung di meja kerjanya. Sebelum itu sempat dia berjabat tangan kami. Aku perasan dia memandang ke arah Kyouya dengan lama. Aku berdehem perlahan. Gay ke mamat ni?
“Minta maaf saya datang secara mengejut.”
“Oh! Tak apa. Apa yang boleh saya bantu cik Yuki.”
“Yuki..Panggil Yuki sahaja.” Aku mengukir senyuman. “Macam ni. Boleh saya tahu siapa yang mula-mula jumpa mayat-mayat berkenaan?” Aku terus straight to the point.
“Seorang lelaki. Vampire.” Ryan memandangku sebelum dia mengalih pandang ke arah Kyouya.
“Apa tujuan dia ke sana?” Aku terasa diriku seperti pegawai penyiasat pula.
“Dia mahu berburu.”
“Betul ke?” Aku sudah tersenyum sinis. Ryan memandangku pelik. Aku terus sahaja memberitahu apa yang aku ketahui. Ryan diam. Dia seperti sedang berfikir. Aku bermain dengan jari-jemariku.
“Saya akan suruh orang soal-siasat dia sekali lagi.” Ryan mengambil keputusan.
“Boleh saya bagi lagi satu cadangan? walaupun saya tak tahu benda ni akan berhasil ke tidak.” Aku memandang tepat dalam anak mata Ryan. Ryan jungkit kening.
“Saya cadangkan agar Ryan bawa seberapa banyak witch yang boleh ke magical forest creatures. Setkan jampi di seluruh kawasan hutan. Saya harap dengan usaha ini pihak kementerian akan jumpa bukti di sana. Saya khuatir ada barang-barang bukti di’telan’ oleh tanah di sana. Saya minta diri dulu.” Aku bangun dan berjabat tangan dengan Ryan. Begitu juga Kyouya. Kyouya berjalan keluar dulu. Ryan menarik tanganku.
“Apa hubungan Yuki dengan lelaki tadi?”
“Siapa? Kyouya? dia teman lelaki saya.” Aku mengukir senyum. Wajah Ryan berubah. Dia mengangguk sebelum melepaskan tanganku.
By the way thanks sebab belanja minum.” Aku menganggu dan terus keluar. Eh! Mamat tu ada hati dengan aku ke? Kalau tak takkan dia tanya macam tu? eh! Perasan kau ni..Aku terus mengutuk diri sendiri.
“Apa yang awak perasankan tu?” Aku memandang wajah Kyouya yang sedang tenang memandu. Lamunanku tentang pertemuanku dengan Ryan hilang bagai ditiup bayu malam.
“Hahaha…saja nak perasan sorang-sorang jap.” Cover jangan tak cover.
“Habis? Tadi siap kutuk Ryan tu gay lagi?” Aku tarik sengih bila mendengar kata-kata Kyouya.
“Yelah..Dia tengok awak semacam je. Eh, jangan-jangan dia kecewa tak saya ni mak we awak? Tak adalah peluang dia nak ngorat awak.” Aku buat kesimpulan lain pula. Terus meletus tawa Kyouya. Aku buat muka dan pandang ke arah luar. Memerhatikan manusia yang sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Aku mengecilkan mata apabila melihat seseorang berhodie hitam memandang tepat ke arahku. Aku kerut kening. Tak dapat lihat muka orang berkenaan kerana sinaran matahari menyilaukan mataku. Aku terjerit kecil bila Kyouya menarik rambutku. Kyouya jeling lidah. Bila aku berpaling ke luar semula, lelaki tadi sudah hilang. Kyouya menekan pedal minyak bila lampu isyarat susah bertukar warna.
“Nak balik rumah ke atau awak nak pergi mana-mana?” Aku memandang Kyouya. Malas nak ambil kisah dengan kehadiran lelaki berhodie tadi.
“Balik rumahlah. Saya nak tidur puas-puas. Oh! Nanti awak datang ambil saya pukul berapa?” Kyouya mengerutkan kening.
“Awak nak keluar lagi ke malam ni?”
Aku tepuk dahi. Ketawa. “Tak…Maksud saya masquerade party lusa awak datang ambil pukul berapa? Kan awak ada tak ada dekat sini malam ni? Jadi baik saya tanya siap-siap.” Aku sandarkan kepala ke bahu Kyouya.
“Anne cakap dia yang akan jemput awak. Beriya dia tak bagi saya ambil awak. Katanya tak surprise bagi saya tengok awak awal-awal.” Aku ketawa. Ada-ada sahaja si Anne tu.

2 under spell:

~zequest~ said...

knape ryan pndg kyouya smcm je??
musykil2!!
hoho... dun wori cik snow.. mmg akn setia ngn cite nih smpai akhir nyer..

Snow_Queen said...

@zequest: hehehe sje je ryan tu nk wat gmpaq kot..hahah mekasih..mekasih..=)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review