Sunday, March 27, 2011

Vampier 15

Posted by Snow_Queen at 3:26 PM

Rock, scissor, paper.” Aku tergelak bila melihat Kyouya buat muncung.
“Ermmm…Buat suara singa laut.” Aku jungkit kening.
What? Tapi mana saya reti buat.” Kyouya protes.
“Okay. Minum air gas ni sekali teguk.” Aku buka setin air berkarbornat.
“Awak suka betul kan seksa saya?” Kyouya mengambil tin minuman daripada tanganku. Dia menghabiskan minuman berkenaan dengan sekali teguk.
“Ah…Penatnya.” Aku terus sahaja terbaring di atas lantai papan. Kini kami berada di rumah kecil yang diperbuat daripada papan. Tempat lepak Kyouya bila dia ada masalah. Aku sukakan suasana rumah ni. Dikelilingi hutan.
“Kyouya…Rindukan saya.” Aku merenung langit yang dihiasi taburan bintang.
“Setiap hari saya rindu. Sekarang pun.” Kyouya baring disebelahku dan memelukku erat.
“Saya akan ‘hilang’ buat sementara waktu jadi jangan nakal-nakal.” Aku cuit hidung mancung Kyouya.
“Awak nak pergi mana?” Kyouya sudah bangun. Aku turut bangun.
“Saya ada kerja yang hendak diuruskan. Awak tahu pasal kes pembunuhan baru-baru ni.” Aku mengeluh perlahan.
“Yang kes mayat tinggal kulit sahaja kan?” Kyouya merenungku tajam.
“Yup! Saya tak sabar nak mulakan siasatan.” Aku rasa teruja.
“Sayang…Biar saya pergi dengan awak?” Kyouya meraih tanganku. Aku jungkit kening.
“Kalau awak nak ikut boleh juga. Awak boleh tolong main merchant untuk saya.” Aku sudah tersengih nakal. Kyouya tiba-tiba merenungku lama.
“Nakal! Cakaplah jelah nak minta tolong. Ni banyak pula songehnya.” Aku tergelak perlahan. Sememangnya tujuan asalku adalah hendak menyuruh Kyouya mengikuti aku ke magical forest creatures.
“Manalah saya tahu awak nak tolong ke tak. Terpaksa la saya mengayat sikit.” Aku tergelak kecil. Kyouya baring. Aku meletakkan kepalaku atas dada Kyouya. Kyouya memelukku dan mengucup ubun-ubunku. Aku tersenyum.
“Mama dan papa saya nak jumpa awak.” Aku membuka bicara setelah kami senyap buat beberapa ketika.
“Okay. Bila?” Kyouya bermain dengan jari jemariku.
“Tengoklah. Sekarang mereka tiada di sini. Nanti kalau mereka balik, saya bagitahu okay?” Kyouya mengangguk. Aku mengemaskan pelukan dan tanpa sedar, terlena di sisi Kyouya.
***

“Takut?” Kyouya menolak pipiku. Aku mencebik sambil mengerling jam tangan yang menunjukkan pukul 5 pagi.
“Tak. Saya takut awak yang takut.” Aku jungkit kening.
“Saya? Takut? Heh..Awak tak tengok lagi cara saya berkerja.” Kyouya dah buat muka riak.
“Ha..Apa lagi? Mulakan sayang…Saya tunggu ni.” Aku berpeluk tubuh. Kyouya berdehem. Dia duduk di atas tunggul kayu lama dan meletakkan merchant atas riba. Aku menahan sengih. Kyouya yang perasaan terus menjeling. Aku buat muka tak bersalah.
Kyouya tarik nafas dalam. Jari-jemarinya yang panjang mula memetik tali merchant. Dia mula menyanyikan sebuah lagu. Lagu untuk membuka pintu masuk ke dalam magical forest creatures. Itu sahaja syarat untuk masuk ke dalam hutan ini. Pintunya hanya boleh dibuka oleh suara nyanyian lelaki. Banyak songeh kan?
Kyouya menamatkan nyanyian. Kami sama-sama membuang pandang ke arah depan kami. Tiada apa-apa yang muncul. Aku sudah jungkit kening. Kyouya bangun dan meluku kepalaku. Tahu aku sedang gelakkan dia. Sesaat kemudian, pokok-pokok depan kami mula berganjak sedikit demi sedikit. Giliran Kyouya pula jungkit kening. Kami berdua melangkah masuk ke dalam hutan berkenaan.
“Dekat mana mayat-mayat tu dijumpai?” Kyouya membuka bicara.
“Kalau ikut maklumat yang saya dapat, semua mayat tu dijumpai di bawah pokok bloody bench.” Aku meliarkan pandangan. Pertama kali masuk dalam hutan ni. Selalunya hanya dengar daripada mulut Jungshin.
“Ini dia.” Kyouya berhenti bawah pokok yang kelihatan besar dan tua. Ada cecair merah di sekelilingi pokok itu. Aku sanggul rambut dan mula berjalan ke arah utara sedikit jauh dari pokok bloody bench. Mencari bau. Kalau-kalau ada klu yang tercicir. Tanpa disedari, aku sampai ke depan sebuah paya. Aku duduk mencangkung. Jari telunjuk aku tekan ke tanah. Kalau tanah biasa pasti akan tinggalkan kesan jariku namun tanah di sini lain. Tiada kesan yang tinggal. Aku ambil ranting yang berada tidak jauh dariku. Aku cuba lorek sesuatu di atas tanah namun kesan lorekan hanya sekejap sahaja sebelum keadaan tanah kembali kepada asal. Seolah-olah tak wujud kesan lorekan di atasnya. Aku jungkit kening. Kalau macam tu cepatlah aku selesaikan kes ni. Aku melompat naik atas pokok. Dari atas pokok, aku dapat melihat kawasan sekeliling. Tiada apa yang kelihatan. Hanya pokok-pokok lama.
“Yuki.” Aku terdengar suara Kyouya. Aku tersengih nakal. Sekali-sekala kenakan mamat ni best juga. Aku hanya diamkan diri atas pokok. Kyouya lalu di bawah pokok tempatku menyorok. Aku mengerutkan dahi. Selalunya Kyouya boleh sahaja cari aku melalui bau. Bukankah hidung vampire amat sensitive. Bukan itu sahaja, vampire juga boleh mendengar apa-apa sahaja selagi dalam jarak lingkungan 100 meter. Aku kerut kening. Baru aku perasan yang aku sendiri tak bau Kyouya. Seolah-olah dia tak wujud di situ.
“Yuki!” Terdengar lagi suara Kyouya. Kasihan pula aku lihat muka Kyouya yang dah cemas semacam.
“Atas ni.” Kyouya mendongak. Aku melambaikan tangan sambil tersengih. Dapat aku lihat Kyouya menarik nafas lega. Aku turun ke bawah.
“Jangan buat macam tu lagi!” Kyouya memelukku. Erat.
“Awak takut saya hilang?” Aku jungkit kening.
“Kalau boleh setiap saat saya nak awak berada di sisi saya.” Terharu pula aku dengar jawapan Kyouya.
“Awak langsung tak dapat kesan kehadiran saya di sini kan?” Aku memandang Kyouya. Kyouya angguk namun dalam masa yang sama dia berfikir.
“Cerdik betul pembunuh tu. Hutan ni, sekalipun ada mayat reput, takkan ada bau.” Aku mengangguk setuju dengan kata-kata Kyouya.
“Ada lagi satu. Cuba tengok ni.” Aku ambil batu dan lorekkan namaku atas tanah. Seperti tadi, namaku terus lenyap.
“Dan tanah ni juga takkan tinggalkan sebarang kesan atau bukti. Tapak kaki atau apa-apa sahaja akan hilang begitu sahaja.” Aku bangun dan kibas pasir ditanganku.
“Ada satu sahaja jawapan.” Kyouya sedang berfikir.
“Orang pertama yang jumpa mayat-mayat di sini, harus di siasat.” Serentak ayat itu keluar dari mulut kami.
“Betul! Sangat menimbulkan keraguan. Dalam hutan ni bukan ada apa-apa pun untuk dijadikan potion atau barang-barang lain melainkan kalau ada yang nak berburu itu masuk akal juga. Tapi semua binatang dalam hutan ni sudah dilindungi oleh Department for the Regulation and Control of Magical Creatures.” Aku garu kepala.
“Tak semestinya. Kalau ada yang makan di sini secara sembunyi pun kementerian takkan tahu. Susah nak jumpa bukti dalam hutan ni. Katakanlah saya masuk sini secara haram untuk berburu, tengah jalan-jalan saya terjumpa mayat. Kalau macam tu kesnya macam mana?” Kyouya memandang sekeliling.
Aku mengerutkan kening. Berfikir apabila mendengar kata-kata Kyouya.
“Mari kita balik. Saya nak pergi ke satu tempat.” Aku menarik tangan Kyouya. Enggan berlama di sini.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review