Saturday, March 26, 2011

vampier 14

Posted by Snow_Queen at 7:47 PM
“Bangun..Bangun…Bangun…” Aku melompat atas katil sambil melihat figura yang masih berkelubung di sebalik comforter. Aish! Tidur mati ke apa?
“Kyouya sayang..Bangun..Bangun…Bangun..” Aku masih lagi melompat atas katil king size milik Kyouya. Harap-harap tak patahlah hu hu hu…
Sepantas kilat, kini aku terbaring atas badan Kyouya kerana tanganku ditarik.
Babe..Sekarang pukul berapa?” Kyouya menyoal sambil matanya masih tertutup.
“Pukul 3 petang.” Aku tersenyum sambil menguis rambut di dahi Kyouya. Kyouya terus membuka matanya.
“Pukul 3 dan sekarang awak masih berjaga?” Kyouya merenungku.
“Alah, dah puas tidur.” Aku mengembangkan kedua-dua belah pipiku. Kyouya menarik senyum nipis. Dia memelukku. Aku baringkan kepalaku di dada Kyouya. Seminit kemudian, aku bangun dan menilik muka Kyouya yang sedang tidur. Aku menarik senyuman nipis. Aku melarikan jemariku di muka Kyouya. Mula-mula di kening, mata kemudian aku cuit hidung Kyouya. Aku tergelak kecil bila Kyouya menepis tanganku. Aku merenung muka Kyouya. oh! Dia warnakan rambut. Baru perasan.
“Saya begitu hensemkah sampai awak renung macam tu?” Kyouya buka sebelah matanya.
“Taklah..Saya tergamam sebab awak tak kacak mana pun.” Aku tergelak kecil bila Kyouya menjegilkan matanya. Dia menggeletek pinggangku. Aku menjerit meminta dilepaskan.

“Saya akan lepaskan kalau awak kata saya hensem.” Kyouya merenungku.
“Okay…Hensem.” Aku menarik nafas.
“Siapa yang hensem?”
“Kucing jiran saya.” Aku mula tergelak kerana berjaya mengenakan Kyouya. Kyouya terus sahaja menggeletekku kembali. Aku tergelak sampai keluar air mata. Kyouya baring di sebelahku.
“Kyouya…Jangan sambung tidur balik. Jom kita keluar dating? Macam manusia biasa.” Aku mengusulkan cadangan. Sambil itu aku bermain dengan jari jemari Kyouya.
“Huh?” Kyouya buka mata dan mengiringkan badannya menghadapku. Kepala ditongkat dengan tangan tangan.
“Saya teringin nak dating macam manusia biasa. Well, nampak macam menarik.” Aku kerdipkan mata beberapa kali. Oh..Please..please…please..hatiku berbicara. Kyouya tersenyum nipis.
“Okay. Saya mandi dulu.” Kyouya sempat menghadiahkan kucupan kepadaku sebelum dia bangun. Aku turut bangun dan membetulkan ikatan rambutku.
Don’t peep okay..” Kyouya tersenyum nakal.
What? You jerk..” Aku baling bantal namun Kyouya terlebih dahulu masuk ke dalam bilik air. Bantal tersebut mendarat atas lantai. Aku tergelak kecil dengan kenakalan Kyouya.
Terus sahaja aku keluar menunggu di ruang tamu. Sambil menunggu, aku merayau-rayau di sekeliling ruang tamu. Sebenarnya ini kali pertama aku memerhati rumah Kyoya betul-betul. Aku menghampiri almari kaca. Ada banyak souvenir yang pelik namun menarik. Contohnya replika skeleton yang mengacau sesuatu dalam kawah. Nampak comel pula. Aku memandang pula frame-frame yang ada. Ada gambar Kyouya sendirian dan ada pula dia bersama 4 orang lelaki.
“Mereka sepupu saya.” Aku terasa sepasang tangan memeluk pinggangku.
“Jom.”Aku tersenyum melihat Kyouya. Dengan baju t putih lengan panjang ke siku dan seluar jeans manakala aku hanya memakai baju t berwarna putih lengan pendek dan skirt labuh warna kelabu.
Destinasi pertama kami tentulah ke taman tema. Kyouya yang memberi cadangan. Aku hanya mengikut. Hampir kesemua permainan kami cuba.
Aku melabuhkan punggung di kerusi taman berhampiran taman tema.
One strawberry milk shakes for you my lady.” Aku menyambut huluran strawberry milk shakes dari tangan Kyouya. Cuaca hari ini redup sekali. Sememangnya tiada masalah bagi kami untuk berjalan bawah matahari sekalipun. Cuma kuasa kami akan menjadi terhad sahaja di siang hari.
Thank you dear.” Aku tergelak kecil. Kami berbual sambil memerhatikan orang sekeliling. Aku menekup tangan. Tersedar sesuatu.
“Kenapa?” Kyouya mengerutkan kening.
“Kan suara awak tak boleh didengari oleh orang lain? Macam mana ni? macam mana?” Aku terus gelabah.
“Sayang..Dengar sini. Suara saya tak ada effect dekat manusia biasa. Jadi awak jangan risau okay?” Kyouya mengusap kepalaku. Aku menarik nafas lega.
“Romantiknya mereka kan?” Aku memandang ke arah pasangan tua yang berjalan sambil berpegangan tangan.
“Kita nanti pun akan macam tu juga.” Kyouya memaut bahuku.
“Yeke?” Aku jungkit kening. Kyouya merenungku lembut. “Ya sayang. Awak kan  soulmate saya.” Kyouya mengucup dahiku. Aku terasa malu namun bahagia kerana diperlakukan begitu.
“Huh? Apa tu?” Aku tunjuk ke satu arah. Kyouya memandang ke arah yang aku tunjuk.
“Merong~~” Aku jelir lidah dan mula lari apabila Kyouya mengejarku. Aku tergelak kecil bila Kyouya luku kepalaku. Kyouya memaut bahuku dan aku memeluk pinggang Kyouya dengan tangan kiriku. Sambil itu kami bercerita tentang apa sahaja yang kami nampak.
***
Bunyi ombak sangat menenangkan hatiku. Aku tersenyum sambil melihat Kyouya baling beberapa biji batu ke laut. Aku bangun dan berjalan di pesisiran pantai. Membiarkan ombak menyentuh kakiku yang putih pucat. Sesekali aku menguis rambut yang jatuh di dahi.
“Awak bahagia?” Aku memandang Kyouya yang entah bila berdiri di sebelahku.
“Mestilah. Awak?” Aku memandang wajah Kyouya. Wajah yang selalu menghiasi setiap mimpiku.
“Mestilah. Yuki..” Kyouya berdiri di depanku. Dia memegang kedua-dua belah bahuku. Angin yang bertiup membuatkan rambut Kyouya kusut namun dia nampak kacak juga walaupun begitu. Kyouya menarik nafas beberapa kali. Kemudian dia garu kepala pula.
“Kenapa?” Aku menggigit bibir memandang Kyouya yang resah semacam. Kyouya memandangku dan mengusap mukanya. Ish! Apa pasal susah sangat nak cakap ni? Kyouya merungut dalam hatinya.
“Yuki, sudi tak awak kahwin dengan saya?” Aku terlopong seketika. Kyouya lamar aku? Biar betik? Ma………Anak mama dilamar. Anak mama akan jadi isteri orang tak lama lagi. Yehaaa…
Aku merenung Kyouya yang tergelak tiba-tiba. Aku menggetap bibir.
“Awak permainkan saya eh?” Aku mengembangkan kedua belah pipiku.
“Mana ada!” Kyouya buat muka serius.
“Habis tu yang awak gelak tu apa hal?” Aku menjeling Kyouya tajam.
“Ada benda yang saya nak bagitahu awak. Sebenarnya saya boleh baca minda awak.” Kyouya sudah tersengih-sengih.
“Hah? Dan awak tak bagitahu saya pun. Jadi selama ni…” Aku tak dapat menghabiskan ayatku. Selama ni awak dapat baca semua fikiran saya pasal awak? Aaahhhhhh….Malunya…..
“Ye sayang. Semuanya.” Kyouya masih lagi menarik sengih.
“Ah! Benci.” Aku jalan laju meninggalkan Kyouya.
“Benci ke?” Kyouya memaut bahuku. Aku menepis namun tangan Kyouya masih tak bergerak.
“Jadi macam mana dengan lamaran saya?” Aku merenung wajah Kyouya. Hidup dengan Kyouya? Seperti satu mimpi sahaja..
“Ouch…” Aku gosok lenganku.
“Apa pasal awak cubit saya?”
“Supaya awak sedar yang awak tak bermimpi.” Kyouya tersenyum nakal. Aku memukul lengan Kyouya.
“Mestilah.” Aku jawab sambil senyum nipis.
“Apa yang  mestilah?” Kyouya jungkit kening.
“Mestilah saya terima lamaran awak.” Kyouya memelukku secara tiba-tiba.
“Terima kasih sayang. Saya takkan sia-siakan awak.” Kyouya menarik tanganku. Dia menyarung sebentuk cincin bertakhtakan berlian merah. Kyouya menunjukkan sebentuk cincin di tangannya juga. Aku tersenyum nipis dan menghadiahkan kucupan di pipi Kyouya. Kyouya meraih tanganku dan kami berjalan menuju ke kereta Kyouya. Menuju ke destinasi yang seterusnya.


4 under spell:

~zequest~ said...

coooooooooolllllllllll...
ni msti x lme lgi ade mslh nih... gagagagaggagaaaaa... waaaaaa, hopefully diorg still bsama...
nyway, luv ur story cik snow =)

Snow_Queen said...

@zequest: ade gumbira ade duka..hehehe..truskn bsama cter ni hngga akhir..TQVM

HikaYat Cik AppLe said...

romantik + bahgia = konflik later

Snow_Queen said...

@hikayat: resepi alam pcintaan hahaha

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review