Saturday, March 26, 2011

Vampier 13

Posted by Snow_Queen at 7:45 PM
“Apa dia Amy?” Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Takut-takut tersalah dengar. Amy mendengus.  “Ada orang minta kau buat job class S. Dia kata kalau kau berminat, jumpa dia dekat atas. Dah tiga hari dia tunggu kau dekat sini tapi kau tak muncul pula.” Aku mendongak ke tingkat atas. Tempat di mana perbincangan selalu di lakukan oleh pengunjung-pengunjung di sini. Aku menghabiskan minumanku dan naik atas. Kata Amy lelaki itu pakai suit putih. Mataku terarah di satu sudut. Seorang lelaki sedang membaca dengan tenang. Aku menghampiri dan berdehem perlahan.
“Cik Yuki?” Lelaki berkenaan merenungku. Aku mengangguk.
“Sila duduk. Saya amat berbesar hati kerana cik memenuhi jemputan saya.” Aku duduk dan merenung lelaki di hadapanku. Rambut perang, mata sepet dan kumis. Lelaki ini agak sedap mata memandang.
“Saya mahu tahu job apa yang saya kena buat. Kalau saya tak mampu saya harap encik…” Aku memandang lelaki di depanku.
“Panggil saja saya Ryan.”
“Saya harap Ryan tak kecil hati. Boleh saya tahu apa tugasan yang menanti?” Aku mengukir senyum nipis.
“Begini cik Yuki, dalam beberapa hari ni ada beberapa pembunuhan yang sedang berlaku. Bukan sahaja manusia tapi beberapa orang golongan night world juga menjadi mangsa.” Ryan mengambil sebuah sampul coklat sederhana besar dan memberikan padaku. Aku buka sampul berkenaan dan meneliti isi sampul itu. Beberapa keping gambar mangsa pembunuhan dalam keadaan mengerikan menjadi santapan mataku.
“Saya sendiri susah nak agak perbuatan siapa ni. mangsa-mangsa hanya tinggal kulit manakala organ-organ yang lain hilang sama sekali.” Aku meletakkan kembali gambar-gambar berkenaan dalam sampul dan letakkan atas meja.
“Kami sendiri buntu. Hasil penyiasatan langsung tak membantu.” Ryan menhirup minumannya.
“Kalau awak sendiri sudah temui jalan mati untuk kes ni..Kenapa awak tawarkan kes ni pada saya? Mungkin saya juga akan temui jalan mati.” Aku cuba menduga lelaki di depanku.
“Saya tahu cik Yuki pernah selesaikan kes Gruge, pembunuh bersiri night world yang paling di kehendaki. Elders sendiri tak dapat selesaikan kes ni tapi dalam masa seminggu sahaja cik Yuki berjaya selesaikan kes ni. Berdasarkan kes ni saya berharap cik Yuki juga dapat membantu kami.” Ryan menguak rambutnya ke belakang. Aku bermain dengan botol kecil di hadapanku. Berfikir.
“Saya harap pihak Ryan jangan taruhkan harapan yang tinggi dekat saya. Saya cuba tengok apa yang saya mampu buat. Untuk kes ni saya hanya akan ambil upah saya jika saya berjaya selesaikan kes ni. Tapi…Syaratnya saya akan buat kerja dengan cara saya. Pihak encik dilarang campur tangan sama sekali melainkan jika saya sendiri yang minta bantuan, Macam mana?” Aku bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri. Ryan pula berdiam diri sambil merenungku. Aku buat muka toya.
Deal.” Ryan menhulurkan tangan. Aku menyambut huluran tangan Ryan.
“Macam mana saya boleh hubungi Ryan?” Aku jungkit kening. Ryan menghulurkan sekeping kad. Aku mengangguk sebelum beredar.
Amy jungkit kening sambil memandangku. Aku jungkit kening balik.
“Macam mana?” Soal Amy ingin tahu.
“Aku ambil job tu. Aku nak minta beberapa supply dengan kau.” Aku menghulurkan sekeping kertas kepada Amy. Amy mengerutkan kening melihat barang-barang yang aku kehendaki.
Merchant? Kau nak pergi buat show ke nak buat kerja ni?” Amy pandang aku.
You know magical forest creatures…” Aku melirikkan senyuman nakal.
What? Magical forest creatures? Siapa yang malang nak kena main merchant ni?” Amy sudah ketawa kecil. Aku menggamit Amy agar dia mendekatiku. Aku bisikkan satu nama. Terbeliak mata Amy.
“Dia nak ke?” Amy menggeleng perlahan.
“Nak tak nak dia mesti akan tolong punya.” Aku buat kening double jerk. Amy menghilangkan diri ke belakang buat beberapa saat sebelum kembali dengan barang-barang yang aku pinta. Aku mengambil uncang dari tangan Amy dan sebuah buku sederhana besar. Merchant yang aku pinta, Amy sudah ‘post’ ke rumahku. Selepas bayar harga barang-barang yang aku beli, aku terus beredar.
Ryan turun dan menghulurkan duit untuk minumannya.
“Ada orang belanja encik harini.” Amy menarik sengih. Ryan menarik senyum. Tahu siapa yang bayar minumannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review