Saturday, March 26, 2011

Vampier 12

Posted by Snow_Queen at 7:42 PM
Yuki hanya mampu melihat Zeux dari jauh. Zeux juga seolah-olah tahu yang dia kini tak dapat mendekati tuannya lagi. Sebelum bertukar sepenuhnya, Yuki telah memberi Zeux kepada Minhyuk walaupun pada mulanya Minhyuk menolak. Bila ditanya alasan kenapa nak bagi Minhyuk? Senang je alasan Yuki. Minhyuk nampak bergaya dengan adanya Zeux. Macamlah Minhyuk tak tahu yang Yuki hanya membodek supaya Zeux ada tuan dan tak kena buang atau dihapuskan.
“Makin sihat Zeux aku tengok.” Aku jadi cemburu pula bila melihat Minhyuk menggosok bulu Zeux. Zeux pun nampaknya dapat menerima Minhyuk adalah tuan barunya sekarang.
“Yelah. Duduk dengan aku, aku bagi dia makan daging. Duduk dengan kau, dia dapat makan tulang je.” Minhyuk tersenyum mengejek.
“Alah tapi dia tetap sayangkan aku. Cuba kau tengok mata Zeux yang bersinar-sinar bila nampak aku.” Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
“Mana ada. Kau ni suka buat cerita sendiri.” Minhyuk masih lagi mahu mengusik Yuki. Suka benar dia apabila sepupunya mula menarik muncung.
“Kau tak pergi mana-mana ke hari ni?” Minhyuk melabuhkan punggung ke kerusi kayu yang berada berdekatan dengannya.
Yuki turut melabuhkan punggung di sebelah Minhyuk. Dia meneliti ladang milik CN Blue.
“Tak. Nak dating, Kyouya ada hal pula. Anne pergi dating denganYonghwa. Jadi aku datang sini jelah. Rindu pula nak jenguk Zeux.” Aku mengusap tengkuk.
“Minhyuk..Aku rasa semacam kebelakangan ni.” Aku rasa Minhyuk adalah orang yang tepat untuk diajak berbicara. Selalunya dia akan meluahkan isi hatinya dengan Yonghwa atau Jonghyun tapi hari ini dia buang tebiat untuk berbicara dengan Minhyuk.
“Kenapa?” Minhyuk memandang ke arahnya.
“Entah. Aku rasa macam akan ada benda yang akan terjadi. Kau tahu pasal ramalan kau yang itu hari? Yang aku kena kejar dalam dust dark forest? Tiga hari kebelakangan ni aku selalu termimpikan benda tu.” Aku menarik nafas lega kerana dapat meluahkan isi hati aku.
“Mungkin kau asyik teringat tak? Tak pun kebetulan je.” Minhyuk masih merenung Yuki.
“Tak…Aku tak ingat pun benda tu Min..Aku..Entah..” Aku kehilangan butir bicara. Aku keliru tiba-tiba. Pelbagai rasa menyesak dada. Yuki memejam mata.
“Aku rasa tak ada apa-apalah. Kau jangan risau. Sekalipun ada apa-apa yang berlaku, aku dan yang lain-lain tetap akan melindungi kau.” Minhyuk menarik senyuman manis.
Thanks Min. Aku rasa lega sikit dapat cakap dengan seseorang. Eh! Betul ke kau orang nak berpindah tak lama lagi?” Sayu Yuki memandang Minhyuk. Dia dengar khabar itu daripada Anne.
“A’ah. Kitaorang dah rasa boring nak tinggal dekat sini. Saja nak cuba hidup kat tempat baru.” Minhyuk membuang pandang ke arah Zeux yang tidur-tidur ayam.
“Nanti jaranglah aku dapat jumpa korang ek. Rindulah aku dekat korang.” Aku meletakkan kepala di bahu Minhyuk.
“Eleh..Sebenarnya bukan kau rindu sangat pun. Kau risau nanti tak ada orang yang kau nak susahkan kan?” Minhyuk jungkit kening.
“Hahaha..Macam mana kau tahu ni? aiseh..” Aku hanya ketawa kecil. “Jadi..Bila korang nak pindah?” Yuki menyambung bicara.
“Tengoklah. Mungkin dalam hujung bulan ni.” Minhyuk menggetap bibir. Dia sendiri sebenarnya enggan meninggalkan Yuki. Mungkin kerana mereka rapat jadi kalau boleh ingin sahaja dia culik Yuki agar Yuki dapat bersama dia dan yang lain-lain. Tapi Yuki bukannya anak patung yang boleh diambil sesuka hati.
“Ada lagi 2 minggu lebih sebelum hujung bulan.” Aku bangun dan mengenyeh kelopak matanya. Jauh di sudut hatiku, aku rasa kehilangan. Kerana aku dan sepupuku yang berempat sangat rapat jadi aku enggan melepaskan mereka.
“Hei..Kau menangis?” Minhyuk mengusap pipi Yuki.
“Mana ada. Aku rasa mengantuk pula.” Aku cuba mengawal rasa hatiku.
“Kau baliklah dulu. Matahari pun dah nak terbit.” Minhyuk turut bangun. Dia memaut bahu Yuki dan mereka berjalan bersama-sama menuju ke tempat kereta Yuki diparkir.





0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review