Friday, March 25, 2011

vampier 11

Posted by Snow_Queen at 4:48 PM

Aku memandang Yamato. Rimas. Semenjak aku menjadi vampire sepenuhnya, Yamato selalu sahaja mencari aku.
“Apa lagi yang kau nak?” Aku memandang Yamato. Geram!
“Eh! Kau buat-buat tanya pula. Mestilah aku nak kau.” Yamato tarik sengih.
“Eiiii…Tak malu. Cinta aku hanya untuk Kyouya je.” Aku memeluk tubuh.
“Kyouya? Kau pasti ke dia betul-betul cintakan kau?” Yamato cuba memaut bahuku namun aku pantas mengelak.
“Kau ni apahal? Aku nak balik. Yang kau halang jalan aku ni kenapa?” Aku mendengus geram.
“Aku tak larang pun kau balik. Jumpa lagi esok.” Yamato mengenyit mata sebelum beredar.
“Yamato nak apa?” Anne bertanya sebaik sahaja aku mendapatkan dia di pintu pagar sekolah.
“Macam biasalah menagih cinta aku. Tak hingin aku nak kat dia.” Aku mencebik.
“Kau pernah ada apa-apa ke dengan dia?” Anne menyoal. Curiga.
“Dulu memang aku sukakan dia…Tapi sekarang hanya Kyouya di hati aku.” Aku menarik sengih.
“Eiii…Gatal!” Anne menolak kepalaku.
“Cakap orang. Kau jangan ingat aku tak tahu pasal kau dengan Yonghwa.” Aku mengerling ke arah Anne. Riak wajah Anne segera bertukar.
“Kau merepek apa ni?” Anne garu kepala.
“Sudahlah!” Aku dan Anne ketawa serentak.
“Tak lama lagi ada masquerade party. Kau dah pilih baju?” Anne kelihatan teruja membangkitkan topik itu.
“Belum. Kau dah pilih?” Aku garu kepala. Memikir pakaian apa yang sesuai untuk dipakai.
“Esok kita pergi cari baju nak? Hanya kita berdua. Aku datang ambil kau dekat rumah kay?” Anne meraih bahuku. Aku mengangguk setuju.
***
Seperti yang dijanjikan keesokan harinya dua sahabat itu keluar bersama-sama mencari baju untuk masquerade party.
“Kyouya tahu tak kau nak datang sini?” Anne sedang membelek beberapa pasang baju.
“Tahu. Dia nak temankan tapi aku tak bagi. Tak syoklah kalau dia datang nanti tak surprise pula kalau awal-awal lagi dia tahu aku pakai apa.” Aku mengukir senyuman. Teringat rayuan Kyouya untuk ikut sekali.
“Tahu tak apa.” Anne mengacu sehelai dress di badannya.
“Kau dengan Yonghwa tu serius ke?” Aku memandang ke arah Anne dengan serius. Ingin sekali aku tahu isi hati Anne.
“Seriuslah. Kau ingat aku main-main ke?” Anne dah buat muncung.
“Taklah sampai macam tu. Tapi aku tengok korang ni pelik semacam je.” Aku terus menilik dress yang sesuai.
“Pelik? Tak ada yang peliknya. Mungin cara kami lain. Lagipun dia kan selalu sibuk. Takkanlah kitaorang nak berkepit 24/7. Yang ni okay tak?” Anne menunjukkan sehelai dress. Aku tunjuk thumb up tanda setuju.
“Kau punya dress?” Anne mengerutkan kening. Tak pula dia nampak Yuki sibuk memilih macam dirinya.
“Kat kaunter. Tunggu nak bayar je.” Aku tarik sengih. Anne tarik muncung kerana Yuki tak meminta pendapatnya dahulu. Selepas bayar semua barang, mereka berdua melepas di sebuah bar.
“Tapi kenapa haa…Aku rasa semacam jelah kebelakangan ni.” Aku meluahkan rasa hatiku.
“Mungkin sebab badan kau masih dalam proses penyesuaian lagi kot.” Anne memberi pendapat. Yuki menghirup minuman. Dia tak berniat hendak membantah kata-kata Anne meskipun dia tidak bersetuju dengan kata-kata Anne. Kebelakangan ni dia resah semacam. Macam ada sesuatu yang akan terjadi tapi dia sendiri tak tahu apa. Dia hanya mampu berdoa moga semuanya baik-baik belaka.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review