Friday, March 25, 2011

Vampier 10

Posted by Snow_Queen at 4:47 PM

Ini saat yang di tunggu-tunggu. Anne, Yonghwa, Minhyuk, Jonghyun dan Jungshin duduk di ruang tamu rumah Kyouya. Kadang-kadang mata mereka melirik ke arah pintu bilik Kyouya. 10 minit kemudian, Kyouya keluar.
“Macam mana?” Yonghwa menyoal.
“Semuanya berjalan dengan lancar. Kita hanya perlu tunggu dia bangun sahaja.” Kyouya duduk di sebelah Anne. Dia memejamkan mata.
“Aku pergi temankan Yuki.” Anne bangun dan masuk ke dalam bilik Kyouya. Di atas katil, sekujur tubuh milik Yuki terbaring kaku. Tidak bernyawa. Muka Yuki pucat dan dia nampak tenang. Anne duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan katil Kyouya. Tangan Yuki di genggam erat. Sejuk sekali tangan Yuki seolah-olah Anne tengah memegang ais.
***
Yuki buka mata. Dia terasa tekaknya dahaga sekali. Tubuh Anne dikerling sekilas sebelum dia membuang pandang ke arah pintu. Masuk Kyouya sambil tersenyum.
“Awak okay?” Kyouya menghulurkan tangan kepada Yuki. Yuki menyambut.
“Lapar.” Yuki menggosok perutnya.
“Mari kita pergi cari makanan untuk kau.” Kyouya menggengam tangan Yuki. CN Blue bangun apabila melihat Yuki sudah sedar. Hampir 6 jam mereka menunggu Yuki.
“Aku nak bawa dia pergi ‘makan’.” Kyouya memandang ke arah CN Blue.
“Kat sini pun boleh makan.” Yuki menjilat bibirnya apabila melihat Yonghwa, Jonghyun, Minyuk dan  Jungshin.
“Tak boleh! Mereka ahli keluarga kau.” Kyouya melarang. Yuki mengerutkan dahi. Dia menghidu CN Blue seolah-olah mereka adalah santapan makan malam.
“Tapi mereka tak berbau seperti kita?” Yuki mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Apa yang terjadi dengan dia?” Yonghwa menyoal.
“Sekarang Yuki masih separuh sedar jadi dia tak ingat siapa korang. Lepas makan nanti dia akan okay.” Kyouya menerangkan.
“Lebih baik kau bawa dia pergi. Kitaorang tunggu di sini sahaja.” Jonghyun menyuruh. Terasa seram pula melihat kerlingan mata Yuki yang memandang mereka.
***
Kyouya bawa Yuki ke Harbour Ville. Yuki jadi rambang mata melihat mangsa di depannya. Kyouya menggengam tangan Yuki erat agar gadis itu tidak bertindak secara terburu-buru. Mereka berdua melompat dari satu pokok ke satu pokok.
“Ah! Yang itu.” Yuki terus menerkam seekor rusa putih. Kyouya menggeleng kepala dengan ketidaksabaran Yuki. Yuki tanpa menghiraukan Kyouya terus sahaja menghadap makan malamnya.
“Dah sudah?” Kyouya menghulurkan tangan kepada Yuki. Yuki tersengih sambil mengangguk.
“Pening.” Yuki memicit dahinya. Seminit kemudian, terasa badannya kembali bertenaga.
“Mari balik. Kau kena rehat cukup-cukup.” Yuki mengangguk apabila mendengar kata-kata Kyouya.
***
“Yonghwa!” Yuki terus memeluk sepupunya. Entah kenapa dia rasa gembira sekali.
“Errr..Kau dah okay ke?” ragu-ragu Jungshin bertanya. Tak pasal-pasal kang mereka jadi lauk makan malam Yuki.
“Okaylah! Kenapa korang tanya macam tu?” Yuki buat muncung tak puas hati.
“Yelah! Tadi kau nak makan kami. Fobia tau!” Minhyuk menjeling Yuki tajam.
“Eh? Yeke? Sorrylah. Aku tak ingat apa-apa.” Aku tarik sengih.
“Jangan risau. Taste dia darah haiwan bukan manusia.” Kyouya mengusap kepala Yuki. Melopong CN Blue mendengar statement daripada mulut Kyouya. Tadi bukan kemain lagi Yuki pandang mereka macam nak makan.
“Korang bawa dia balik dulu. Esok kita jumpa kat sekolah.” Kyouya mengusap kepala Yuki dan mengucapkan selamat malam.
            Yuki duduk di sofa yang bertentangan dengan kedua ibu bapanya. Papa tersenyum lebar bila dapat tahu anak kesayangannya sudah ‘bertukar’ namun dia sedikit kecewa kerana Yuki tidak memberitahu mereka tentang pilihan anaknya.
“Yuki ada benda nak cakap.” Aku tertunduk memandang lantai.
“Apa dia?” Mama memaut bahuku.
“Yuki dah jumpa seseorang yang Yuki suka.” Aku tertunduk malu. Berdebar pula menanti reaksi mama dan papa.
“Kamu betul-betul pasti dia cintakan kamu?” Papa menyoal. Aku mengangguk.
“Kalau macam tu papa setuju siapa pun pilihan kamu. Ada masa bawa dia balik jumpa kami.” Papa mengukir senyum nipis. aku terus menerpa papa. Terharu.
“Yuki naik atas dulu.” Yuki menarik senyum nipis. Setelah Yuki naik, papa memandang mama.
“Lega rasanya bila dia dah jumpa orang yang disukai.” Papa berubah tempat duduk dan duduk di sebelah mama.
“Kalau kita dah tak ada nanti pun saya pasti dia akan tabah.” Mama memeluk papa.
“Jangan cakap macam tu. Kita mesti kuat untuk anak-anak kita. Awak dah hantar surat pada Eric?” Papa mengucup ubun-ubun mama. Mama mengangguk perlahan.

2 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

semacam je mama ng papa yuki tu

Snow_Queen said...

@hikayat: wow...u're the first one to notice it..mngkin la kn hehehe..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review