Saturday, March 19, 2011

Vampier 1

Posted by Snow_Queen at 3:45 PM


Aku bangun secara mengejut apabila terasa seluruh badanku kesejukan. Aku memandang ke arah pengasuhku yang tersengih melihatku sambil memegang baldi.
“Manny!” Aku buat muka sambil bangun.
“Liat sangat nak bangun. Jam loceng tu dah 20 kali berbunyi tapi kamu tak bangun-bangun juga. Tengok jam dah pukul berapa sekarang?” Manny tunjuk ke arah jam dinding yang tergantung di bilikku. Alamak?! Sudah pukul 7.30. Pintu pagar sekolah akan tutup tepat pukul 8. Aku segera berlari masuk ke dalam bilik air. Puan Erina hanya tergelak melihat telatah anak majikannya.
Sebaik sahaja aku bersiap, tanpa mengambil sarapan aku terus berlari. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.45. Aku segera berlari sekuat hatiku. Sudahlah dari rumahku ke sekolah makan masa 20 minit. Sebaik sahaja sampai di depan pintu pagar, aku segera menyelinap masuk sambil berdoa agar cikgu disiplin yang sedang memarahi murid-murid yang lewat tidak menyedari kedatanganku.
“Yuki! Kamu lewat lagi harini. Ini dah masuk kali berapa kamu terlewat?” Cikgu disiplin, Cikgu Sam memandangku tajam.
“3 kali cikgu!” Aku jawab dengan penuh yakin.
“Dah empat kali! Kamu jangan pandai-pandai nak kurangkan bilangan. Lepas habis sekolah jumpa saya!” Aku hanya mengangguk apabila mendengar arahan daripada cikgu Sam. Habislah telinga aku nanti. Dengan langkah yang lemah, aku terus menuju ke kelasku, 5 Gamma yang terletak di bahagian utara sekolah dan bangunan yang paling, paling jauh sekali. Ini merupakan minggu keduaku di sekolah. Teringat kembali kali pertama aku menjejakkan kakiku ke sekolah ini, ada yang tidak menyenangiku. Aku tersenyum sendiri sambil mendongak ke arah langit. Bulan kelihatan malu-malu memancarkan cahaya.
Imbas kembali…
Bunyi tapak kaki kedengaran melintasi setiap kelas yang ada di bangunan utara. Sampai di satu kelas, bunyi tapak kaki yang kedengaran tadi hilang serta-merta. 5 Gamma. Itu yang terukir di muka pintu kelas berkenaan. Semua murid-murid 5 Gamma senyap.
“Dengar tak?” Anne menyiku lengan Kyouya yang sedang menulis sesuatu di atas kertas kosong. Beberapa orang murid sudah panas punggung. Tombol pintu dipulas dan masuk seorang gadis yang berambut panjang paras pinggang.
“Apa yang boleh saya bantu?” Guru kelas 5 Gamma, Sir Allen bertanya.
“Sir, makan malamkah?” Seorang murid lelaki merenung gadis yang sudah berdiri di sebelah Sir Allen. Anak matanya sudah bertukar warna. Begitu juga beberapa orang murid yang lain. Masing-masing teruja mendengar bunyi degupan jantung mangsa di hadapan mereka. Gadis berkenaan menyerahkan sesuatu kepada Sir Allen.
“ Kamu murid baru di kelas ini?” Sir Allen memandang gadis berkenaan dengan pandangan curiga.
“Saya Yuki. Sila beri tunjuk ajar.” Yuki menundukkan sedikit badannya.
“Abang Kei sedia membantu.” Yuki melihat lelaki yang duduk di barisan hadapan sekali menjilat bibir sambil merenungnya.
“Baiklah, kamu boleh ambil tempat duduk kamu di sebelah kanan Kyoya. Kyouya angkat tangan kamu.” Yuki memandang ke arah seorang lelaki yang memakai cermin mata. Dengan perasaan berdebar-debar, Yuki melangkah ke arah Kyouya.
“Selamat berkenalan.” Yuki memandang ke arah Kyouya. Kyouya hanya memandang ke arah Yuki sekilas sebelum kembali fokus kepada buku di hadapannya. Hmph..sombongnya desis hati Yuki. Sebaik sahaja Sir Allen keluar, Yuki dapat rasakan semua orang memandang ke arahnya. Yuki memandang ke arah depan, kiri dan belakang. Tepat sekali firasatnya yang semua orang sedang memandangnya bagai sedang menghadap lauk makan malam. Terdapat beberapa orang yang saling berbisik sambil memandangnya.
“Bau darah kau sangat harum!” Yuki memandang ke arah Kei yang menghampirinya. Ini lelaki yang memanggil dirinya abang tadi. Geli kepala lutut aku!
“Manusia…Kau tahu tak sekolah ini sekolah apa?” Tanya seorang perempuan yang duduk di sebelah kiri Kyouya. Mestilah aku tahu. Semua orang di sekolah ini bukan manusia. Mereka terdiri daripada Vampire, Werewolf, Elf, Witch, shape shifters, Beast dan sebagainya. Aku bukannya bodoh sangat nak mati awal dengan pergi menyerah diri kepada golongan-golongan ini kalau aku adalah manusia. Yuki tersentak apabila terasa ada tangan yang dingin memegang pipinya. Yuki menelan air liur kesat. Siapa pula dia ni…
“Aku teringin sekali hendak merasa kau…”  Lelaki yang muncul entah dari mana berbisik di telinga Yuki. Yuki menepis tangan lelaki berkenaan. Baru sahaja lelaki tadi ingin menerkam Yuki, dia jatuh terduduk atas lantai. Satu kelas tergamam. Yuki dapat rasakan ada sesuatu yang melindungi dirinya. Yuki menepuk kepala Zeux sambil tersenyum.
“Kau..Kau siapa sebenarnya?” Lelaki tadi tergagap-gagap menyoal. Masakan dia tidak terkejut apabila melihat bayangan Zeux. Zeux adalah sejenis binatang dark world yang selalu di gunakan oleh ahli-ahli sihir tertua sebagai pengawal peribadi mereka. Sesiapa sahaja yang terkena air liur Zeux akan mati serta-merta. Zeux merupakan binatang yang mesti dijauhi oleh semua vampire. Kyouya memandang Yuki dengan penuh kagum.
“Siapa-siapa pun boleh…” Yuki tersenyum sinis.
“Kau separuh vampire dan separuh manusia?” Anne menyoal.
“Apa-apa yang korang fikir.” Yuki hanya tesenyum nipis sebelum memberi arahan pada Zeux supaya hilang. Suka betul dia mengenakan budak-budak berlagak di kelas ni. Lain kali jangan pandang rendah pada orang lain!
“Aku Anne.” Anne menghulurkan salam perkenalan.
“Yuki.” Aku tersenyum nipis. Dengan cepat, Yuki menjadi mesra dengan Anne. Melalui Anne dia dapat mengenali kesemua rakan sekelasnya dan mereka dari golongan mana. Bunyi tombol pintu di pulas membuatkan Anne segera kembali ke tempat duduknya. Masuk seorang lelaki ke dalam kelas berkenaan. Yuki segera menundukkan pandangan. Dia tidak ingin lelaki itu menyedari akan kehadirannya di dalam kelas ini.
“Kau nak apa Yamato?” Anne menyoal dengan nada tegas.
“5 Gamma! Kali ini ada lagi laporan mengenai korang buat kacau di kawasan bangunan selatan! Bukankah korang tahu yang korang dilarang menjejakkan kaki ke kawasan hutan selatan? hanya pelajar-pelajar bertauliah sahaja yang boleh ke sana.” Yamato mendengus perlahan. Tak tahu berapa kali dia harus ulang benda yang sama. Sebagai ketua persatuan pelajar dia bertanggungjawab untuk membantu guru-guru di sekolah mengawal para pelajar.
“Ini amaran kali terakhir. Kalau selepas ini ada lagi laporan pasal korang tahulah aku nak buat apa…” Yamato menyelak rambutnya ke belakang. Baru sahaja dia ingin beredar, langkah kakinya terhenti. Dia memandang perempuan di sebelah Kyouya. Sempat dia melemparkan senyuman sinis sebelum beredar.
Imbas kembali tamat…
“Aaa..” Aku terjerit kecil apabila terdapat sepasang tangan menarikku masuk ke satu lorong kecil.
“Jadi betullah yang kau bersekolah di sini.” Yamato memegang daguku. Aku menepis tangan Yamato.
“Aku malas nak tengok muka kau lagi.” Baru sahaja aku ingin beredar, Yamato menarik lenganku menyebabkan badanku terhentak di dinding. Aku memandang Yamato tajam.
“Dah berapa kali aku cakap yang kau tak sesuai untuk aku. Kau manusia, aku vampire..Kita tak mungkin bersama. Berhentilah buat perangai dan pergi dari sini.” Aku memandang muka Yamato yang berlagak. Eleh ingat aku terhegeh-hegeh sangat nak dekat orang macam dia? Dulu bolehlah…Dulu waktu aku suka kau aku jahil lagi. Tak thau nak bezakan permata dan sampah.
“Jangan nak perasan..Aku datang sini kerana hendak mengenali tunang aku dengan lebih dekat. Kau? Minta maaf  bukan citarasa aku. Dulu aku buta sebab suka dekat kau tapi sekarang..Tunang aku adalah segala-galanya.” Aku tersenyum sinis sebelum beredar. Yamato hanya memandang sahaja langkah Yuki. Tunang? Aku nak tengok sampai bila kau nak menipu. Susah betul jadi orang hensem ni hehehe…

5 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

yeah...i luv sn0w's st0ry...

HikaYat Cik AppLe said...

yeah...i luv sn0w's st0ry...

HikaYat Cik AppLe said...

adesss... stuck td..sampai 3 k0men same yg klua...cowi2...

Anonymous said...

cik snow,wrong spelling for 'vampire' not 'vampier'......

Snow_Queen said...

@hikayat: tengs =) eh xpe2..hehehe

@anon:mmg nme tjuk cter ni mmg vampier. klu vampire dah slalu kn? ni klainan yg snow buat =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review