Saturday, March 19, 2011

Vampier 2

Posted by Snow_Queen at 6:43 PM

Aku menghempas beg ke atas meja. Seperti biasa Kyouya tidak mengendahkanku.
“Kau ni kenapa?” Anne membuang pandang ke arah Yuki yang meletakkan kepala atas meja.
“Kau rasa kenapa?” Aku tarik muncung.
“Kena jumpa dengan buah hati kau cikgu Sam selepas sekolah habis nanti?” Anne menarik sengih. Masuk kali ini sudah 4 kali Yuki lewat. Entah apa yang menyebabkan gadis itu lewat pun dia tak tahu. Bila disoal, Yuki hanya menyatakan dia sibuk dengan kerja-kerja dirumahnya. Anne mengeluarkan buku teks.
“Lapar….” Yuki mengeluh sendiri. Dia tak sempat mengambil sarapan tadi. Sekarang dia terasa hendak hantuk kepala ke dinding. Yuki arif benar dengan keadaan dirinya. Kalau tak sarapan dia bakal jadi gila. Yuki berpaling ke arah sebelah kiri apabila terasa bahunjya ditepuk.. Kyouya menghulurkan sebungkus energy bar. Aku mengerdipkan mata beberapa kali ke arah Kyouya. Kyouya menarik tanganku dan meletakkan energy bar berkenaan ke atas telapak tanganku. Dia kemudiannya menarik sengih.
“Terima kasih.” Kyaaa! Kyouya beri aku makanan. Pertama kali ni. Wah! Seronoknya…Ha ha ha… sudah Yuki. Kau dah gila. Baik kau makan senyap-senyap. Tanpa Yuki sedari, Kyouya tersenyum nipis kerana mendengar fikiran gadis itu.  
Madam Emily masuk ke dalam kelas 5 Gamma. Yuki menggelarkan Madam Eily ‘singa betina’ kerana wanita berusia 500 tahun itu maha garang.
“Kerja minggu lepas sudah siap?” Tanya madam Emily sebaik sahaja dia meletakkan bahan pembelajaran di atas meja.
“Dah madam!” Kuat dan lantang suara murid-murid 5 gamma.
“Nanti bagi pada ketua kelas. Kyouya nanti lepas kelas terus hantar ke bilik saya.” Kyouya mengangguk tanda faham. Pelajaran supernatural things berlalu dengan pantas. Ini salah satu subjek kegemaran Yuki. Nasib baik Madam Emily jenis yang suka bercerita dan tak terikat dengan buku. Kalau tak memang dengan senang-senang sahaja Yuki masuk ke alam lain macam subjek history. Ya ampun! Suara Madam Tea Leaves perlahan nak mampus. Memang sudahnya, Yuki dengan bahagia tidur tanpa rasa bersalah.
            Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Yuki dengan semangat bangun. Sebelum sempat dia berlalu, langkahnya terhenti apabila Kyouya menarik lengan. Yuki mengerutkan kening. Kyouya menunjukkan ke arah buku latihan.
“Oh…” Yuki tersengih malu. Dia meraba bawah mejanya dan  mengambil buku latihan supernatural things sebelum menyerahkan pada Kyouya. Yuki mendapatkan Anne. Mereka sama-sama berlalu ke taman.
“Kyouya tu bisu ke?” Tersedak Anne apabila mendengar kata-kata Yuki.  Yuki mengambil kotak Applelicious dan menyedut minuman berkenaan. Applelicious adalah minuman epal bercampur dengan darah. Yuki menggosok belakang badan Anne.
“Mana kau dapat idea macam tu?” Anne turut menyedut applelicious.
“Yelah. Aku dah kat sini 2 minggu. Selama dua minggu tu tak pernah sekalipun aku dengar dia bersuara. Sebab tu aku cakap dia bisu.” Yuki jungkit kening.
“Ha…Lepas sekolah habis nanti, kita pergi satu tempat. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.” Anne mengukir senyum.
“Kau tak jawab soalan aku.” Aku buat muncung.
“Soalan kau akan terjawab selepas balik kelas nanti.” Anne bangun dan buang sampah ke tong sampah berdekatan. 
“Tapi lepas sekolah aku kena jumpa cikgu Sam.” Aku menarik muncung lagi.
“Tak apa. Aku tunggu.” Anne sendawa kuat. Aku bangun dan berjalan bersama Anne menuju ke kawasan padang. Selepas ini kami akan belajar praktikal pula. Setiap orang akan diajar cara-cara untuk mempertahankan diri dengan kuasa yang ada. Juga cara-cara untuk mengawal kuasa masing-masing.
“Eh! Ada orang bergaduh la.” Anne menarikku menuju ke satu arah. Di bawah pokok cherry blossom yang sedang berbunga lebat, kelihatan dua orang pelajar sedang beradu tenaga.
“Budak kelas 5 Alpha dan 5 Beta.” Anne berbisik kepadaku. Aku angkat bahu. Malas nak ambil tahu. Tiba-tiba dalam sekelip mata, kedua-dua budak tadi tercampak jauh.
“Kalau korang tak serabutkan kepala aku sehari boleh tak?” Kedengaran suara Yamato. Pelajar-pelajar perempuan berbisik sesama sendiri. Tak pernah mereka lihat Yamato mengamuk. Ini kali pertama. Aku menarik tangan Anne beredar dari situ. Malas nak berhadapan dengan Yamato sungguhpun aku sendiri terkejut melihat Yamato naik angin.
***
“Kuasa yang dikurniakan kepada kamu adalah anugerah yang sangat berharga.” Sir Mango membuka bicara. Dipandang semua pelajar kelas 5 gamma yang duduk di atas bangku kayu. Setiap bangku memuatkan tiga orang pelajar.
“Kuasa yang ada pada kamu semua adalah kuasa terhebat. Tiada istilah lemah atau kuat dalam berkumpulan. Yang ada adalah kerjasama. Saling lengkap-melengkapi.” Aku menahan tawa melihat muka Anne yang meniru percakapan Sir Mango.
“Anne!” Anne bangun menuju ke depan apabila namanya di panggil. Aku tunjuk thumb up kepada Anne.
“Kei!” Kei bangun apabila namanya pula dipanggil.
“Anne adalah vampire. Kei adalah campuran vampire dan shape shifter. Tunjukkan kepada saya apa yang awak ada.” Sir mango melangkah ke tepi.
“Ah! Tak adil betul. Sudah tentulah Kei ada kelebihan sebab dia dapat baca gerakan Anne.” Aku membebel sambil memandang ke arah Kyouya yang duduk di sebelah kiriku. Kyouya hanya tersenyum. Dia menulis sesuatu di dalam kertas sebelum memberikan kepadaku.
Jangan pandang rendah dekat Anne. Aku memandang ke arah Kyouya. Kyouya tunjuk ke arah depan. Aku menalakan pandangan ke arah depan. Anne mengunci gerakan kaki dan tangan Kei. Sebelum sempat Anne membuka langkah seterusnya. Kei tiba-tiba hilang dan muncul di belakang Anne. Kei memaut tengkuk Anne dan meletakkan kukunya yang panjang ke pipi Anne. Anne diam tak bergerak. Aku jungkit kening dan memandang ke arah Kyouya. Kyouya menolak pipiku pula tanda menyuruh aku lihat perlawanan yang belum selesai. Aku menongkat dagu. Sekelip mata, Kei sudah berada dia atas tanah. Rupa-rupanya Anne tackle kaki Kei sewaktu lelaki itu tidak menyedarinya.
“Anne menang.” Sir Mango bersuara. Aku tanpa malu terus sahaja bangun dan bertepuk tangan sambil melompat. Semua pelajar 5 gamma menoleh ke arahku. Anne hanya tergelak.
Aku menarik sengih. Muka dah merah.
“Ha! Yang tepuk tangan tu meh ke depan.” Sir Mango memandang ke arahku.
“Saya pening kepala.” Terus aku duduk dan memicit dahiku. Satu kelas gelak. Aku peduli apa walaupun terasa amat malu.
             

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review