Saturday, March 5, 2011

BitterSweet part 2

Posted by Snow_Queen at 6:25 PM

Damn!” Joon mengamati mayat orang kanan Menteri pertahanan. Tak sangka yang penjenayah berkenaan akan bertindak. Strategi yang amat sukar untuk di jangkakan.
“Semua penghuni hotel tingkat ni tak dengar sebarang bunyi tembakan pada malam tadi.” Mir melihat mayat Mr Els yang terbeliak. Jelas kesan tembakan di dahi mangsa.
“Corak permainan pembunuh ni makin sukar dijangka. Dia tak menggunakan apa-apa dadah kali ni.” Thunder menunjukkan sebutir peluru yang bakal di bawa balik ke makmal WNSU untuk menyiasat jenis pistol yang di gunakan.
“Aku balik HQ dulu.Korang buatlah apa-apa yang patut.” Joon melangkah keluar.
***
Joon mengelak ke tepi untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang berada di depannya. Oleh kerana cermin kereta berkenaan gelap maka dia tidak dapat mengecam gerangan siapa yang memandu kereta berkenaan.
“Puan boleh saya tanya sesuatu?” Joon memandang ke arah Puan Gina sekilas.
Puan Gina hanya menganggukan kepala.
“Kubur siapa yang puan melawat setiap tahun?” Puan Gina mencapai sejambak bunga di tempat duduk belakang.
“Kubur orang yang istimewa. Awak tunggu di sini sebentar.” Pua Gina keluar dari kereta dan melangkah dengan tenang ke arah kawasan perkuburan. Puan Gina mengerutkan kening apabila terdapat sejambak bunga rose hitam di kubur Ryu. Dia meletakkan bunga kepunyaannya di sebelah bunga rose hitam.
“Apabila kau pergi maka mati juga jiwa daku… H? siapa H?” Puan Gina menilik kad yang disertakan sekali dengan bunga rose hitam berkenaan.
“H? Helen?” Puan Gina segera berlari menuju ke arah Joon. Joon yang sedang bersandar di pintu kereta terkejut apabila majikannya nampak cemas semacam.
“Joon, kejar kereta tadi! Cepat!” pantas Puan Gina dan Joon masuk ke dalam kereta. Dalam sekelip mata, kereta mereka sudah sampai di jalan besar. Puan Gina berdoa di dalam hati supaya dia dapat mengejar  anak buahnya.
“Awak ingat nombor plat kereta tadi?” Puan Gina memandang ke arah Joon.
“Tak, tapi saya cam ciri-ciri berkenaan.” Joon menekan pedal minyak. Kereta BMW X6 kepunyaan Joon meluncur laju atas jalan raya.
-
-
“Saya minta maaf.” Joon memandang ke arah Puan Gina.
“Tak apa.” Puan Gina menggetap bibir. Sebenarnya dia agak terkilan juga tidak dapat mengejar anak buahnya. Mungkin..tapi siapa lagi yang akan datang melawat kubur Ryu.
“Siapa yang puan nak kejar tadi?” teragak-agak Joon menyoal.
“Anak buah saya.” Puan Gina mengeluh.
“Anak buah?” Joon mengerutkan kening. Dia tidak tahu pun selama ni yang puan Gina ada ahli keluarga yang lain.
“Nama dia Helen….” Lalu tanpa sedar, Puan Gina bercerita mengenai anak buahnya.
 -
-
Aku memandang sekeping gambar di depanku. Kali ini aku di kehendaki mencuri harta karun bekas peninggalan Permaisuri Cleopatra. Rantai bertahtakan berlian berwarna merah itu agak menarik minatku. Aku menggigit bibir merancang strategi seterusnya.
“Hai!” Aku segera memasukkan gambar tadi ke dalam sampul surat sebelum mendongak memandang ke arah lelaki yang menyapaku.
“Tak sangka jumpa awak di sini.” Joon menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Oh..” Hanya itu sahaja jawapan yang terkeluar dari mulutku.
“Sorang je?” Dia menarik kerusi dan duduk di depanku. Suasana restoran makanan segera yang riuh-rendah terasa sunyi sebaik sahaja dia muncul. Entah kenapa aku berperasaan begitu.
“Eh, taklah, berdua. Kau tak nampak ke ada orang sebelah aku?” Aku mengukir senyum nipis. Meletus ketawa dari bibir Joon.
“Aku kena pergi dulu.” Aku sudah bangun.
“Eh cepatnya. Aku baru sampai.”
“Apa?” Aku mengerutkan kening kerana aku tidak mendengar apa yang di perkatakan oleh Joon.
“Aku kata harap kita jumpa lagi.” Joon memaniskan mukanya. Aku mengangkat bahu sebelum beredar. Joon mengetuk dahinya. Kenapalah dia tak meminta nombor telefon April. Baru sahaja dia hendak memanggil gadis itu, kelibat April sudah hilang dari pandangannya. Joon mengangkat bahu.
***
Sebaik sahaja lampu di padamkan, pegawal keselamatan yang bertugas di muzium Negara mula beredar menuju ke pejabatnya setelah selesai melakukan rondaan. April bergerak secara perlahan-lahan menuju ke bilik di mana rantai peninggalan Permaisuri Cleopatra di tempatkan. Oleh kerana itu merupakan antara khazanah negara yang sukar di dapati, maka jagaan terhadap barangan berkenaan agak rapi. April campak sekeping kertas yang digumpal ke arah lantai. Sebaik saja kertas berkenaan dicampak, laser berwarna merah mula kelihatan. Kertas tadi juga sudah berkecai akibat terkena laser tadi. April tersenyum nipis. Dia mula membuat gerakan seperti orang menari untuk melepasi laser berkenaan. Sampai sahaja di depan cemin kotak pameran, dia segera melakukan kerjanya.
-
-
“Apa yang kau dah buat?” Tanya pelangganya.
“Aku dah buat apa?” April mengerutkan keningnya. Dia sudah melakukan kesilapankah?
“Aku bangga dengan kau. Langsung tak keluar berita mengenai kehilangan khazanah ni.” Pelangganya ketawa sehingga keluar air mata. Oh tentang itu ingat apalah tadi.
“Aku gantikan rantai ni dengan rantai palsu. Mereka tak akan perasan akan hal ini. Upah aku?” Aku menadah tangan. Sebaik sahaja urusanku selesai, aku menuju ke sebuah pasar raya untuk membeli barang-barang keperluanku.
“Helen!” Aku terdorong ke depan apabila di peluk oleh seseorang. Mukaku di cium bertalu-talu. Aku menolak sedikit wanita di depanku.
“Helen..” Puan Gina memandang gadis di hadapannya.
“Saya rasa awak salah orang. Saya bukan Helen.” Aku mengukir senyuman nipis.
“April?” Aku memandang arah belakang wanita berkenaan. Kelihatan Joon bersama-sama rakan-rakannya.
“Kenapa puan?” Joon memandang ke arah puannya.
“Saya tersalah orang. Saya ingatkan anak saudara saya tadi. Maafkan saya orang muda.” Puan Gina mengukir senyuman tawar. Aku hanya mengukir senyuman nipis sebelum meminta diri.
“Aneh, kenapa saya rasa dia adalah Helen?” Kata-kata bisikan puan Gina di dengari oleh Seungho. Seungho memandang ke arah kelibat April yang berada tidak jauh dari mereka.
***
April memicit perlahan dahinya. Sakit kepala datang menyerang secara tiba-tiba. Dengan lemah dia melangkah menuju ke dalam bilik selepas menelan dua biji pain killer. Dia terus tidak sedarkan diri kemudian.
-
-
April melihat kawasan sekeliling. Kenapa dia berada di kawasan perkuburan? Bukankah tadi dia sedang berada dalam bilik?
“Ryu?” Dia membaca tulisan yang terukir di batu nisan di depannya. Tiba-tiba keadaan sekeliling berubah. Dia melihat pasangan kekasih yang sedang berbual. Muka si gadis nampak sedih sekali. Si lelaki pula sedang menuturkan sesuatu. Tiba-tiba pasangan kekasih tadi memandang ke arah dia serentak.
“Huh?!” April bangun mengejut. dia melangkah keluar ke arah beranda. Cahaya matahari pagi menyilaukan pandangannya. Lama betul dia tertidur. Tapi aneh betul mimpi yang dialaminya tadi. Muka gadis tadi macam muka dia. Ah..mainan tidur sahaja. Bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunan April.
“Hello.” April mendinginkan suara.
“Ini April? Saya ada kerja untuk awak.” Sapa si pemanggil.
“Baiklah.” April mencapai tuala untuk membersihkan diri selepas dia berbual sebentar dengan pelangganya.
***
April termenung jauh. Dia melihat gambar Joon, ketua MBLAQ di tangannya. Tugasan kali ini adalah bunuh Joon. April mengggigit bibir bawahnya. Dia merasa berat hati sekali untuk melaksanakan tugasan pada kali ini.
“mengakulah yang kau dah jatuh hati dekat musuh kau.” April memandang sekeliling.
“Siapa kau?” April menyoal.
“Aku adalah kau..Kau adalah aku.” April terdorong k ebelakang apabila seorang gadis yang seiras dirinya muncul tiba-tiba.
“Kau..Kau..” April mencapai pistol di atas meja dan menalakan muncung pistol ke arah gadis di depannya.
“Kau nak buat apa? Tembak aku? Aku takkan mati di sebabkan tembakan tu.
“Helen…” Gadis di depan April cuba menggapai tangannya. April terdorong ke belakang namun masih lagi mengacukan senjata ke arah gadis yang seiras dirinya.
“Aku bukan Helen. Aku April.” April memandang tajam ke arah bayangan di depannya.
“April…. April….” Serentak dengan itu bayangan gadis tadi terus hilang. April meramas kasar rambutnya. Dia kemudiannya menuju ke arah dapur dan menelan beberapa biji ubat.
-
-
Thunder, Mir dan G.O memandang ke arah Seungho. Masing-masing ternganga apabila mendengar cerita Seungho.
“Mustahil.” Jawab Mir apabila mendengar cerita Seungho.
“Apa pun, aku nak korang rahsiakan benda ni daripada Joon!” Seungho memandang rakan-rakannya. Thunder, Mir dan G.O memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk. Seungho merenung kosong ke arah skrin laptop di depannya. April…Apa tindakan kau seterusnya?
-
-
Joon tersenyum lebar apabila terserempak dengan April di pusat membeli-belah. Apa yang membuatkan dirinya gembira apabila April bersetuju menemaninya membeli-belah. Banyak pula mulut gadis itu hari ini.
“Aku lapar. Jom kita pergi makan?” April tersenyum manis. Joon mengangguk tanda setuju.
“Saya…Saya sukakan awak..” April tercengang apabila Joon tiba-tiba meluahkan isi hati kepadanya. Joon menelan air liur kesat apabila melihat sinaran mata April yang redup setelah dia meluhakan isi hatinya.
“Kita tak mungkin bersama.” April mengukir senyum nipis.
“Kenapa? Kau dah ada teman lelaki?” Pantas Joon menyoal. Tolong katakan tidak! Desis hati Joon.
“Tak..”
“Habis aku tak nampak sebarang masalah untuk kita bersama.” Joon segera memintas kata-kata April.
“Kau tak kenal lagi aku ni siapa…” April meraup muka. Air jernih yang sudah bergenang di tubir mata di kesat.
“Kita boleh saling kenal-mengenali sewaktu bersama.” Joon menggengam tangan April yang sejuk seperti ais.
“Kau akan menyesal..” April bangun dan berlalu meningalkan Joon yang terpinga-pinga. Joon segera berlari keluar mendapatkan April yang baru hendak melintas jalan. Dia mengucup bibir secara paksa. April cuba menolak tubuh Joon namun gagal kerana pegangan lelaki itu yang kejap. April hampir terduduk namun Joon segera memeluk April.
“Kau! Tak guna!” April menggengam penumbuk. Tubuhnya menggigil. Air mata mengalir laju menuruni pipi. Joon mengelap air mata April dan memeluk tubuh gadis itu kejap. Tanpa di sedari April, dia membalas pelukan Joon. Joon tersenyum nipis.
***
“Apa yang kau buat ni?!” April menjauhkan telefon bimbit dari telinganya.
“Aku suruh kau bunuh dia, siapa suruh kau bercinta dengan dia” Terdengar lagi sergahan di talian sebelah sana.
“Aku tahu apa yang aku buat. Kau hanya perlu bersabar.” April memutuskan talian.
“Siapa?” Joon memeluk April dari belakang. Sudah sebulan April dan dia bercinta. Macam sedang bermimpi pula.
“Orang gila.” April tersenyum nipis sebelum mengucup bibir Joon. Joon memandang ke arah April tajam. Terkejut sebenarnya apabila April tiba-tiba sahaja mengucupnya. April hanya menjelirkan lidah sebelum kembali meneruskan tugas memasaknya yang tergendala kerana mendapat panggilan daripada pelanggannya.
-
-
“Betul ke kau kena pergi?” Joon memandang ke arah April.
“Iya, rakan setugas aku tiba-tiba sakit sebab itu aku kena gantikan dia.” April mengukir senyuman nipis. Sempat dia memeluk Joon sebelum beredar. Joon menutup pintu dan menuju ke beranda untuk meneruskan kembali pembacaanya yang tergendala apabila April tiba-tiba sahaja memberitahu yang dia di panggil berkerja menggantikan rakan setugasnya yang jatuh sakit.
-
-
Tangannya menggigil untuk menarik picu. Dia menggetap bibir beberapa kali. Akhirnya setelah di kuatkan hati, Dia menarik picu dan melepaskan tembakan. Sebelum sempat dia bangun, tiba-tiba sahaja pandangannya gelap.
April memandang sekeliling apabila dia sedar. Tangannya digari di kerusi. Masuk seseorang di dalam bilik di mana dia di kurung. April kenal lelaki ini.
“Seungho..” April mengukir senyuman sinis.
“April atau aku patut panggil kau Helen?” Seungho meletakkan file di atas meja.
“Apa yang kau merepek ni?!” April menjerkah. Seungho membuka file dan meletakkan file berkenaan di atas meja. Berkerut dahi April membaca isi kandungan dokumen di depannya.
“Tekanan mental? Apa yang kau merepek ni? Aku tak gila!” April menjerkah Seungho.
“Ryu, Puan Gina dan Tuan Ed..Kau dah tak ingat siapa mereka?” Seungho menyoal.
“Kau dah lupa apa yang jadi selepas kematian Ryu?” Seungho masih lagi ingin menekan gadis di depannya.
“Kau adalah antara 5 pegawai WNSU. Kau adalah cucu Tuan Ed. Kekasih kau Ryu, mati pada malam perpisahan korang..Kau letak..”
“Sudah! Cukup!” April menjerit lantang. Pandangannya tiba-tiba sahaja kabur. Dia masih sedar namun entah mengapa dia rasa lemah semacam.
-
-
Satu persatu kenangan silam menerjah ruang ingatannya. Helen menggigit bibir.
“Kau dah ingat apa yang terjadi?” Seungho memeluk tubuhnya. Perlahan-lahan Helen mengangkat wajahnya memandang ke arah Seungho.
“Aku..Aku tak sengaja…Apa yang aku dah buat?” Helen menangis semahu-mahunya. Seungho mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah cermin di sebelah kirinya. Walaupun dia tak dapat melihat ke arah luar namun dia tahu Joon sedang memerhatikan mereka berdua di sebalik cermin berkenaan. Seungho mengeluh perlahan. Nasib baik dia sempat menghalang Helen daripada bunuh Joon. Tak sangka hasil siasatannya membawa penemuan yang mengejutkan kerana menolong Puan Gina mencari anak saudaranya. Slama sebulan juga dia memerhatikan gerak-geri Helen tanpa gadis itu sedari. Cuma dia tiada bukti untuk membabitkan gadis itu dengan segala jenayah yang berlaku kebelakangan ni. Satu-satu kesalahan gadis itu sekarang adalah cubaan membunuh Joon.
“Kau sakit…” Seungho membuka gari Helen.
“Aku sakit hati sebab dia pisahkan Ryu daripada aku…” Helen menekup kedua-dua belah mukanya.
“Kau cuba menindakkan reality dan lama-lama kau berubah menjadi orang lain sebab tu kau langsung tak ingat kisah silam kau. Kami akan memberikan rawatan terbaik untuk kau tapi sebelum tu kau kena berkerjasama dengan kami dengan memberitahu ami semua kegiatan kau sewaktu kau menjadi April.” Helen mengangguk perlahan.

Joon yang memerhatikan perbincangan Seungho dan Helen mengenggam penumbuk. Siapa sangka kekasih hati cuba membunuhnya. Puan Gina yang berada di sebelah Joon menepuk bahu lelaki muda berkenaan. Hal ini juga adalah satu kejutan buatnya. Nasib baik Seungho mengetahui rancangan Helen. Kalau tidak mungkin Joon sudah tak bernyawa lagi sekarang. Tuan Ed hanya singgah sebentar sebelum beredar. Sungguh dia menyesal kerana dia, cucunya menjadi hilang akal namun tiada apa yang mampu dia buat melainkan kekesaln menghantui diri. Seungho keluar dari bilik siasatan.
“Dia dah mengaku segala-galanya. Sebentar lagi, pegawai perubatan akan datang untuk menjemput Helen untuk membawa gadis itu ke hospital bagi menerima rawatan.”
Seungho menepuk perlahan bahu Joon sebelum dia beredar.
Puan Gina masuk ke dalam bilik siasatan.
“Helen..”
“Mak cik..” lirih kedengaran suara Helen.
“Mak cik minta maaf sebab tak dapat halang atuk kamu.” Puan Gina memeluk erat anak saudaranya.
“Tak, terima kasih sebab mak cik cari saya. Kalau tak, saya tak tahu apa yang saya dah buat.” Helen mengucup tangan mak ciknya.
 Joon merenung tajam ke arah Helen yang sedang menangis.
“Aku tak pernah menyesal mengenali kau. Aku menyesal sebab aku tak dapat selamatkan kau daripada jadi begini.” Air mata mengalir setitis. Joon tersenyum nipis sebelum beredar. Selamat tinggal Helen….Sehingga kita berjumpa lagi aku berharap kau akan dapat lupakan segala kepedihan hati kau…

The End…
Ini mungkin bukan yang terbaik daripada Snow tapi snow dah cuba sedaya-upaya. Snow akan berusaha lebih kuat lagi selepas ini. Hope korang enjoy.Rasa kaku sahaja jari-jemari untuk menaip di keyboard pc rumah. Sungguh rasa tak selesa -_-“  

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review