Monday, February 28, 2011

BitterSweet part 1

Posted by Snow_Queen at 11:07 PM
sebab dah lama xmenaip tangan jadi gatal-gatal nak pegang keyboard. ok ni BS edisi baru ye sbb yg lme pnye snow xingt dh mcm mne storylinenyer dan siapa wataknya al-maklumlah lappy masih koma so tis is new BS..hope korng enjoy...


Semakin lama dia duduk di situ, semakin dirasakan udara di rongga pernafasan sungguh sempit. Inikah harga yang harus di bayar oleh orang yang dikasihinya?! Hujan turun lebat membasahi bumi. Sekali-sekala angin kuat datang menyapa tubuh badannya namun dia buat tak peduli. Semua perasannya telah mati! Perlahan-lahan Helen bangun dan melangkah keluar dari tanah perkuburan yang menempatkan jasad kekasih hati yang telah pergi buat selama-lamanya. Dia enggan menoleh lagi, Helen keluar dari kawasan tanah perkuburan dengan langkah yang angkuh. Enjin kereta dihidupkan dan pedal minyak di pijak. Berdecit bunyi tayar kereta yang bergesel dengan permukaan jalan raya. Dia ingin menuntut hutang dengan seseorang!
***
Imbas kembali…
“Uruskan mayat-mayat ni!” Kata Helen sambil menyisipkan kembali sepucuk pistol di pinggangnya. Selesai sudah kes penyeledupan dadah terbesar yang di siasatnya selama 3 tahun. Dia boleh menarik nafas lega kini apabila satu beban sudah kurang dari bahunya. Helen merupakan antara 5 ejen termuda yang direkrut oleh WNSU atau kata nama lainnya ialah World National Security Underground. WNSU merupakan sebuah ejen kerajaan untuk menolong menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi di dalam atau luar negara. Kedua-dua ibu bapa Helen juga merupakan antara ejen terbaik di WNSU dan mereka berdua mati terbunuh sewaktu sedang menjalankan siasatan. Helen tiada adik-beradik. Dia hanya mempunyai seorang atuk dan seorang mak cik yang masih belum berkahwin yang juga merupakan salah seorang pegawai di WNSU.

“Puan, Tuan Ed mahu puan segera menghantar laporan ke ibu pejabat.” Helen hanya mengangguk sebelum beredar. Dia langsung tidak memandang orang-orang bawahannya yang sedang sibuk berkerja.
“Zen, Puan Helen memang macam itu kah?” Tanya seorang pegawai siasatan jenayah yang baru berkhidmat di bawah WNSU.
“Dia memang macam tu. Sebab tu tak ada lelaki yang mahu dekat dengan dia. Kau jangan ambil hati kalau dia tak bagi apa-apa respon semasa kau bercakap. Memang cara dia berkerja macam tu sebab dia masuk ke dalam WNSU semenjak umur dia 10 tahun. Mungkin latihan yang dikenakan kepada dia agak keras sebab itu dia jadi macam itu.” Zen garu belakang kepalanya yang gatal sebelum menyambung kembali tugasannya.
***
“Ini laporan yang Tuan mahu.” Helen menyerahkan laporan mengenai kes yang di selesaikannya kepada Pengerusi WNSU.
“Saya minta diri dulu!”  Baru sahaja Helen ingin melangkah keluar, Tuan Ed menghalang.
“Saya nak kenalkan kau dengan seseorang. Masuk!” Helen berpaling ke arah pintu. Masuk seorang lelaki yang berketinggian kira-kira 180 cm dengan air muka yang tenang. Helen terkedu seketika sebelum berpaling memandang ke arah Tuan Ed semula.
“Ini Ryu. Dia akan berkerjasama dengan kau selepas ini.” Helen memandang Tuan Ed dengan pandangan tak puas hati.
“Saya dah biasa buat tugasan seorang diri. Saya tak perlukan pasangan.” Angkuh kedengaran nada suara Helen.
“Apa pun alasan, kau tak boleh membantah. Kamu berdua boleh keluar sekarang.” Tuan Ed menutup pintu rundingan. Helen mendengus kuat sebelum beredar. Semakin lama tanpa di sedari  Helen, hubungan dia dan Ryu menjadi semakin rapat walaupun hubungan dia dan Ryu pada awalnya asyik bercakaran sehinggalah mereka masing-masing meluahkan perasaan cinta mereka. Hubungan mereka berdua di rahsiakan atas alasan supaya kerja mereka tidak terjejas namun sampai juga khabar angin percintaan antara Helen dan Ryu ke telinga Tuan Ed. Suatu hari, Helen menerima panggilan daripada Ryu. Tanpa membuang masa, Helen segera berjumpa dengan kekasih hatinya di tempat perjumpaan mereka. Namun air muka Ryu seolah-olah sudah menceritakan segala-galanya meskipun Ryu tidak membuka mulut.
“Apa keputusan Tuan Ed?” Helen mengepal penumbuk.
“Saya terpaksa balik ke Amerika. Awak hidup dengan baik-baik. Saya janji saya akan kembali ke sini untuk melamar awak.” Ryu memandang air muka Helen yang keruh. Jelas gadis itu sedang menahan tangis.
“Saya pegang janji awak!” Tanpa mengucapkan selamat tinggal, Helen segera beredar. Dia enggan mengucapkan selamat tinggal. Ryu hanya memandang Helen yang pergi. Dia tak mampu untuk menghalang pemergian Helen.
-
-
Bunyi  telefon bimbit menggangu lena Helen. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus sahaja menjawab panggilan berkenaan. Mata Helen terbeliak apabila mendengar khabar berita yang di sampaikan oleh si pemanggil.
“Puan Helen, Tuan Ryu terbunuh dalam nahas kapal terbang. Kami akan kebumikan beliau di tanah perkuburan khas WNSU.”
Imbas kembali tamat…
***
“Bam!” Bunyi pintu berlaga dengan dinding kedengaran. Tuan Ed yang sedang bermesyuarat dengan beberapa orang kanannya terkejut. Dia melihat penampilan Helen yang basah kuyup dan tidak terurus.
“Saya dah cuba halang Puan Helen tapi…”
“Tak apa. Bawakan tuala untuk Helen.” Tuan Ed memberi arahan kepada setiausahanya.
“Simpan sahaja niat baik kau tu! Sekarang kau dah puas hati sebab berjaya pisahkan aku dan Ryu buat selama-lamanya?! Kau dah puas sebab hasrat kau dah tercapai?” Helen menjerit lantang. Beberapa orang pegawai yang kebetulan berada di luar pejabat Tuan Ed memandang curiga ke arah pejabat Tuan Ed.
“Kawal emosi kamu.” Salah seorang orang kanan Tuan Ed bersuara.
“Macam mana kau nak bertanggungjawab sekarang?” Helen mengepal penumbuk.
“Aku atuk kau dan aku tahu apa yang terbaik untuk kau!” Tuan Ed memandang ke arah cucunya.
“Adakah sama macam kau tahu apa yang terbaik untuk mak dan ayah? Huh, aku tak hairan sebab sikap kau yang macam ni buatkan nenek larikan diri dengan lelaki lain!” Helen tersenyum sinis.
“Kurang ajar!” Tuan Ed bangun dan menghentak kedua-dua belah tangannya di atas permukaan meja.
“Kawal emosi kau orang tua! Marah boleh buat kau jatuh sakit.” Helen mengeluarkan pistol dan lencananya. Dia campak kedua-dua barang berkenaan atas lantai.
“Mulai harini aku bukan lagi sebahagian daripada WNSU!” Dengan senyuman sinis, Helen melangkah keluar dari pejabat atuknya. Tuan Ed terduduk. Dia sama sekali tidak sangka sampai begitu sekali tindakan cucu tunggalnya.
“Ayah!” Puan Gina menerpa masuk ke dalam pejabat Tuan Ed. Dia terkaku melihat lencana dan pistol anak buahnya berada di atas lantai.
“Kali ini ayah dah kehilangan cucu ayah buat selama-lamanya…” Tuan Ed mengeluh kasar.
“Saya yakin bila kemarahan dia dah reda dia akan balik.” Puan Gina membuang pandang ke arah luar. Entah kenapa dia sendiri rasa yang Helen tak mungkin akan balik lagi ke sisi mereka.
***
4 tahun kemudian…
Irama muzik yang rancak memenuhi ruang pusat hiburan terkenal Butterfly. Para pengunjung begitu asyik di lantai tari bersama pasangan masing-masing. Pekerja-pekerja Butterfly tidak menang tangan melayan kerenah pelanggan yang semakin ramai tambahan pula hari ini merupakan hari hujung minggu.
“Kau..” Ketua pelayan melihat tag nama pelayan di hadapannya.
“April, bawa tray minuman ni ke bilik VIP 19.” Pelayan yang bernama April tadi tanpa banyak soal membawa tray berkenaan ke tingkat 2 di mana terletaknya bilik VIP. Sempat dia berhenti di satu kawasan dan memerhatikan keadaan sekeliling. Setelah di pastikan keadaan selamat, tanpa membuang masa dia menyeluk saku dan mengeluarkan sehelai sapu tangan dan botol kecil yang mengandungi serbuk berwarna putih. Dengan cekap, dia membuka penutup botol minuman dengan menggunakan sapu tangan supaya tiada bukti yang tertinggal dan memasukkan serbuk berwarna putih ke dalam minuman berkenaan dan menggoncang botol tersebut sebelum meletakkannya kembali ke dalam ice bucket.
“Kau!” April menahan seorang pelayan yang kebetulan lalu di hadapannya.
“Ketua panggil aku. Boleh kau bawa tray minuman ni ke bilik VIP 19?” Pelayan tadi tanpa banyak tanya terus mengambil alih tugas April. Dengan tenang, April masuk ke dalam tandas berhampiran. Dia mengunci pintu dari dalam setelah memastikan tiada sesiapa di dalam bilik air. Dibuka pintu bilik stor yang terdapat di dalam tandas dan sebuah beg tangan sederhana besar di ambil. Dalam masa 1 minit, April menukar pakaiannya kepada pakaian biasa seolah-olah dia adalah pengunjung  Butterfly. Mekap nipis di kenakan dan rambut yang di sanggul tadi kini terurai bebas. Sampai sahaja dia di pintu keluar Butterfly, keadaan menjadi kecoh. Dengan tenang, April melangkah keluar mendapatkan kereta kesayangannya yang di pakir tidak jauh dari pusat hiburan terkenal berkenaan.
Enjin kereta di hidupkan dan kereta model Acura tsx berwarna silver meluncur laju di atas jalan raya. Butang berwarna merah di tekan dan kereta berkenaan memandu sendiri tanpa kawalan pemandunya.
-
-
Para pengunjung Butterfly berbisik sesama sendiri apabila melihat 2 mayat di usung keluar dari pusat hiburan berkenaan. Yang mati bukan calang-calang orang. Seorang adalah bekas menteri dan seorang lagi adalah penjenayah yang paling dikehendaki.
“Apa benda tu?” Thunder memandang ke arah G.O yang sedang memegang sebuah botol minuman.
“Bau General anaesthetics.” Thunder tersenyum sinis.
“Pada saat ke lapan; seluruh tubuh akan menjadi sejuk dan pada saat ke dua; jantung akan berhenti dan otak akan mati. Cara mudah untuk mati dalam masa 10 saat.” G.O menggaru dagu. Siapa pun yang membunuh kedua-dua mangsa, pasti bukan calang-calang orang.
“Lee Joon pasti tak akan gembira dengan kes ini.” G.O dan Thunder memandang ke arah Mir yang muncul secara tiba-tiba.
“Apa hal?” Thunder bertanya.
“Langsung tak jumpa sebarang bukti lain. Zero! Macam penjenayah tu halimunan atau tak pernah wujud.” Mir mendekati Thunder dan G.O.
Speaking of the devil..” Thunder membuang pandang ke arah Joon yang baru keluar. Walaupun muka Joon tiada perasaan namun Thunder pasti bahawa Joon sedang bengang sekarang. Ini merupakan antara kes yang mencabar. Belum selesai kes lain, kes lain pula yang datang.
“Aku nak balik ke ibu pejabat dulu buat laporan kepada Puan Gina.” Joon menyelak rambutnya kasar.
“Hey! Kita MBLAQ. Tak ada benda yang kita tak dapat selesaikan.” Mir cuba menenangkan perasaan Joon.
“Panggil Seungho balik dengan segera. Kita memerlukan dia.” Joon menepuk bahu Mir sebelum beredar. Yang lain-lain mengeluh perlahan.
***
 April membuka komputer riba dan menelefon seseorang.
“Kerja aku sudah selesai. Baki upah aku!” Lord Wess tergelak senang apabila mendengar suara April. Dia menaip jumlah baki upah April dan melakukan transaksi pemindahan wang secara atas talian.
“Cukup?”
“Senang berkerjasama dengan kau.” April ingin memutuskan talian namun ditahan oleh Lord Wess.
“Lain kali kalau aku ingin dapatkan khidmat kau bagaimana?”
“Peraturan aku hanya berkerjasama sekali sahaja dengan pelanggan aku.” April memutuskan talian. Dia mengeluarkan sim card telefon bimbitnya dan mematahkan kad berkenaan sebelum menukar sim card yang baru. Selesai sudah satu kerjanya.
***
Joon tersenyum nipis sebaik sahaja ternampak figura Seungho yang sedang meneliti beberapa file di atas meja. Macam tahu-tahu sahaja aku memerlukan dia desis hati Joon.
Man! Kau balik tepat pada masanya. Apa yang kau buat dengan file kes-kes lama ni?” Joon memerhatikan file-file yang di keluarkan oleh Seungho. Semuanya kes lama yang sudah ditutup kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengesan penjenayah yang berkenaan.
“Aku ada dengar paal kes kali ni daripada Mir. Ini hanya pendapat aku sahaja.” Seungho memandang ke arah Joon. Joon hanya mendiamkan diri tanda berminat ingin mendengar pendapat Seungho.
“Persamaan antara setiap kes-kes ni dan kes di Butterfly adalah jenis dadah yang digunakan selain taktik penjenayah yang langsung tidak dapat dikesan.” Joon mengangguk perlahan sambil meneliti kembali file-file lama berkenaan.
Gotcha!” Joon tersenyum  sinis.
“Ada apa-apa berita baik ke?” Muncul Mir dan yang lain-lain masuk ke dalam pajabat khas MBLAQ.
“Cuba kau orang tengok jarak masa antara setiap kes.” Joon memberikan beberapa file kepada rakan-rakannya.
“Jarak masa setiap kes adalah dua minggu.” Thunder menggumam perlahan.
“Tapi aku tak faham kenapa pembunuh tu mendiamkan diri selama setahun sebelum aktif kembali?”  Soalan yang keluar daripada mulut G.O membuatkan ahli MBLAQ yang lain berpandangan antara satu sama lain.
“Itu tak penting! Aku akan minta kebenaran daripada Puan Gina untuk buka semula kes-kes lama ni. Mungkin kita akan jumpa penunjuk baru.” Joon memandang kawan-kawannya.
“Aku akan siasat jika ada event-event besar yang akan berlangsung dalam masa dua minggu ni. Mungkin dalam masa dua minggu lagi pembunuh itu akan bertindak.” Thunder membuka computer ribanya dan mula memulakan siasatan.
***
Tuan Z memerhatikan perempuan yang duduk di depannya. Yang kelihatan hanyalah mata  sahaja kerana bahagian muka yang lain sudah dilindungi oleh scarf.
“Apa deal kita?” Perempuan berkenaan mula bersuara. Tuan Z meletakkan sekeping gambar berserta satu kad berwarma emas dan satu sampul colat yang agak tebal. April mengambil gambar berkenaan.
“Aku nak dia mati.” April merenung Tuan Z sebelum mengambil kad berwarna emas di depannya.
“Itu kad jemputan ke majlis ulangtahun perkahwinan Menteri pertahanan. Dan dalam sampul ini pula upah kau.” April ambil pula sampul surat coklat berkenaan. Dia mengira jumlah wang yang terdapat di dalam sampul berkenaan.
“Ini lebih daripada apa yang aku minta.” April merenung tajam Tuan Z.
“Anggap sahaja itu hadiah daripada aku.” Tuan Z menyalakan curut.
“Aku tak jamin tentang kejayaan tugas ni. Itu risiko yang kau perlu tanggung.” April bangun dan beredar.
“Aku yakin dengan keupayaan kau.” Tuan Z menggumam sendirian.
***
MBLAQ mengenakan tuxedo dan meletakkan alat komunikasi di telinga. Hari ini mereka akan mengiringi Tuan Ed sebagai wakil WNSU menghadiri majlis ulangtahun perkahwinan Menteri pertahanan. Juga sebagai langkah berjaga-jaga jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
-
-
April mengenakan strapless dress berwarna pink sequin. Rambut disanggul tinggi dan make up yang sesuai mengikut majlis dikenakan. April membentangkan pelan hotel Swan di atas meja. Semuanya sudah di rancang dengan teliti ditambah pula dengan maklumat-maklumat yang baru di perolehi. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar desis hati April.
***
Joon mengarahkan kesemua orang-orang bawahannya berhati-hati supaya majlis berjalan dengan lancar dan hanya tetamu yang datang dengan kad jemputan sahaja dibenarkan masuk.
Muzik irama jazz memenuhi setiap ruang dewan hotel. Tetamu sudah ramai yang datang. April menunjukkan kad jemputan kepada pegawai yang bertugas sebelum dibenarkan masuk. Dia mengambil tempat yang agak jauh sedikit dari orang ramai. Tidak lama kemudian, Menteri pertahanan bersama isteri beliau masuk ke dalam dewan. Setelah upacara memotong kek dijalankan, semua tetamu mula menari dengan pasangan masing-masing.
“Mahu menari?” Amber tersentak. Entah bila masa ada orang di sebelahnya. Dia memandang lelaki yang mengajak dia menari. Dengan cepat, dia dapat tahu bahawa lelaki di sebelahnya ini pegawai WNSU. Joon memandang perempuan di depannya dengan perasaan bercampur-baur. Entah mengapa ringan benar mulutnya untuk mengajak gadis di depannya menari sedangkan dia sedang bertugas sekarang.
“Ok.” April tersenyum nipis sambil menyambut huluran tangan jejaka di depannya. Mereka berdua mula menari mengikut rentak muzik.
“Nama aku Joon. Kau?” Joon memandang anak mata gadis di hadapannya.
“April.” Malu-malu April menjawab. Tuah apa hari ini dia dapat menari dengan ketua MBLAQ? Mungkin dia dapat mempergunakan lelaki ini untuk masa hadapan.
“Awak kerja apa?” April tesenyum nipis.
“Pengawal peribadi. Kau?” Ringkas Joon menjawab.
“Oh…Tanam anggur.”
“Huh?” Joon mengerutkan keningnya.
“Saya menganggur sekarang. Baru je berhenti kerja seminggu yang lepas.” Joon mengangguk. Masing-masing diam. Hanya mata sahaja yang berbicara.
Sorry ganggu. Tuan cari kau.” Mir tersengih memandang Joon.
“Aku pergi dulu. Gembira dapat bertemu dengan kau.” Joon mengucup tangan April sebelum beredar. April dapat merasakan pipinya merah.
***
“Nampaknya majlis hari ini berjalan lancar.” G.O mengerakkan tubuh badannya ke kiri dan ke kanan untuk membetulkan segala urat badan.
“Jangan gembira sangat. Kita tak dapat jangka corak permainan pembunuh tu lagi.” Seungho mengingatkan. Yang lain-lain hanya tersenyum nipis.
-
-
April membuka penutup pam tandas. Sebelum itu sempat dia mengenakan sarung tangan untuk mengelakkan sebarang bukti tertinggal. Dia mengeluarkan plastic yang mengandungi pistol. Sempat dia memasang pistol silencer di muncung pistol. April meletakkan pistol berkenaan di pahanya. Kini masa yang di nanti-nantikan telah tiba. Dia bergerak dengan pantas untuk menjalankan misinya.
TBC…

1 under spell:

Anonymous said...

saya suka cerita ni menarik

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review