Tuesday, November 16, 2010

My gangster Lover 9

Posted by Snow_Queen at 11:54 PM

“Hey babe..Kau hidup lagi tak?” Suara Sunny mengejutkanku yang sedang asyik menikmati pemandangan di luar.
            “Hidup je lagi.” Aku tersenyum nipis. Sunny mendekatiku. Aku suka pemandangan dari pejabat ni. Sebelah kiri boleh tengok air pancut 

dan dari hadapan boleh tengok satu Bandar.
            “Eh kau tak kerja ke harini?” Aku bertanya hairan.
           “Kerja. Tapi red dragon tak bukak lagi. Sekarang baru pukul 7. Red Dragon bukak pukul 7.30. Kasino lainlah. Pukul 6 dah start beroperasi. ”
            “Hah? Tadi Jae..” Aku menggetap bibirku. Sunny dah tergelak.
            “Kau nak melawat satu tempat ni tak?” Sunny mempelawa.
            “Hermm..okay juga.” Aku mengikut Sunny.
            “Ini bilik karaoke. Setiap bilik mempunyai design tersendiri. Kalau kau rasa tension boleh ajak aku datang sini. Nanti kita nyanyi ramai-ramai okay.” Aku menunjukkan thumb up tanda setuju.

            “Yang ini bilik VVIP.” Sunny menunjukkan section lain pula.


            “Yang ini tempat kerja Ann.” Sunny menunjukkan kawasan kelab malam.




            “Dan yang last sekali casino. Kawasan hotel tak payahlah. Karang pengsan pula kau.” Sunny ketawa kecil.
***
“Penat huh?” Sunny menghulurkan air kepadaku.
            “Besar gila tempat ni. Mau tercabut kaki aku kalau hari-hari berjalan dekat sini. Macam mana kau orang boleh bertahan?” Aku mengeluh.
            “Hari pertama aku kerja kat sini aku menangis kot. Kaki aku luka sana sini. Lama-lama dah biasa.” Sunny tersenyum nipis. Apabila jam tepat menunjukkan pukul 7.30, Red Dragon mula di penuhi orang ramai dan lagu mula berkumandang.
            “Jom balik pejabat. Nanti Jae risau.” Sunny menjerit melawan bunyi muzik yang di pasang dengan kuat. Aku memegang tangan Sunny bila dia mula menarikku.
            “Sunny…Aku dah lama nak buat benda ni. Kau boleh teman aku?” Aku buat muka comel.
            “Buat apa?” Sunny memandangku pelik. Risau dia kalau si Nana buat permintaan bukan-bukan.
            “Errr aku teringin nak menari. Kau teman aku jom. Kita menari kat tingkat ni pun jadilah.” Sunny tergelak mendengar kata-kataku. Aku tak berani nak turun bawah berhimpit dengan ramai orang. Menari dekat tingkat 3 ni pun jadilah. Orang pun tak ada nak tengok tarianku yang teruk. Apabila lagu seterusnya berkumandang, aku dan Sunny mula menari. Pada mulanya aku kekok  untuk menari namun bila Julie dan Lyn datang menyertai kami, tarian bertambah rancak.
            “Come on Na..Kau nampak macam expert bila menari. Jangan malu-malu.” Julie memberi galakan. Aku ketawa. Apabila lagu bertambah rancak makin racak tarian kami.
            “Next on list abracadabra!” Sunny menjerit. Aku, Julie dan Lyn mula menari apabila lagi itu di mainkan.
            “Sunny kau nampak hot! Kalau Yoochun nampak mesti dia sorok kau dalam almari.” Lyn, aku dan Julie ketawa apabila mendengar kenyataan Lyn.
            “Aku risau Jae yang simpan si Nana ni dalam almari sebab dia lagi hot! Mana-mana lelaki mesti tak tidur malam tengok terian seksi dia ni.” Sunny berdalih. Mukanya sudah merah.
            “Oh yeke? Macam ni?” Aku mula buat gerakan seksi mengikut rentak lagu. Julie, Sunny dan Lyn menjerit melihat tarianku. Aku hanya ketawa.
            “OMG!” Sunny tiba-tiba berhenti menari. Muka menjadi merah tiba-tiba. Aku berpaling ke belakangku semula dan terkaku. Mana nak letak muka ni?
            “Nice dance girls.” Yoochun tersenyum sinis. Sunny terasa hendak menghilangkan diri sekarang juga. Jae Joong dan lain-lain juga sudah tersenyum sinis.
            “Eh Sunny tadi kau nak pergi bilik air kan? Jom aku teman.” Aku terus menarik tangan Sunny.
            “Eh aku pun nak pergi juga!” Lyn dan Julie lari mengikut kami yang sudah jauh ke depan.
            “Nasib baik kita yang tengok. Kalau orang lain yang tengok mahu aku patahkan setiap tulang yang ada dalam badan dorang.” Max berjalan menuju ke pejabatnya.
            “Jae…Hati-hati..hahaha..” Junsu gelak jahat. Muka Jae Joong jadi merah padam apabila di usik Junsu.
            “Tsch..Aku sekeh kang.” Jae Joong terus berlalu menuju ke pejabatnya.
            “Aku bet dia mesti tak boleh tidur malam lepas tengok tarian seksi Nana tu.” Junsu mengangkat kening double jerk.
            “Dia bukan macam kau!” Yunho meluku kepala Junsu dan berlalu pergi. Junsu buat muka sebelum dia juga beredar.
***
“Oh aku tak sanggup nak menghadap sesiapa lagi!” Aku menghantukkan kepalaku ke dinding.
            “Habis tu kau ingat kau sorang je? Kitaorang pun malu tau.” Julie buat muka.
            “Eh korang tak pernah menari dengan pasangan korang ke?” Aku bertanya pelik.
            “Kalau slow dance tu pernah lah. Tapi bukan tarian macam tadi.” Lyn buat muncung. Aku gelak tiba-tiba.
            “Ha…Gelak-gelak. Macam mana kau nak berhadapan dengan Jae nanti? Kitaorang boleh lah larikan diri sebab kerja.” Sunny tersenyum sinis.
            “Eh aku ikut korang pergi kerja lah.” Aku buat muka kesian.
            “Never!” Dan mereka bertiga meninggalkan aku terkebil-kebil sendirian dalam bilik air.

1 under spell:

apple_pie said...

oh no...!! hahahaha... ktawa sorg2 baca part mnari tu..malu seyh...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review