Tuesday, November 16, 2010

My Gangster Lover 8

Posted by Snow_Queen at 11:47 PM

“Nana…” Yunho melambaikan tangannya padaku. Aku tersenyum bila nampak kelibat Yunho.
            “Nak pergi mana?” Aku bertanya. Lagi pun seingat aku mereka takkan biarkan aku di rumah mulai hari ini.
            “Makan..Then kita baru kita pergi Red Dragon.” Yunho mula menghidupkan enjin.
            “Red Dragon? Apa tu?” Aku mengerutkan kening.
            “Kau nampak comel bila blur.”Yunho tersenyum nipis.
            “Tsch..” Aku buat muka.
            “Jae Joong selalu macam tu ke?” Aku bertanya bagi memecah kesunyian yang menyelebungi kami berdua.
            “Macam mana?” Yunho memandangku sekilas sebelum focus balik ke jalan.
            “Sekejap muka macam nak makan orang kemudian jadi sweet tiba-tiba.” Yunho tergelak mendengar kata-kataku.
            “Dia ada split personality ke?” Aku serkap jarang.
            “Jae Joong tu sebenarnya okey je. Dia hanya akan jadi dingin dengan orang yang dia tak kenal dan tak rapat je.”
            “Hmmm…Kalau macam tu aku ni di kira rapat ke dengan dia? selama ni nak pandang muka aku pun dia macam jijik.” Aku buat muka.
            “Siapa tahu..mungkin lebih lagi..” Yunho bercakap dengan diri sendiri.
            “Huh?” Aku memandang Yunho.
            “Tak ada apa-apa. Kita dah sampai.” Yunho dan aku keluar serentak. Sebuah café Itali tersegam indah depanku. Yunho menarik tanganku dan kami melangkah masuk ke dalam café berkenaan. Junsu dan Max melambaikan tangan kepada kami berdua.
            “Hey..” Aku berlaga pipi dengan Max dan Junsu.
            “Kitaorang dah orderkan makanan. Kalau korang lambat sampai seminit lagi mungkin Max dah telan 1 café ni.” Aku tergelak apabila Junsu dan Max mula bertikam lidah.
            “Tsch..Dahlah tu..karang dua-dua aku humban masuk loji.” Yunho bersuara. Segera Junsu dan Max diam.
            “Macam mana kolej harini?” Max bertanya.
            “Okay..cuma..” Aku mengerutkan kening.
            “Cuma…” Yunho, Max dan Junsu bersuara serentak.
            “Ada orang nak berkenalan dengan aku.” Aku tersenyum nipis.
            “Kalau Jae Joong dengar ni aku rasa mesti akan cari laki tu dan tanam dia hidup-hidup.”
Max berkata sambil memandang waiter yang membawa makanan. Sebaik sahaja makanan di letakkan di hadapan dia, Max sudah mula makan dahulu.
            “Paling kurang pun Jae Joong akan patahkan tulang mamat tu.” Yunho pula bersuara.
            “Eh..kenapa pula dia nak buat macam tu? Bukannya dia apa-apa kan aku pun.” Aku buat muka.
            “Nana…Kau ni memang lembap kan?” Junsu menyekeh kepalaku.
            “Yah!” Aku menepis tangan Junsu sebelum mula makan.
***
Aku memegang belakang kot Yunho sebaik sahaja berdiri di depan Red Dragon

Mak aiii..besarnya tempat ni. Beberapa orang pengawal yang sasa kelihatan sibuk mengambil tempat di depan Red Dragon.
            “Selamat datang Hyung!” Pengawal-pengawal berkenaan memberi salam. Junsu dan Max sudah berlari masuk ke dalam Red Dragon.
            “Ini Nana. Dia mak we Jae Joong. Cam muka dia yang comot ni sebab mulai hari ini dia akan selalu datang sini.” Yunho berkata sambil tersengih.
            “Yah!” Aku memukul lengan Yunho. Ada ke dia kata aku comot. Aku ni comel tau. Aku melambaikan tangan kepada pengawal-pengawal di hadapanku.
            “Selamat datang kak ipar!” Kesemua pengawal-pengawal berkenaan menjerit serentak.
            “Eh? Saya..” Belum sempat aku berkata apa-apa Yunho sudah menarik aku masuk ke dalam Red Dragon. Aku hanya menggeleng perlahan.
            “Club ni belum buka. Sekarang tengah buat persediaan. Kalau kau merayap pastikan salah seorang daripada kami bersama kau. Pelanggan yang mabuk kat sini semuanya dahsyat.” Yunho memberi amaran.
            “Okay.”
            “Kalau kau minum pun jangan leka. Tak pasal-pasal ada yang masukkan dadah dalam minuman kau tu.”
            “Eh tapi kau cakap korang tak terlibat dengan dadah.” Aku pandang Yunho.
            “Kitaorang memang tak terlibat tapi pelanggan yang datang sini ada macam-macam ragam!” Yunho bersuara tegas. Aku hanya mengangguk.
            “Kau duduk sini dulu. Aku nak naik atas kejap.” Aku duduk di salah sebuah sofa mewah yang ada. Aku melilaukan pandangan ke sekeliling Red Dragon sebelum aku terdengar namaku di panggil.
            “Pssstt..Nana?” Aku bangun dan menghampiri 4 orang gadis yang sedang duduk santai di kaunter bar.
            “Nana? Jae’s girl kan?” Salah seorang daripada mereka bersuara.
            “Kawan je.” Aku tersenyum nipis. Mereka berempat tergelak mendengar jawapanku.
            “My..My…Kau cantik dan…Innocent. Jae punya taste memang hebat!” Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata mereka.
            “Anyway..Saya Sunny (Yoochun girl), ini Julie (Junsu girl), Ann (Max girl) dan Lyn (Yunho girl).” Sunny memperkenalkan kawan-kawanya satu persatu.
            “Oh? Tak tahu pun mereka dah ada girlfriend. Lagi-lagi Yoochun. Ni yang ada nak kena belasah ni.” Aku buat muka. Mereka tergelak dan mempersilakan aku duduk.
            “Korang tahu risiko menjadi teman mereka kan?” Aku memandang mereka satu persatu.
            “Kami tahu. Ann sendiri hampir pernah kena bunuh. Kami dah lali dengan benda-benda macam ni. Nak jadi teman wanita mereka kita sendiri pun kena kuat. Mental dan fizikal.” Julie memandangku sambil tersenyum nipis.
            “Korang sangat hebat! Aku kagum.” Aku memandang muka satu persatu. Muka masing-masing seolah-olah menceritakan kesusahan mereka namun masing-masing masih mampu tenang.
            “Korang tak buli dia kan?” Aku terkejut apabila ada tangan yang melingkar di bahuku.
            “Haish..Siapa berani nak buli mak we kau ni. Kami hanya berkenalan je.” Lyn buat muka. Jae Joong cium rambutku.
            “Macam mana kolej?” Aku hanya mampu mengangguk. Terasa mukaku hangat.
            “Wah…Comelnya Nana bila dia blushing.” Sunny cubit pipiku. Makin bertambah merah mukaku.
            “Ladies..Jangan usik dia lebih-lebih.” Yunho datang dan mengucup pipi Lyn. Lyn hanya tersenyum nipis.
            “Well…kitaorang pergi buat kerja dulu.” Lyn, Sunny, Julie dan Ann bangun meninggalkanku.
            “Mereka kerja di sini?” Aku memandang Jae Joong.
            “Yup, Ann DJ di sini, Sunny pula pengurus manakala Julie dan Lyn PR dekat sini.” Jae Joong duduk di sebelahku.
            “Oh…Red Dragon nampak berpengaruh!” Aku menyumpah seranah diri sendiri. Apasal jantung aku nak gugur ni bila dia duduk di sebelahku.
            “Red Dragon terbahagi kepada 5 bahagian. Satu kelab malam di bahagian bawah dan bahagian atas pula adalah bilik karaoke. Satu bahagian lagi adalah bilik VVIP dan pejabat. Kasino pula terletak bersebelahan dengan kelab malam. Ada juga perkhidmatan hotel.” Aku mengangguk mendengar kata-kata Jae Joong. Padanlah bangunan ni besar. Rupa-rupanya semua aktiviti ada dekat sini.
            “Nak minum?” Jae Joong memandangku.
            “Coke.” Aku tersenyum nipis. Jae Joong menarik tanganku dan bawa naik ke atas.
            “Kau nak bawa aku pergi mana?” Aku memandang Jae Joong.
            “Kita duduk minum di pejabat sahaja. Lagi 10 minit club ini akan mula beroperasi.” Jae Joong mula menekan butang lif.
***
Aku tersenyum sendiri apabila menonton rancangan gag concert di kbs world. Nasib pejabat Jae Joong ada macam-macam kemudahan. Tak adalah aku bosan. Tutorial entah ke mana aku entah ke mana bila dah tengok tv. Jae Joong sedang sibuk bermesyuarat dekat mana entah. Dia tak ada pun tak apa. Tak tahan aku setiap kali dia ada jantung aku kena test. Kuat juga jantung aku ni rupa-rupanya hehehe.
            “Kak ipar, Jae Joong Hyun ada pesan makanan untuk kak ipar.” Masuk seorang lelaki yang berpakaian kemas meletakkan makanan di depanku. Selepas lelaki itu beredar, aku melihat nota yang turut di sertakan sekali.
Meeting ni mungkin habis lambat. Kalau bosan call Sunny and the gang tapi jangan sekali-kali turun bawah seorang diri okay! Ni satu amaran dan jangan ketawa. Hahaha Just Kidding-Jae
Aku tergelak perlahan. Ada-ada sahaja mamat ni.
            “Ittadakimasu..” Aku mula makan sambil menonton tv tanpa menghiraukan sekeliling.

1 under spell:

in_an said...

wah x dpt bayang muka jae joong yg comel 2 jd sweet....gugur jantung...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review