Tuesday, November 16, 2010

My Gangster Lover 7

Posted by Snow_Queen at 11:44 PM
Aku memandang satu persatu muka ahli kumpulan TVXQ (baru tahu nama kumpulan mereka -_-)
            “Okay, sapa nak cerita dekat aku apa sebenarnya yang berlaku ni? Kau orang ni terlibat dengan kegiatan tak bermoral ke?!” Aku memulakan sesi siasatan selepas aku di benarkan keluar dari hospital. Rindu betul aku dengan rumah ni..
            “Oi! Mana ada. Kitaorang ni gengster berlesen tau.” Junsu buat muka.
            “Jadi kau orang ni kumpulan gangster. Aku bet korang ni ada perniagaan kelab malam, pelacuran, judi dan sebagainya.” Aku menggaru daguku.
            “Kita orang memang ada perniagaan sendiri. Kelab malam, kasino dan sebahagian kawasan yang kita orang jaga. Pelacuran, dadah dan benda-benda lain kita orang tak masuk campur.” Max bersuara tenang. Dia sudah tahu lambat laun benda ni pasti akan terbongkar.
            “Tapi korang kan pelajar?”
            “Kami hanya menggunakan status student sebagai alasan sahaja.” Jae Joong berkata sebelum minum kopi panas di depannya.
            Parents korang?” Aku mengerutkan kening. Takkan lah parents budak berlima ni langsung tak ambil tahu pasal anak-anak mereka.
            “Kita orang tak ada ibu bapa. Kami semua dari rumah anak yatim yang sama.”
            Oh, I’m sorry!” Aku menggigit bibir.
            No need. Kitaorang pun tak kisah. Nana…Kau terlibat dengan kitaorang ni sebenarnya berisiko tinggi. Kami mempunyai ramai kawan begitu juga musuh. Musuh kami tak pernah ‘tidur’ kerana setiap kesilapan yang kami buat mereka pasti akan ambil kesempatan untuk memusnahkan kumpulan kami. Aku tak patut rapat dengan kau dari mula!” Yoochun mengeluh.
            “Aku tak peduli siapa korang. Kau orang yang selamatkan aku dan terima aku seadanya. Aku akan ingat jasa korang sampai bila-bila.” Aku memeluk Yoochun.
            “Mulai hari ini, kami takkan tinggalkan kau dekat rumah. Kau akan selalu bersama dengan kami mulai sekarang.” Yunho bersuara. Aku hanya mengangguk tanda bersetuju.
***
Cahaya matahari jatuh tepat atas mukaku. Aku menggeliat perlahan sebelum terhenti. Apa benda sebelah aku ni? Aku buka mata dan wajah Jae Joong menyapa pandanganku.
            “Huh? Apa yang kau buat dalam bilik aku?” Aku sempat melihat badanku. Mujur sempurna.
            Morning darling!” Jae Joong tersengih. Okay sekarang ni aku rasa nak demam. Pertama kali lihat side Jae Joong yang sweet ni. Selalunya muka macam nak telan orang.
            “Bila masa aku jadi darling kau?” Aku mengerutkan kening.
            What?! Kan kita dah lama kahwin.” Jae Joong bangun dari pembaringannya dan buat muka tak puas hati.
            “Huh?” Aku mengetuk dahiku. Bila masa pulak aku pernah kahwin dengan mamat ni? ke aku yang hilang ingatan. Jae Joong ketawa tiba-tiba.
            “Yah! Kau ni kan…” Aku menumbuk lengan Jae Joong. Saja nak kenakan aku mamat ni.
            “Bangun dan mandi cepat. Nanti kau lambat ke kuliah.” Jae Joong sempat mengucup dahiku sebelum keluar. Aku lekas berlari masuk ke dalam bilik air. Mak ai…test jantung yang maha hebat ni. Aku memegang dahiku sambil tersenyum.
***
“Nanti balik, Yunho ambil.” Aku hanya mengangguk sebelum turun dari kereta. Tak boleh lama-lama dengan mamat ni. Jantung aku dah nak koma ni. Baru aku perasan yang selama ni dia begitu bergaya.
            Kiss dulu.” Dia menunjukkan pipinya.
            “Huh? Penumbuk?” Aku menunjukkan penumbuk kepada Jae Joong. Dia hanya ketawa sebelum melambai kepadaku. Aku hanya tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.
            “Hai..” Aku memandang ke arah kananku. Seorang lelaki tersenyum padaku.
            “Hai..” Aku tersenyum nipis sebelum mengeluarkan buku notaku. Lecture belum masuk jadi bolehlah aku merenung masa depanku sekejap. Ceh masa depan ke Jae Joong? Hatiku berbisik. Aku tersenyum sendiri.
            “Awak selalu sorang-sorang kan? Saya tak pernah nampak awak berkawan dengan sesiapa.” Lelaki tadi masih cuba hendak beramah mesra denganku.
            “Awak ni stalker ke?” Aku memicingkan pandangan. Manusia zaman sekarang ni bukan boleh kira. Lelaki tadi tergelak mendengar jawapanku.
            Nope..Saya hanya nak jadi kawan awak. Joe.” Dia menghulurkan tangannya kepadaku.
            “Eh tak apa..Saya tak perlukan kawan pun.” Aku terus memandang ke hadapan. Tak sempat nak merenung masa depanku sebab lecturer dah masuk.
            “Saya suka bila gadis jual mahal.” Joe sempat berbisik kepadaku namun aku hanya buat tak tahu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review