Sunday, November 14, 2010

My Gangster Lover 6

Posted by Snow_Queen at 5:20 PM
Entah kenapa aku rasa berdebar semacam hari ini. Semenjak dari Yoochun hantar aku balik tadi. Selepas mandi, aku duduk di hujung katil sambil membaca novel namun aku sendiri tak tahu apa yang aku baca. Aku menutup buku dan keluar dari bilik. Aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik Jae Joong. Bau Jae Joong menusuk masuk ke dalam hidungku. Entah semenjak bila aku menyukai lelaki yang tak berhati perut ni meskipun hari-hari bergaduh dengan dia. Dengan berani aku baring di atas katil Jae Joong. Entah kenapa aku tergelak sendiri. Macam seronok pula main ceroboh masuk bilik orang kesayangan sendiri. Tak berapa lama kemudian bunyi riuh-rendah menarik perhatianku. Aku lekas bangun menuju ke bawah dan mengintai di sebalik tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Bulat mataku apabila melihat beberapa orang berpakaian hitam menceroboh masuk ke dalam rumah Jae Joong dan kali pertama aku melihat pengikut Jae Joong yang begitu ramai. Entah dari mana muncul dorang ni! Bunyi tembakan dan pedang silih berganti. Aku berlari naik ke atas semula dan mengambil sepucuk revolver yang di beri Yoochun kepadaku. Pada mulanya aku curiga kenapa namun kini aku faham mengapa Yoochun menghadiahkan aku revolver ni! Mereka berlima perlu jelaskan pada aku apa semua ni. Aku mengambil pisau dan selitkan di pinggangku. Pintu bilikku di buka kasar.
            “Dah jumpa perempuan tu!” Si rambut Mohawk menjerit lantang. Aku tersenyum sinis dan mengacukan revolver kepada mamat tu namun apa yang aku buat tak sedikit pun menakutkan dia.
            “Aku tak ada urusan dengan korang!” Suaraku bergetar tanda marah.
            “Tapi kami ada…” Si rambut Mohawk makin menghampiri. Aku baling shuriken tepat ke dada lelaki itu dan dia terus rebah. Aku melepaskan tembakan di kepala lelaki itu. Manalah tahu tiba-tiba dia bangun balik. Baik aku pastikan dia mati. Pertama kali bunuh orang aku tak rasa gementar langsung. Mungkin kerana dulu aku selalu di ugut membuatkanku sudah lali.
***
Aku lari turun ke ruang tamu dan geng si Mohawk tadi sedang berlawan dengan beberapa pengikut Jae Joong. Aku terasa jantungku berhenti berdegup apabila terasa ada benda ditalakan ke kepalaku.
            “Berhenti!” Kesemua pengikut Jae Joong memandang ke arahku.
            “Kalau kau orang tak nak dia di bunuh bawakan Jae Joong kepada kami.” Aku mengambil kesempatan menggigit tangan lelaki itu sewaktu dia sedang sibuk bercakap dan sebagai hadiah, aku kena tampar. Aku terasa bibirku perit. Mungkin kerana marah menguasaiku, aku terus bangun dan menendang perut lelaki berkenaan sebelum membenamkan mata pisau tepat ke jantung lelaki itu. Beberapa tembakan di halakan kepadaku namun tidak satu pun tembakan mengenaiku kerana aku berlindung di sebalik sofa. Aku menggigit bibir. Apa nak buat ni? Macam mana aku nak keluar dari sini? Sedang asyik berfikir, aku ternampak pintu belakang yang terbuka. Tanpa membuang masa terus aku berlari keluar tanpa memperdulikan apa-apa lagi.
***
Shit! Dia tak ada kat mana-mana!” Jae Joong melepaskan tumbukan di dinding. Kalaulah dia tahu semua ni satu perangkap dia takkan sekali-kali keluar untuk berunding dengan musuhnya. Entah berapa lama mereka mengawasi Nana. Jae Joong, Junsu dan Yunho segera menerpa Max dan Yoochun apabila mereka berdua tiba.
            “Aku tak jumpa dia. Begitu juga dengan Max!” Kata-kata Yoochun membuatkan mereka semua bengang. Yunho menghampiri seorang lelaki yang berjaya di tangkapnya.
            “Kat mana korang sorok dia ha!” Yunho sudah mula berang.
            “Aku takkan bagitahu apa-apa..” Belum sempat lelaki berkenaan habis berbicara, Yunho menendang perut lelaki itu sekuat hati. Junsu dan Max memegang Yunho. Yunho kalau dah marah sapa pun tak boleh nak kawal dia. Bunyi telefon bimbit Yoochun menarik perhatian.
            “Hello!”
            “Saya datang sekarang!” Yoochun memandang kawan-kawannya.
            “Nana ada dekat hospital. Ada orang jumpa dia terbaring tengah jalan.”
***
“Nana!” Aku terpaksa menekup kedua belah telingaku apabila mendengar jeritan Yoochun. Namun yang paling aku tak sangka sekali Jae Joong tiba-tiba memelukku.
            “Saya..”
            “Ssshhh..Aku gembira kau selamat.” Jae Joong memelukku kejap. Junsu, Yunho dan Max sudah tersenyum antara satu sama lain namun Max dapat menangkap riak muka Yoochun. Seorang doctor masuk ke dalam bilik.
            “Siapa antara kamu saudara dia?”
            “Saya abang dia.” Yoochun bersuara.
            “Cik Nana boleh keluar apabila keputusan x-ray keluar nanti. Dia cuma terseliuh, calar-balar dan luka di bibir. Setakat ni tiada kecederaan dalaman.” Doctor berkenaan tersenyum nipis.
            “Terima kasih doctor!” Serentak kami berenam bersuara. Jae Joong mengucup dahiku secara tiba-tiba membuatkan aku terkedu.
            “Jae..”
            “Mulai saat ni..Aku takkan lepaskan kau sesaat pun dari pandangan aku.” Aku cuma tersenyum nipis mendengar kata-kata Jae Joong.

5 under spell:

MaY_LiN said...

wawawa..
ade org patah hati la..

sakura said...

so sweet....

apple_pie said...

stuju ngn sakura.... so sweet...

Kill said...

knp macam citer hana youri dango je?takpun boys over flower. hehehehe.pape pon best.

Snow_Queen said...

@kill: yeke? kat mne psamaanya tuh? xpasan pula anyway tengs =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review