Sunday, November 14, 2010

My Gangster Lover 5

Posted by Snow_Queen at 5:19 PM

Aku dan Max berhenti di sebuah taman permainan berdekatan. Aku duduk di atas buaian.
            “Nah!” Aku menghulurkan ais krim kepada Max. Dia tersenyum nipis sambil menyambut ais krim.
            “Berapa lama kau kenal Yoochun?” Max bertanya tanpa memandangku.
            “Ermm taklah lama sangat. Aku mula kenal dia sejak 1st day dekat kolej lama dulu.” Aku membuka balutan ais krim dan mula makan.
            “Oh..” Hanya itu balasan Max.
            “Korang berlima dah lama kenal?” Aku bertanya tanpa memandang Max.
            “Sejak dari kecil. Kebetulan satu tadika.” Aku mengangguk.
            “Aku bukan nak menakutkan kau tapi berhati-hati bila kau berseorangan.”
            “Kenapa kau cakap macam tu?” Aku merenung Max.
            “Kau takkan tahu apa yang akan berlaku. Jom balik! Hari nak hujan.” Dia bangun dan aku mengikut langkah Max. Entah kenapa aku rasa semua kawan si Yoochun ni pelik-pelik.
***
Usai menyimpan barang-barang, aku duduk di meja makan menunggu mi segera kembang. Makan malam yang paling ringkas. Aku merenung masa depanku. Takkan selama-lamanya aku nak jadi orang gaji dekat sini? Takkan selama-lamanya aku nak bergantung harap pada Yoochun? Aku membuka penutup mi segera dan mula menikmati makan malamku sebelum naik atas dan menyiapkan assignment.

Jae Joong membuka pintu bilik Nana. Dia tersenyum nipis apabila melihat Nana tertidur di meja study. Perlahan-lahan dia mendekati Nana dan mencempung tubuh gadis itu. Ringannya dia ni. Tak makan ke apa? Desis hati kecil Jae Joong. Comforter di tarik untuk menyelimuti gadis itu. Entah kenapa apabila dia berada dekat dengan Nana, perasaan untuk melindungi Nana dari segala bahaya menguasai dirinya. Seolah-olah Nana adalah kaca yang rapuh. Jika di sentuh akan pecah berderai.
***
3 bulan kemudian di suatu petang yang hening…

“Yoochun..kita dah kenal lama kan?” Aku memandang Yoochun sambil tersengih. Yunho, Junsu dan Max memandangku sengih. Semenjak rapat dengan mereka ni (kecuali Jae Joong) mereka sudah memahami perangaiku.
            “Kenapa sengih kau tu sengih yang menyeramkan?” Aku memandang Yunho.
            “Aku tak pernah pergi rumah korang. Weyh bawak la aku pergi jelajah rumah kau orang.” Keempat-empat mereka tersedak serentak.
            “Kenapa? Jangan kata kau orang sorok perempuan dalam rumah pula.” Aku  memandang mereka tajam.
            “Eh bukan macam tu..err..” Junsu menyiku lengan Yunho.
            “Kau tak risau ke kalau datang rumah kitaorang? Macam mana kalau kita orang apa-apa kan kau?” Yunho senyum sinis.
            “Beranilah..Aku cincang korang masak 3 rasa.” Aku mengangkat garfu berpura-pura nak cucuk mereka.
            “Jom…” Yoochun bangun tiba-tiba.
            “Hermm? Nak pergi mana?” Aku memandang Yoochun.
            “Kata nak pergi tengok rumah kami.” Aku terus bangun dan ikut jejak Yoochun. Yunho, Max dan Junsu memandang Yoochun pelik. Dengan berat hati mereka mengikut langkah Yoochun.
***

“Mak aii..Ni rumah ke apa?” Aku masuk ke dalam rumah Yoochun.
            “Welcome to our home.” Yoochun tersenyum nipis.
            “Huh? Our?” Aku mengerutkan kening.
            “Kitaorang berempat tinggal serumah.” Junsu tersenyum nipis. Aku buat muka risau.
            “Kenapa kau buat muka macam tu?” Max memandangku curiga.
            “Errr kalau aku tanya korang kecik hati tak?” Mereka berempat serentak menggelengkan kepala.
            “Korang ni gay eh? Aku tak pernah pun tengok korang dating dengan mana-mana perempuan selama kita berkenalan.”
            “Yah!” Serentak mereka berempat mula mengejarku. Aku lari sambil ketawa.

Aku mula mengeluarkan bahan-bahan untuk masak. Aku sudah bagi mesej kepada Jae Joong bahawa aku akan makan malam di rumah Yoochun. Lagi pun dia tak pernah makan masakan aku. Sakit hati betul bila teringat kat mamat tu. Kita nak berbaik-baik dengan dia, dia cakap aku ada niat jahat pula. Huh nasib kaulah! Tapi…sekurang-kurangnya dia ada juga bercakap-cakap dengan aku. Kebelakangan ni, mereka berlima selalu sahaja sibuk. Balik lewat pagi. Kadang-kadang sahaja pergi kolej. Walapun rapat namun entah kenapa aku terasa bahawa mereka ada menyorokkan sesuatu daripadaku.
***
Usai meletakkan mangkuk terkahir di atas meja, mereka berempat terus duduk di meja makan. Oleh kerana Max memang hantu makan maka memang sengaja aku masak lebih sedikit. Kami semua makan sambil bersembang.
            “Parents korang kat mana?” Soalanku yang tiba-tiba membuatkan wajah mereka berempat berubah.
            “Parents kita orang dekat luar negara.” Max menjawab bagi pihak kawan-kawannya. Aku hanya mengangguk. Selepas melawat rumah mereka, Yoochun dan Yunho menghantarku balik.
            “Selamat malam sayang. Hati-hati!” Yoochun tersenyum nipis. Aku mengenyitkan mata dan melangkah masuk ke dalam rumah Jae Joong.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review