Sunday, November 14, 2010

My Gangster Lover 4

Posted by Snow_Queen at 5:17 PM

“Yoochun..Lebih baik kau bagitahu aku apa semua ni?” Aku menarik kolar baju Yoochun.
            “Okay..Aku bagitahu. Lepaskan dulu kolar baju aku!” Yoochun merentap kolar bajunya. Aku memandang Yoochun dengan pandangan tajam.
            “Nana..Kau dah macam adik aku jadi aku nak melindungi kau. Aku buat semua ni untuk kau.” Yoochun mengusap kepalaku.
            “Tapi aku rasa kau sedang bagi bala pada aku.” Aku memandang ke arah lain.
            “Apa maksud kau?” Yoochun memandangku tajam.
            “Kan aku cakap aku ada dapat kerja? Aku bekerja sebagai orang gaji di rumah Jae Joong.” Yoochun ternganga.
            “Kau tak payah kerja dekat rumah dia lagi. Aku akan cakap dekat dia.” Yoochun sudah mahu beredar namun aku menarik pergelangan Yoochun.
            “Aku terhutang budi dengan dia. Jangan risau. Aku tahu jaga diri sendiri.” Yoochun menggaru dahinya yang tak gatal. Dia bukan tak percayakan Jae Joong tapi..Dia tak mahu Nana berada dalam bahaya. Kalaulah Nana tahu siapa mereka sebenarnya…
***
Sebaik sahaja aku menjejakan kaki ke dalam rumah, Jae Joong memandangku tajam.
            “Aku nak keluar. Ingat! Semua kerja rumah mesti buat sebelum aku balik. Kalau tak…” Jae Joong tersenyum sinis.
            “Ok.” Aku hanya patuh. Melawan kang tak pasal-pasal dia buat apa-apa kat aku kan naya.
            “Oh lagi satu kau boleh masuk bilik aku! Have fun.” Dan dia terus berlalu meninggalkan aku. Aku mencebik. Have fun kemendenya. Dia la yang suka sebab buli aku, aku pula orang gaji dia.
Jantungku berdebar semacam sewaktu hendak memulas tombol pintu bilik Jae Joong. Ah! Masuk jelah Na bukan ada raksaksa dalam ni. Sebaik sahaja menarik nafas dalam dan membuka pintu bilik, Aku terasa hendak pengsan. Ni bilik ke sarang ayam? Aku melihat pakaian Jae Joong yang  berterabur atas lantai. Tu tak termasuk dengan makanan yang entah berapa lama bertapa atas meja di atas meja kerja dia. Bilik dia dahlah besar, semua ceruk kotor pula tu. Tanpa membuang masa aku kutip baju Jae Joong satu persatu dan masukkan dalam bakul. Sisa makanan aku buang ke dalam bakul sampah. Cadar katil aku betulkan dan habis sebotol pewangi aku sembur dalam bilik dia. Pintu bilik air aku buka dan sekali lagi aku ternganga. Ni dah berapa lama dia tak basuh bilik air ni? Habis patah pinggang aku nak sental satu bilik air mamat ni.
***
Habis sahaja kemas rumah, aku terduduk keletihan di anak tangga terkakhir. Perutku berbunyi galak minta di isi. Aku berlalu ke dapur dan buka pintu peti ais. Betullah mamat ni. Apa pun tak ada dalam ni. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 malam. Nak tak nak terpaksalah aku menapak ke pasar raya terdekat untuk beli makanan untuk menghentikan serangan bunyi dalam perutku.
            “Cik nak pergi mana?” Seorang lelaki yang berkawal di depan pintu pagar memandangku.
            “Pasar raya.” Aku menjawab pendek. Entah kenapa setiap kali aku melihat pengawal yang menjaga pintu pagar rumah ni membuatkan bulu romaku meremang.
            “Saya temankan cik.”
            “Ha? Eh tak payah! Saya pergi sekejap je.” Dan aku terus berlari. Uish..tak nak aku berjalan dengan mamat pengawal tu.
***
Sorry.” Aku meminta maaf apabila melanggar seseorang sewaktu leka memilih barang.
            “Tak apa. Sorang je ke?” Aku memandang lelaki berkenaan. Macam kenal tapi kat mana ye?
            “Max, kawan Jae Joong.” Dia memperkenalkan diri.
            “Oh..kau nampak lain.” Sememangnya gaya budak ni lain. Waktu dekat sekolah selekeh je tapi dekat luar bergaya habis.
            “Buat apa dekat sini?” Dia menyaingiku.
            “Basuh baju?” Aku tersenyum sinis. Dia tergelak perlahan.
            “Kau sorang kan? Jom aku hantar kau balik. Nanti jadi apa-apa Jae Joong marah.” Aku mengerutkan kening mendengar kata-kata Max.
            “Dia marah? Aku bukan sesiapa pun bagi dia.” Aku bercakap sorang-sorang.
            “Kau takkan tahu fikiran dia.”
            “Hah?” Aku memandang Max.
            “Tak ada apa-apa. Kau dah sudah?” Aku mengangguk. Kami sama-sama menuju ke kaunter pembayaran.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review