Saturday, November 6, 2010

My Gangster Lover 3

Posted by Snow_Queen at 4:49 PM

“Kau kena balik awal ke?” Yoochun menjeling jam tangan di tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 6.00. Aku menggeleng kepala.
            “Bagus! Mari ikut aku.” Yoochun menekan pedal minyak menuju ke satu tempat.
***
Aku terkedu sebentar. Yoochun yang berjalan laju di hadapan terpaksa berpatah balik untuk mendapatkanku.
            “Kita nak buat apa kat salon ni?” Aku bertanya.
            “Untuk ubah imej kau. Sebab ayah kau dah meninggal, aku rasa lintah-lintah darat tu pasti akan datang cari kau nanti.” Tubuhku seram sejuk mendengar kata-kata Yoochun. Aku hanya membiarkan sahaja apa yang stylist buat terhadap rambutku. Selepas 2 jam, aku ternganga melihat cermin. Yoochun yang menunggu juga tersenyum puas melihat imej baruku.
            “Kau nampak lawa!” Yoochun memelukku. Mukaku terasa hangat mendengar pujian daripada Yoochun. Perutku yang berbunyi membuatkan kami ketawa serentak.
***
“Mulai esok, ini adalah kolej baru kau. Aku pasti dekat sini kau akan selamat!” Yoochun menyerahkan sampul surat kepadaku.
            “Yoochun oppa, kau dah banyak tolong aku. Terima kasih.” Aku menggengam erat tangan Yoochun.
            “Sebab kau macam adik aku jadi aku harus lindungi kau! Mulai esok lepas habis sahaja kuliah kau akan berlatih bersama aku.” Yoochun tersenyum nipis.
            “Berlatih? Berlatih apa?” Aku memandang Yoochun yang tenang menghirup air.
            “Seni mempertahankan diri!” Aku hanya mendiamkan diri tanda setuju. Tak selamanya Yoochun boleh melindungi diriku dan aku harus berbuat sesuatu supaya tidak terlalu bergantung dengan dia.
***
Aku berlari masuk ke dalam gate president academy dan berhenti di satu kawasan di tepi jalan. Aku menarik dan menghembuskan nafas. 5 saat kemudian, berderet-deret kereta mewah lalu di tepiku. Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Aku kat mana sebenarnya ni? Kenapa banyak sangat kereta mewah kat sini? Aku mengeluarkan telefon bimbit yang bergegar.

Dah sampai?
-Yoochun Oppa-
        ***
Dah! Kau hantar aku dekat planet mana ni?!

-Nana-
       ***
Yoochun tergelak perlahan. Memang sengaja dia tak beritahu Nana, president academy ni tempat untuk orang-orang berada dan dia juga sudah bertukar untuk belajar di kolej yang sama. Kalau tak mesti minah tu tak nak datang sini. Junsu yang duduk bersama Yoochun di café memandang pelik sahabatnya yang seorang tu. Yoochun amat jarang untuk tergelak sendiri.
Selamat berjaya di kolej baru! Nanti petang kita jumpa lagi okay. Aku tunggu kat dekat depan kolej.
-Yoochun-
      ***
Yah Park Yoochun! Kalau kita jumpa nanti aku akan belasah kau!
-Nana-
***
Setelah mendaftar dan mengambil jadual, aku melilau satu bangunan mencari kelasku. Sedang asyik mencari-cari, belakang badanku terhentak ke dinding. Aku melihat ramai perempuan berlari ke satu arah. Aku menyumpah seranah dalam hati. Park Yoochun! Kau akan terima balasannya sebab masukkan aku dalam akademi teruk macam ni!

Satu kelas melihat aku macam sedang melihat musuh sahaja lagaknya. Okay itu tak apa lagi tapi…Aku memandang tajam ke arah 5 jejaka yang sedang duduk di belakang dewan kuliah.
            “Nana..Duduk sini!” Junsu melambai ke arahku. Satu kelas memandangku seolah-olah memberi isyarat ‘kalau kau dekat dengan mereka, kau akan mati sebelum kau sempat keluar dari kelas ni’. Dengan berat hati aku melangkah ke arah Junsu dan sebelum aku sempat duduk sebelah Junsu, Yoochun menarik tanganku duduk di sebelah dia. junsu buat muka.
            “Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau pun pindah ke sini dan sejak bila kau bergaul dengan mereka berempat?” Aku berbisik dalam nada yang rendah namun Yoochun hanya memberi isyarat supaya diam. Aku berpaling ke sebelah kiri. Jae Joong merenungku seolah-olah memberitahu apa yang kau buat dekat sini. Aku berpaling ke arah depan dan mula tenggelam dalam dunia belajar tanpa menghiraukan renungan Jae Joong.

9 under spell:

cactaceous opuntia said...

wah cter menarik lagi...tp npe xkeluar kt update eh...u & i pn xkeluar update...skali da tamat da...tp xpe...i like

putri lilin said...

wow...best2..a'ar tula xkuar kt update pn..seb bek tgerak ht nk check td...dpt bc u & i seme skli n cter bru ni..best ni...xsbr nk tgu next entry...suke cik snow nye karya..

tHiR... said...

bestt2.... i love it....
smbng agy snow.... bestt lorhh....

Anonymous said...

bez3

MaY_LiN said...

teng teng teng..

miszhana said...

smbung lah g ye.. i luv it.. d best

~ZYX~ said...

bez2...nak lagi..

Anonymous said...

wow... nice story
i'll wait for the next entry

apple_pie said...

wakakakaaa...i knew it..dis will happen... luv ur story like owes la cik snow... :)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review