Saturday, November 27, 2010

My Gangster Lover 23 *FINAL

Posted by Snow_Queen at 1:41 AM

Semua tetamu jemputan bertepuk tangan sebaik sahaja pasangan pengantin di sahkan menjadi suami isteri.
            “Aku nak menangis.” Julie memelukku. Aku hanya ketawa sambil memberikan tisu kepada mereka. Sebaik sahaja upacara tamat, kami semua bergerak ke tempat majis resepsi. Semua tetamu memuji kecantikan hiasan dan tempat majlis resepsi. Aku berdiri di depan pintu untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu.
            “Nana?!” Aku memandang seorang lelaki di depanku.
            “Joe!” Dia menghulurkan tangan. Aku tersenyum nipis.
            “Tak sangka dapat jumpa kau dekat sini.”
            “Ni majlis perkahwinan kawan aku.” Aku memandang Joe dari atas ke bawah. Dia nampak lain sekarang kerana rambutnya panjang dan sudah ada misai.
            “Baby..” Aku memandang pula seorang perempuan yang menghampiri Joe.
            “Hai Nana.” Perempuan  berkenaan melambaikan tangan kepadaku.
            “Uh..Hai Elle. Jemput masuk.” Aku tersenyum sinis. memang padanlah 2 ekor ni.
            “Dengan kata kau dengan Jae Joong sudah berpisah.” Elle tersenyum sinis.
            “Babe..” Aku memandang ke arah luar. Jae Joong melambai kepadaku.
            “Excuse me. My fiancé panggil. Layan diri ya..” Aku segera beredar. Elle menggetap bibirnya. Aku mendekati Jae Joong.
            “Kenalkan Nana, bakal isteri aku. Nana ini Heechul kawan baik yang dah lama terpisah. Heechul ni Nana.” Aku berjabat tangan dengan Heechul.
            “My..Aku tak sangka yang kau pun akan berkahwin tak lama lagi. Dulu kau kata nak solo sepanjang hayat. Hehehehe.” Jae Joong menyiku lengan Heechul.
            “Really? Solo sepanjang hayat huh?”
            “Dia main-main je tuh..” Jae Joong memaut bahuku. Aku dan Heechul ketawa serentak.
            “Tak nak masuk ke?” Aku mempelawa Heechul.
            “Nope. Singgah sekejap je. Aku kena pergi LA lepas ni. Sampaikan ucapan tahniah aku pada Yoochun.” Heechul berjabat tangan dengan Jae Joong dan Nana sebelum beredar.
            “Elle datang.” Aku berbisik pada Jae Joong.
            “Macam mana kau tahu pasal Elle?” Jae Joong memandangku.
            “Dah lama tahu. Jom masuk.” Aku memaut lengan Jae dan masuk ke dalam majlis resepsi.
-
-
            “Saya nak ucapkan terima kasih kepada Nana kerana dah banyak bersusah-payah untuk majlis perkahwinan kami. Kalau kau tak ada mungkin majlis kami tak sehebat ni.” Tepukan bergema. Aku hanya tersenyum manis. Sebaik sahaja Sunny habis berucap, majlis di teruskan dengan aktiviti menari dan juga aktiviti seterusnya sehinggalah pasangan pengantin berangkat untuk pergi berbulan madu.
***

“Kalau Sunny ada mesti best!” Julie berkata sambil membetulkan ikatan rambut Lyn.
            “Aha..Aku rasa dia langsung tak ingat dekat kita. Orang dah ada suamilah katakan.” Ann buat muncung. Aku hanya tergelak sambil membetulkan hanbook Julie.
"Alah..korang punya majlis pun dah tak lama..serentak pula tu." Aku memandang ketiga-tiga sahabatku.
            “Kau betul tak nak pergi Nana?” Julie, Lyn dan Ann memandangku serentak.
            “Korang enjoy. Jangan risaukan aku. Aku ada benda nak buat.” Aku tersenyum nipis.
            “Kau jaga diri baik-baik okay. Jangan nakal-nakal!” Ann cubit pipiku sebelum berlalu keluar diikuti oleh Julie dan Ann. Hari ini ada festival dan kebetulan festival harini sama tarikh dengan tarikh ulangtahun kematian ibuku. Selepas bersiap, aku keluar membawa haluan sendiri.
-
-
“Ibu, dah lama Nana tak datang sini. Maafkan Nana.” Aku duduk di sebelah pusara ibuku sambil cabut rumput yang tumbuh meliar.
            “Ibu, Walaupun ibu dah tak ada di sisi Nana tapi kekuatan ibulah yang buat Nana survive sampai harini. Nana dah ada tunang. Nama dia Jae Joong. Dia baik hati, penyayang dan kadang-kala suka perasan. He’s my gangster lover!” Aku tersenyum sendiri mengenangkan Jae Joong.
            “Ibu akan doakan kami kan? Nana sayangkan dia sepenuh hati Nana.” Aku tersenyum sendiri.
            “Ibu, saya akan jaga Nana baik-baik.” Aku berpaling dan Jae Joong mengukirkan senyuman kepadaku.
            “Kau buat apa dekat sini?” Aku bangun mendapatkan Jae Joong.
            “Kenapa kau tak cakap dekat aku yang harini hari ulang tahun kematian ibu kau?” Jae Joong menjentik dahiku. Aku menggetap bibir tanda geram.
            “Ibu, saya akan jaga Nana baik-baik. Sila restui kami.” Jae Joong memandangku sambil tersenyum. Tangan kami saling bercantum.
            “Saya akan hargai dia seumur hidup saya. Cintakan dia sepenuh hati saya dan akan selalu bersama dia tak kira semasa senang mahu pun susah.”
            “Jae…Terima kasih sebab datang.” Jae Joong memelukku.
            “Lain kali, tak kira apa pun jangan simpan semua seorang diri. Kau ada aku!” Aku mengangguk sambil tersenyum.
            “Wah…tengok ada tahi bintang! Cepat buat hajat!” Aku menutup mata begitu juga dengan Jae Joong. Selepas beberapa ketika, aku membuka mata. Aku merenung Jae Joong yang masih buat hajat. Sebaik sahaja Jae Joong buka mata, aku tutup mataku kembali. Hajatku cuma satu iaitu semoga kami tetap bersama selama-lamanya dan semoga kami dapat hadapi segala rintangan yang mendatang! Angin malam menyapa tubuh pasangan kekasih berkenaan seolah-olah menjawab doa mereka. Jae Joong dan Nana memandang ke arah utara. Percikan bunga api yang muncul seolah-olah merupakan tanda permulaan kebahagiaan kisah cinta mereka!

6 under spell:

cactaceous opuntia said...

yeah...~!

mizuki said...

best2...saya suka..
bla nak buat citer baru.

Anonymous said...

yeahhh..... best r cter nie... sye abiskan dlm masa 3 jam tok abiskan cter nie aja... perghhh... memang best r wa ckp sama lu...hahahaha...
terutama prt girls dance 2.. hahaha klako... sye ayat nie "aq pthkan sume tulang2 yg ada" hehehe....
chaiyok ya cik snow...:)

AMIE =P

in_an said...

wah mmg best..tmbh2 ada jaejoong and the geng...best la cik snow...

apple_pie said...

yeay.........abes da baca...suke3...
lebiu cik snow...

Anonymous said...

Comel je ..HAHA :)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review