Friday, November 26, 2010

My gangster Lover 22

Posted by Snow_Queen at 9:16 PM
Aku membuka mataku. Dengan sekali bau, aku tahu aku berada di hospital. Aku bangun dan melihat Sunny sedang membaca surat khabar.
            Morning!” Aku menyapa Sunny.
            “Oh..Morning. Kau nak apa-apa?” Sunny mendekatiku. Aku mengambil surat khabar di tangan Sunny apabil nampak gambar Henry di muka depan.
            “Dia kena tangkap juga akhirnya huh?” Aku ketawa sinis.
            “Macam mana aku boleh ada dekat hospital? TVXQ dan yang lain-lain mana?” Aku memandang Sunny. Sunny duduk di pinggir katil.
            “Kau pengsan semalam dalam perjalanan balik rumah. Dorang semua ada dekat rumah berehat. Nana..Aku nak bagi tahu kau sesuatu.” Sunny memegang tanganku. Aku menelan air liur kasar.
            “Ada apa-apa jadi dekat Jae ke?” Aku menggengam tangan Sunny.
            “Dia selamat je. Ingatan Jae tak kembali sepenuhnya. Ingatan dia hanya kembali separuh.” Sunny berhenti. Aku mendiamkan diri untuk memberi peluang Sunny menyambung bicara.
            “Dia ingat kau tapi…dia hanya ingat kau sebagai orang yang dia selamatkan bukan sebagai tunang dia.” Aku menarik nafas dalam.
            “Itu dah cukup bagus. Yang penting dia selamat kan?” Aku tersenyum tawar.
            “Na…kalau kau nak menangis, kau menangis jelah.” Sunny memelukku.
            “Aku dah tak larat nak menangis Sun. Cuma…aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Jae. Aku pandang dia sebagai tunang aku tapi bagi dia, aku hanya orang asing yang dia selamatkan. Nampaknya aku kena kembali ke posisi asal aku sebagai orang gaji.” Aku menggetap bibir.
***
Tanpa di sedari, tarikh perkahwinan Yoochun semakin hampir. Aku di lantik sebagai perancang perkahwinan Yoochun di saat-saat akhir. Bagus juga aku ada kerja.  Tak adalah aku rasa kekok berada di rumah Jae Joong.
            Hello, ya saya nak confirmkan tempahan tempat perkahwinan.”
            “Oh…terima kasih..Kami akan telefon dulu sebelum datang tengok. Bye.” Aku memutuskan panggilan.
            “Okay mari kita tengok apa lagi yang tak siap..” Aku meneliti senarai dalam organizer.
            “Sunny! Pengantin mana boleh makan coklat banyak. Gemuk nanti!” Lyn memarahi Sunny namun Sunny hanya buat tak tahu.
            “Baju bila boleh ambil?” Sunny memandangku.
            “Emm..lusa dah boleh pergi ambil kot.” Aku menggaru kepalaku dengan pen tanpa memandang kawan-kawanku.
            “Na…aku nak kahwin nanti aku nak ambil kau jadi wedding planner aku juga lah.” Ann memandangku.
            “Hahaha..kalau kau aku charge lebih sikit. Kekeke..” Aku ketawa jahat.
            “Tak pe Max bayar.” Ann angkat kening double jerk. Aku tunjuk thumb up.
Bunyi pintu rumah di buka menarik perhatian kami semua. Aku segera menundukkan pandangan. Enggan bertembung mata dengan Jae Joong.
            “Hai babe.” Yoochun memeluk Sunny.
            “Hai..so macam mana dengan baju?” Sunny memandang Yoochun.
            “Beres. Na..Terima kasih. Kau dah banyak tolong kitaorang.”
            “Nah..No Biggie. Korang semua duduk dulu. Aku buat air.” Aku segera berlalu ke dapur.
-
-
“Sampai bila kau nak lari dari aku?” Aku memandang Jae Joong.
            “Mana ada. Aku biasa-biasa je.” Aku masukkan gula dalam teko.
            Damn Park Nana! Kau jangan ingat semua orang tak perasan. Apa masalah kau dengan aku?” Muka Jae Joong sudah berubah.
            “Kenapa kau nak marah-marah ni? Kita bukan ada apa-apa pun.” Aku tersenyum sinis. Hatiku terhiris untuk mengucap kata-kata sebegitu. Hakikatnya setiap hari aku merindui Jae Joong. Kami dekat tetapi jauh. Ada jurang yang memisahkan kami. Jae Joong mengepal buku lima. Entah kenapa dia rasa sakit hati dengar kata-kata Nana. Dia hanya melihat sahaja Nana berlalu ke depan.
            “Minumlah.” Aku meletakkan dulang atas meja. Telefon bimbitku berbunyi.
            “Hello, yup.. Okay..see u then.” Aku memutuskan panggilan.
            “Kenapa Na?” Julie memandangku.
            Secret.” Aku tersengih lebar. Yang lain-lain buat muka tak puas hati.
***
Aku memasukkan beberapa helai pakaian dalam beg. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku masuk ke dalam bilik Jae Joong dan menanggalkan rantai pertunanganku. Aku meletakkan rantai berkenaan di atas night stand.
            “Mian Jae..Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan kau sebenarnya. Mungkin ini yang terbaik untuk kita.” Aku berbisik kepada diri sendiri. Aku tak mahu memaksa Jae Joong kerana aku tak mahu dia atau aku tercedera. Aku tersenyum sendiri sebelum keluar. Mercedes benz mcr slaren milik Sunny kini bergerak laju atas jalan. Aku menarik nafas dalam. Mari mula berkerja!
-
-
Aku menggosok kepalaku. Sakit akibat terhantuk di pintu masih terasa. Junsu ni memang nak kena sekeh. Aku masuk ke dalam bilik dan baring. Sakit kepala makin menjadi-jadi. Selepas menelan pain killer, aku terlena sendiri. 2 jam kemudian aku terbangun akibat bunyi deringan telefon. Aku terasa sesuatu di atas night stand. Aku bangun dan mengambil benda tersebut. Rantai kepunyaan Nana di tanganku. Aku terkedu. Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiranku. Aku melompat turun dari katil tanpa menghiraukan deringan telefon dan masuk ke dalam bilik Nana. Kosong. Aku turun ke bawah dan melihat kereta Sunny tiada di tempatnya. Aku cuba pula mendail nombor Nana namun tak berangkat. Nana…di mana kau desis hatiku.
***
Aku masih melihat matahari terbenam. Cantik sehingga aku tak sedar sudah berapa lama aku duduk di sini.
            “Jadi cik macam mana?” Datang pengurus tempat berkenaan.
            “Saya suka tempat ni. Saya akan ambil. Tarikh yang saya cakap tu tempat ni free kan?” Aku memandang pengurus berkenaan. Dia mengangguk sebelum beredar. Aku kembali menghayati pemandangan di luar. Pemandangan laut sememangnya mendamaikan hati. Aku mendail nombor sunny.
            “Sun. Aku dah dapat tempat untuk majlis resepsi kau. Lawa gila. Kalau kau lapang esok kau datang tengok. Nanti aku text alamat.” Aku tersenyum.
            “Gila kau ni. Okay esok kalau aku lapang aku datang.” Sunny memutuskan panggilan. Aku menghantar alamat kepada Sunny dan kemudiannya terus menikmati pandangan di depanku.
-
-
Jae memandang alamat di tangannya. Dia memandang sekeliling bangunan. Dengan penuh keazaman, dia melangkah masuk. Jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam.
            “Saya cari Park Nana.” Jae Joong memandang receptionist di kaunter.
            “Kalau petang tadi dia ada di restoran bawah sekarang saya tak pasti tapi kalau encik..” Belum sempat gadis berkenaan habis berkata-kata, Jae Joong terus menuju ke restoran bawah seperti yang di katakan receptionist berkenaan. Selepas hampir 10 minit mencari, Jae Joong akhirnya jumpa restoran berkenaan. Dia menolak pintu restoran berkenaan perlahan-lahan dan sekujur tubuh sedang berdiri menghadap pemandangan laut menyapa pemandangan. Perlahan-lahan dia mendekati.
            “Nana…” Nana berpaling ke arah belakang. Dia kelihatan tenang.
            “Aku…aku..” Aish..apasal aku tergagap ni? Jae Joong memarahi dirinya sendiri.
            “Aku minta maaf. Aku tak tahu kau dah banyak berusaha untuk ingat semua benda lalu demi aku. Aku patut bagi kau peluang kan? Aku tak patut buat keputusan melulu.” Nana menghampiriku dan memelukku. Terima kasih Yoochun. Kalau bukan Yoochun buka cerita dan memarahi diriku tentu sampai sekarang aku tak tahu setiap hari Jae Joong kena dengar kisah cinta kami berulang kali desis hati Nana. Apabila Nana berada dalam pelukanku, aku terasa lengkap. Seperti dia memang memiliki diriku. Sama ada aku Jae Joong sekarang atau dahulu aku akan berusaha bahagiakan Nana.
***
Kami semua duduk mengelilingi unggun api. Kecoh jadinya apabila yang lain-lain datang siang tadi untuk lihat tempat majlis resepsi Sunny. Aku gembira Sunny sukakan tempat ni. Angin pantai menyapa kami. Aku menggosok tanganku kerana sejuk. Jae Joong memelukku. Aku tersenyum lebar. Sama ada dia Jae Joong dahulu atau sekarang, dia tetap Jae Joong dan dia tetap lelaki yang aku cintai!
            “Jadi…Bila korang nak kahwin?” Lyn memandangku dan Jae Joong. Aku menunjukkan ke arah Jae Joong tanda suruh tanya kepada dia bukan kepada aku.
            “Mungkin selepas hari perkahwinan Yoochun.” Jawapan Jae Joong membuatkanku benar-benar gembira.
            “Baiklah kau kahwin sekali dengan si Yoochun ni.” Junsu menyindir. Jae Joong memandangku.
            “Apasal?” Aku buat muka pelik.
            “Kita kahwin sekali dengan Yoochun nak?” Jae Joong memandangku.
            “Tak nak…..Sebab aku ada impian sendiri untuk majlis perkahwinan kita.” Aku tersenyum nipis.
            “Aku dah penat ni. Goodnight guys.” Sunny bangun di ikuti Yoochun.
            “Yoochun!” Aku bersuara. Yoochun memandangku.
            “Jangan buat-buat silap masuk bilik pulak…kekeke..” Kami semua ketawa serentak. Muka Yoochun dan Sunny sudah merah padam.

1 under spell:

Anonymous said...

hahahahahaaa... so sweet!!! ske2... nk lgi cik snow...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review