Friday, November 26, 2010

My Gangster Lover 21

Posted by Snow_Queen at 9:13 PM
Max menendang pintu gudang cleaf. Kami semua memegang erat senjata di tangan.
            Welcome TVXQ! Aku dah lama menantikan peluang untuk bertemu kalian semua.” Suara Henry kedengaran namun kelibat lelaki bedebah itu tak kelihatan.
            “Mana kawan-kawan kami?” Yoochun bersuara.
           
            “Yoochun kau dah semakin maskulin sekarang hehehehe. Buangkan semua senjata korang jauh-jauh.”
            My Ass!” Yoochun mendengus. Kami semua campak pistol di tangan atas lantai. Tiba-tiba lampu terbuka satu-persatu di bahagian kiri dan kanan. Aku dan Yoochun menalakan pistol kami arah kiri manakala Max dan Julie sebelah kanan. Di dinding kiri kelihatan Yunho, Sunny dan Junsu terikat. Di dinding sebelah kiri pula kelihatan Jae Joong, Ann dan Lyn. Muka mereka semua tertunduk.
            “Jae…” Aku berlari ke arah Jae Joong namun pergerakanku terhenti apabila tembakan di lepaskan.
            My..My..jangan gelojoh sangat. Serahkan barang yang aku nak dan kesemua kawan-kawan kau akan di lepaskan.” Suara Henry kedengaran lagi.
            “Yoochun-ah..” Suara Sunny kedengaran lemah. Baru aku perasan muka mereka semua calar balar dan ada yang lebam dan kesan darah yang telah kering.
            Henry! Tunjukkan diri kau. Aku takkan lepaskan kau hidup-hidup keluar dari tempat ni!” Aku menjerit.
            “Kalau aku mati, kawan-kawan dan boyfriend kesayangan kau pun akan mati. Nampak tong besi di atas kepala mereka?” Aku memandang ke atas.
            “Dalam tu ada air panas yang menggelegak. Sebaik sahaja aku tekan butang, air panas tu akan di lepaskan. Fikir 2 kali sayang…” Aku mendengus marah. Tiba-tiba lampu di bahagian depanku terbuka.
            “Letakkan geran cheongdam atas papan di depan kau. Di depan kau ada dokumen yang menyatakan kau menjual cheongdam kepada aku. Dan aku akan lepaskan mereka semua dalam sekelip mata.
            “Max.” Aku memanggil Max tanpa memandang dia.
            “Na..”
            “Max! bagi aku geran tu.” Aku menadahkan tanganku. Max meletakkan geran di atas tanganku. Aku melangkah ke hadapan dan meletakkan geran berkenaan atas papan dan menandatangani dokumen yang menyatakan aku menjual cheongdam kepada Henry. Sebaik sahaja aku selesai menandatangani dokumen berkenaan, papan berkenaan automatic naik ke atas. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara Henry ketawa.
            “Tunaikan janji kau Henry!” Aku menjerit.
            “Sayang…Kau memang bodoh. Aku takkan lepaskan korang semua hidup-hidup.” Henry ketawa lagi. Serentak dengan itu, pintu gudang tertutup.
            “A’a’ah…Jangan bergerak Nana. Kalau kau bergerak walau seinci pun penutup air panas tu akan terbuka dan jatuh atas kawan-kawan kau.” Aku memandang ke bawah, tile yang aku pijak rupa-rupanya merupakan perangkap Henry.
            Adios darling.” Dan kedengaran bunyi tapak kaki berlalu.
            “Arghhhhh!!!!” Aku menjerit sekuat hatiku.
-
-
Yoochun, Max dan Julie menyedarkan kawan-kawan mereka.
            “Yoochun…” Sunny memandang kekasih hatinya.
            “Sabar. Kitaorang akan lepaskan korang.” Yoochun mencuba beberapa trick untuk membuka handcuff di tangan Sunny.
            Damn this handcuff. Benda ni tak dapat dibuka..” Julie mendesis.
            Nana: Ko…Korang..*sniff sniff.
            Max: Bertahan Na..
            Chun: Kami tahu kau boleh buat!
            Nana: bu..bukan tu masalahnya..*sniff sniff
            Julie: Habis tu?! *nada bengang
            Nana: U..Ular…de..depan aku…
Max mendekati Nana dengan penuh berhati-hati. Dia tergamam apabila melihat 2 ekor ular tedung sedang berdiri di depan Nana dengan kepala mengembang.
            “Ak..Aku fobia..” Suara Nana seperti orang menangis. Nana dapat rasakan seluruh tubuhnya menggigil.
            “Kau jangan bergerak. Tutup mata kau. Fikir benda lain.” Max menenangkan Nana.
            “M..Max..Ular tu..Dekat ekor di..dia ad..ada se..su..atu.” Max bergerak dengan penuh berhati-hati. Aku akan pastikan Henry terima balasan! Desis hati Max. Max perlahan-lahan mendekati Yoochun dan Julie yang sedang berusaha melepaskan rakan-rakan mereka.
            “Kunci handcuff ni di jaga oleh ular. Macam mana kita nak tarik perhatian binatang tu?” Mulut Yoochun dan Julie ternganga.
            Damn that ba****d!” Julie menyumpah.
            “Nyawa kita semua memang bergantung dekat Nana. Kehadiran ular tu menyulitkan lagi keadaan. Kita tak boleh buat sebarang bunyi juga.
            “G..guys…” Nada suara Nana seolah-olah berbisik. Yoochun dan Max mendekati. Mereka melihat 2 ekor ular berkenaan sudah tenang. Masalahnya sekarang macam mana nak dapatkan kunci tu?
            “Yoochun.” Max berbisik. Yoochun mengangguk. Pelan Max berisiko tinggi namun mereka perlu mencuba. Max dan Yoochun mencari papan dan dengan sepantas kilat, serentak mereka menindih kepala 2 ekor ular berkenaan sebelum menyuntik kedua-dua ekor reptilia berkenaan dengan ubat pelali.
            “Kau pergi!” Yoochun memijak ke dua-dua papan berkenaan dan Max mengambil kunci sebelum berlari untuk membuka handcuff kawan-kawannya satu-satu persatu.
            “Aku dah menyusahkan korang.” Jae Joong berkata sebaik sahaja Max membuka handcuff  jejaka itu.
            “Aishh..Kau ni siapa?” Jae Joong menyepak belakang kepala Max.
            “Hahaha..Sekarang aku yakin kau adalah Jae.”
            “Errr hello! Korang dah lupa ke kami dekat sini?” Yoochun bersuara.
            “Nana..bertahan!” Yoochun memberi kata-kata semangat.
            “Pintu ni tak boleh bukak.” Yunho menendang pintu berkenaan.
            “Tangga! Ikut tangga dekat depan aku ni!” Kesemua mereka menuju ke tempat Yoochun.
            “Aku naik dulu.” Max memanjat tangga di depannya. Dia kemudiannya menolong menarik kawan-kawannya satu-persatu. Di bawah sekarang hanya tinggal Yoochun dan Nana.
            “Yoochun kau naik dulu!” Yunho bersuara. Yoochun memandang Nana. Nana mengangguk. Selepas Yoochun separuh jalan, dia memandang Nana.
            “Nana, aku kata 1, 2, 3 kau cepat lompat okay?” Yoochun memandang Nana. Aku mengangguk.
            “1, 2, 3, Sekarang!” Dan aku terus melompat. Yoochun menarikku dan apabila sampai di atas, aku terduduk dan aku membenamkan kepalaku ke lutut. Aku menahan bunyi tangisanku. Rasa takut dan sebagainya bercampur-baur. Bunyi air panas kedengaran melimpahi ruang bawah.
-
-
Aku terasa ada seseorang yang memelukku. Bau ni…Bau Jae Joong. Aku mengangkat muka dan Jae Joong sedang tersenyum memandangku. Aku memeluk Jae Joong.
            “Syyh….Semuanya dah berakhir.” Jae Joong memujuk Nana.
            “Belum. Semuanya belum berakhir. Kita kena buru Henry.” Yunho mengepal penumbuk.
            “Lyn dan yang lain-lain, korang bawa Nana balik dulu. Kami pergi cari Henry!” Yunho memberi arahan.
            “Balik. Kali ni kau mesti balik.” Aku memandang Jae Joong. Jae Joong mengangguk.
***
            “Dia masih dalam keadaan trauma tapi takkan bagi kesan apa-apa. Sekarang biar dia berehat je.” Doctor Lee memandang Lyn dan yang lain-lain. Sunny and the geng menarik nafas lega. Mau lemah jantung Lyn tadi bila dalam kereta tiba-tiba je Nana pengsan dan hidung minah tu berdarah.
            “Saya rasa kamu semua pun perlu rawat luka masing-masing.” Doctor Lee menguntumkan senyuman.
            “Boleh kami di rawat di sini sahaja?” Ann bertanya. Doctor Lee mengangguk.
            “Nanti saya suruh nurse cucikan luka kamu semua.” Dan doctor perempuan berkenaan berlalu pergi.
-
-
Bunyi tembak menembak kedengaran di kawasan pelabuhan. Jae Joong berlindung di sebalik kontena untuk mengelakkan diri daripada di tembak.
            “Mana bantuan ni?” Max mendengus sendiri. Dia melepaskan tembakan demi tembakan ke arah orang suruhan Henry. Bunyi bot menarik perhatian TVXQ. Yunho dan Junsu berlari ke arah jeti. Kelihatan Henry melambaikan tangan dengan bangga. Yunho dan Junsu melepaskan tembakan namun tersasar.
            Damn!” Junsu menumbuk peti kontena di sebelahnya. Junsu memicit dahinya. Namun kesemua itu hanya sekejap sahaja apabila bunyi helicopter di udara berbunyi. Bunyi siren di darat kedengaran tak lama kemudian. Junsu memandang Yunho sebelum saling berpelukan. Bantuan dah sampai!
-
-
TVXQ memandang sinis ke arah Henry. Jae Joong menayangkan geran tanah dan dokumen jualan. Sebelum dia mengoyak dokumen berkenaan dan buang ke dalam laut. Henry meludah ke tanah. Bengang!
            “Mari kita anjurkan parti!” Junsu menjerit. Yang lain-lain ketawa.
            “Jae, kau ni betul ke Jae?” Yoochun memandang ke arah Jae Joong.
            “Maaf korang. Aku hanya ingat separuh sahaja apabila aku tak sedarkan diri tadi. Mungkin sebahagian memori aku yang lain akan kembali sendiri perlahan-lahan.” Yunho menyepak belakang kepala Jae Joong.
            “Yah! Itu untuk apa?” Jae Joong merenung Yunho.
          “Sebab kau memandai pergi jumpa orang suruhan collide sorang-sorang. Sebab kau buatkan Nana menderita.” Jae Joong mendengus perlahan.
            “Aku dengan Nana rapat ke?” Jae Joong memandang teman-temannya.
            “Apa maksud kau?” Max memandang Jae Joong tajam.
            “Aku hanya ingat yang aku selamatkan dia malam dia larikan diri dari rumah. Tu je.” Jae Joong mengaku dengan penuh jujur.
            My god! Nana akan bunuh kau.” Junsu menggeleng perlahan.
            “Apa pun mari kita balik dulu. Yang lain-lain mesti dah tunggu kita.” Yunho mengajak. Nana…Kali ni kau kena sabar banyak-banyak desis hati Yunho.

1 under spell:

Anonymous said...

caye laa cik snow!!!
syg kamu!!

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review