Sunday, November 21, 2010

My Gangster Lover 20

Posted by Snow_Queen at 2:37 PM
Aku menumbuk dinding apabila melihat pejabat Jae Joong yang bersepah. Aku segera menuju ke peti besi dan benar telahanku bahawa geran tanah Cheongdam telah hilang. Aku ketawa dengan kebodohan diriku. Dia bukan Jae Joong. Dari awal lagi perangai dia lain macam dan aku telah di kawal oleh perasaanku sendiri. Apa yang aku nak bagitahu yang lain-lain?
-
-
“Kami tak salahkan kau cuma tak sangka mereka akan gunakan taktik kotor macam ni.” Yunho mendengus kasar.
            “Aku yang terlalu bodoh! Aku janji aku akan ambil balik geran tu tak kira dengan cara apa pun. Kalau kena gadaikan nyawa pun aku sanggup!” Aku mengepal penumbuk.
            “Kami akan tolong kau. Kemungkinan mereka sedang mengatur strategi sekarang. Kita pun akan aturkan strategi.” Max bangun dan mendail nombor seseorang.
Geng Collide, seteru lama TVXQ! Kita akan berjumpa lagi. Namun kali ini pertumpahan darah bakal berlaku! Nana bangun menuju ke dapur.
            “Kau rasa Hero tu Jae Joong?” Yoochun memandang Yunho dan Junsu.
            “Ada kemungkinan. Aku akan suruh orang siasat benda ni. Mereka sebenarnya dari awal dah beri kita peluang untuk menang. Geng bodoh yang tak pernah belajar kesilapan sendiri!” Yunho tersenyum sinis sambil mendail nombor orangnya.
-
-
“Kalau kau nak balik geran ni…Kau datang sini jumpa kitaorang. Kita boleh berbincang. Lagi pun kau takkan hendak biarkan teman lelaki kesayangan kau kena bunuh kan?” Nana menggetap bibir. Dia kenal suara tu. Suara Henry, ketua Collide yang mengganggu hidupnya kebelakangan ini untuk mendapatkan cheongdam.
            “Apa maksud kau?! Kau ingat aku akan jatuh dalam tipu helah kau?” Aku mendengus.
            “Aku bagi tahu yang betul sahaja. 2 bulan lalu, aku ekori dia ke cheongdam. Apabila dia kena tembak dan di humbankan ke sungai, aku yang selamatkan dia. Nasib menyebelahi aku apabila dia hilang ingatan. Aku bagi dia identity baru. Kehidupan baru. Aku jadikan dia orang kanan aku. Sekarang…Keputusan di tangan kau..Kalau kau nak datang…Lusa, datang ke west cleaf pukul 10 malam tepat. Orang-orang aku akan jemput kau. Datang seorang diri!” Dan panggilan di putuskan. Aku menggetap bibir. Hatiku berperang antara satu sama lain.
***
“Kenapa nak tunggu sampai lusa? Malam ni kita boleh berseronok.” Max tersenyum sinis.
            “Apa maksud kau?” Yunho memandang Max.
            “Western Cleaf akan buat party malam ni dan banyak tetamu penting mereka akan datang. Kita boleh gunakan peluang ni untuk pecah masuk rumah atau pejabat dorang. Kita ada 9 orang jadi kita akan buat 2 kumpulan. Satu kumpulan akan pergi ke rumah si ass*h*l* tu dan satu kumpulan akan pergi ke pejabat mereka. Aku dah ada pelan.” Max masuk ke dalam pejabat Jae Joong dan keluar semula selepas lima minit.
            “Ini pelan rumah Henry dan ini pelan pejabat pula.” Max membentangkan kedua-dua pelan.
            “Max kau memang bijak!” Junsu menepuk bahu Max.
            “Aku, Nana, Julie dan Max satu kumpulan akan pergi ke rumah manakala yang lain ke pejabat Henry.” Yoochun memandang semua orang. Masing-masing mengangguk tanda faham.
            “Kita ada masa selama 3 jam untuk cari balik geran tu. Tapi kawalan di kedua-dua kawasan mesti ketat jadi korang mesti hati-hati. Sebarang kesilapan terus cabut. Lebih baik kita bersiap sekarang.” Yunho memberi arahan. Kami semua menuju ke bilik senjata.
Yunho mengagih-agihkan senjata sesama kami. Selepas itu kami semua menikmati makan tengah hari bersama.
-
-
“Kalau..Aku kata kalau..Kalau Hero tu adalah Jae Joong macam mana?” Sunny memandangku.
            “Dia memang Jae joong. Dia hilang ingatan. Itu yang Henry bagi tahu.” Aku mengeluh.
            “Kalau dia tipu macam mana?” Julie bersuara.
            “Kalau dia bukan Jae pun aku tak kisah. Aku hanya nak tahu kebenaran. Tak salah mencuba kan?” Aku tersenyum tawar. Sunny and the gang memelukku seolah-olah memberi semangat.
-
-
            “Ingat rancangan kita! Sebarang kesilapan boleh membawa padah. Korang semua dah pakai jaket kulit yang aku bagi?” Yoochun memandang kesemua kawan-kawannya sebelum bertolak. Selapas mereka semua berjabat tangan, kami masing-masing bertolak menuju ke destinasi. Alat komunikasi di aktifkan.
            “Nana…Kau okay?” Yoochun memandangku. Aku mengangguk perlahan. semangatku berkobar-kobar.
            “Geng yang menyebabkan Jae Joong hilang tu…Kami dah uruskan mereka.”
            “Aku dah lama tak berlawan. Berdebar-debar pula.” Aku ketawa hambar. Aku tak mahu topic Jae Joong mengganggu fikiranku. Yoochun hanya tersenyum dan menekan pedal minyak.
***
Shit! Memang tepat jangkaan kau Max. Kawalan dekat sini ketat gila. Kami akan bergerak dalam kumpulan yang lebih kecil.” Suara Junsu kedengaran. Julie memberi isyarat untuk masuk apabila line di belakang rumah Henry clear. Anjing-anjing yang di gunakan untuk berburu sudah di tembak dengan ubat pelali.
            “Kita pun akan berpecah. Aku dan Nana. Max kau dengan Julie check kawasan bawah. Aku dan Nana akan check kawasan atas.” Yoochun memberi arahan.
            “Stop! Kita kena deactivate cctv dulu.” Aku menunjukkan ke arah cctv yang berada tidak jauh dari kami.
            “Itu aku akan uruskan. Kau dan Yoochun gerak dulu.” Max menarik tangan Julie. Aku dan Yoochun terus bergerak masuk melalui pintu belakang.
            “Mereka mungkin dah agak kita akan menyerang malam ni.” Aku berbisik pada Yoochun. Di pintu belakang, terdapat 3 orang pengawal sedang berjaga. Aku melaraskan sniper rifle yang sudah di ubah suai ke arah pengawal-pengawal berkenaan.
            “Well permainan ni tak menyeronokkan kalau tak gunakan sesuatu yang merbahaya.” Aku mengeluarkan sesuatu dari poket.
            “Kau biar betul?” Mata Yoochun bulat memandangku.
            “Shut up Yoochun!” Aku mendengus. Selepas aku mengisi racun ke dalam ubat pelali, aku melepaskan tembakan ke arah 3 pengawal di depanku dengan pantas.
            “Kau betul-betul bengang huh?” Yoochun ketawa sinis.
            “Tau tak apa. Kami akan masuk!” Aku bersuara.
            “cctv akan di kawal oleh Julie. Korang boleh proceed.” Suara Max kedengaran. Aku dan Yoochun segera masuk ke dalam rumah Henry.
-
-
“Kau okay ke sorang-sorang dekat sini?” Max memandang Julie.
            “Kau jangan pandang rendah dekat aku Max. Aku akan kawal di sini supaya korang boleh tahu musuh menghampiri atau tak. Kau pergi jelah!” Julie menolak Max keluar dari bilik kawalan cctv. Dia meletakkan satu kunci khas dari dalam supaya tiada orang yang boleh buka dari luar.
            “Good luck guys.” Julie berbisik perlahan.
-
-
“Junsu belakang kau!” Ann memberi amaran dari bilik kawalan cctv. Dia melihat bahagian lain pula apabila Junsu berjaya mengelakkan diri.
            “Yunho, 344TYU99.” Ann memberitahu password kepada Yunho.
            “Sunny, musuh berada berhampiran. Kau boleh masuk ke dalam bilik di sebelah kiri kau.” Dan beberapa arahan dari Ann lagi.
-
-
“Boleh tak kalau aku bom je peti keselamatan ni?” Aku memandang Yoochun dengan nada bengang.
            “Kalau kau nak mati awal silalah. Biar aku pula cuba.” Yoochun menolak Nana ke tepi. Nana memeluk tubuhnya.
-
-
“Kalau korang tak nak mati awal lebih bagi tahu aku mana geran tanah cheongdam!” Max memandang ketiga-tiga orang suruhan Henry yang berjaya di tangkapnya.
            “Bang!” Max melepaskan tembakan. Dia memandang ke arah 2 orang lagi.
            “Aku tanya sekali sahaja. Tak jawab, korang akan terima nasib macam member korang ni.” Max menalakan muncung pistol ke arah lelaki ke dua pula.
            “Aku tak tahu.”
            “Too Bad!” Max melepaskan tembakan.
            “Kau…” Max menalakan pistol ke kepala lelaki yang terakhir.
            “Kami hanya orang…” Max terus melepaskan tembakan tanpa membuang masa.
Dia kemudiannya berlalu menuju ke bilik lain.
***
“Aku dah dapat geran tu!” Suara Max kedengaran.
            “Yes!” Nana dan Yoochun saling high 5. Setelah memastikan Nana, yoochun dan Max selamat keluar dari rumah Henry, barulah Julie mengikut langkah mereka.
            “Mana kau jumpa?” Yoochun memandang Max dari cermin pandang belakang.
            “Dalam tangki air.”
            “Aku risau.” Julie bersuara tiba-tiba.
            “Kenapa?” Serentak aku, Max dan Yoochun bersuara.
            “Dari tadi aku tak dengar suara team B.” Dan tiba-tiba telefon bimbit Nana berbunyi.
            “Good job! Kau memang berani ambil risiko. Sayang, kalau kau tak nak kawan-kawan dan boyfriend kesayangan kau mati awal lebih baik kau pulangkan balik geran tu.” Suara Henry kedengaran.
            “Don’t you dare to touch them you f****ng a**h***!” Nada suara Nana bergetar menahan amarah.
            “Cleaf warehouse.” Dan talian terus terputus.
            “Kenapa?” Yoochun bertanya.
            “Mereka yang lain kena tangkap. Cleaf warehouse. Itu yang Henry cakap.”
            “Kita dapatkan back up.” Max mengeluarkan telefon bimbitnya. Yoochun memulaskan stering dan kedengaran bunyi tayar bergesel dengan jalan. Destinasi mereka kini adalah Cleaf warehouse.

5 under spell:

Anonymous said...

haaaaaaa, suspen2!!! nk lagi cik senow!!

MaY_LiN said...

o-o..
trap la pulak

cactaceous opuntia said...

oh man...dngerous...tp best...yea...

miszhana said...

i luv ur sory vry much.. sbung la g.. i tgu..

Nina Aziz said...

snow, nk lgi!!!!huhuuh
tpi kn npe xnaik update snow...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review