Sunday, November 21, 2010

My Gangster Lover 19

Posted by Snow_Queen at 2:27 PM
Entah apa yang merasukku untuk ke mari. Aku masuk ke dalam pejabat Jae Joong. Aku duduk di atas kerusi kerja milik Jae Joong. Jaket yang Jae Joong gunakan pada malam dia melamar aku masih ada di kerusi. Aku mengambil dan memeluk erat jaket berkenaan. Bau minyak wangi Jae Joong masih ada. Aku menarik nafas dalam. Aku memejam mata. Aku ingin rasa kehadiran Jae Joong di sini.
            “Jae….” Bisikku lembut.
-
-
Seorang lelaki memandang ke arah kiri dan kanan. Dia seolah-olah terdengar bisikan seseorang.
            “Hero!” Hero berpaling ke arah belakang.
            “Malam ni macam biasa. Boss suruh kita pergi pantau kawasan 10.” Hero menunjukkan thumb up. Sudah 2 bulan dia di sini. Dia gembira di sini. Dia di layan dengan baik oleh semua orang. Walaupun dia hilang ingatan namun tak pula dia ingin cari siapa dirinya yang sebenar. Dia tiada keinginan itu. Boss kata dia dahulu merupakan orang kanannya dan di geruni dan dia mempercayai benda itu. Tapi ada sesuatu yang menggangu lenanya setiap hari. Setiap malam dia akan bermimpikan seorang gadis namun wajah gadis itu kabur. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui siapa perempuan itu!
***
“Kau nak mati?!” Aku menalakan muncung pistol ke kepala seorang lelaki yang sedang melutut.
            “Tak ada sesiapa yang boleh buat kacau di sini. Kau tahu red code di sini.” Aku menyepak muka lelaki berkenaan.
            “Tolong! Saya ada anak dan bini untuk di sara.” Lelaki berkenaan mula menangis.
            “Jijik! Kau sara anak bini kau dengan duit kotor! Kau jual dadah dan sebagainya kau ingat hidup kau akan tenang?!” Aku menjerkah dan melepaskan tembakan. Lelaki berkenaan menggigil sampai terkencing.
            “Kak ipar!” Orang kananku bersuara. Aku mendengus.
            “Kalau aku jumpa kau lagi aku mahu kau cari kerja yang halal. Sekarang pergi sebelum aku bunuh kau!” Aku menjerkah dan lelaki berkenaan mencicit melarikan diri.
            “Mari pergi!” Aku keluar dari kawasan gudang.
            “Hubungi polis! Aku nak kawasan sini bebas daripada aktiviti jijik ni.” Aku memandang orang kananku sebelum aku masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Orang-orangku tunduk hormat tanda mengerti.
-
-
“Jae Joong…Susahnya buat semua ni. Susahnya aku nak survive demi kau. Aku janji aku akan pertahankan kesemua benda milik kita. Macam mana kau boleh buat semua ni” Aku memecut laju menuju ke red dragon.
Aku membaca beberapa dokumen sebelum pintu bilikku di ketuk.
            “Nak makan sekali?” Wajah Max kelihatan di muka pintu.
            “Aku ada banyak benda yang nak kena uruskan.” Aku hanya tersenyum tawar.
            “Kau berusaha keras kebelakangan ni. Kau patut berehat. Kami ada untuk tolong kau.” Max tersenyum nipis memandangku.
            “Korang pun sibuk jaga kawasan lain. Aku tak nak bebankan korang dengan kerja yang bertimbun-timbun. Si Yoochun tu tak lama lagi nak kahwin dan korang bertiga pula nak bertunang. Makin sibuk korang nanti.” Aku mengeluh kecil.
            Oh come on…Jom makan!” Max menarik tanganku keluar dari pejabat. Aku menggeleng perlahan dengan telatah Max.
-
-
“Aku dengar kau berjaya tumpaskan pengedar dadah di kawasan west emerald?” Yunho memandangku.
          “Sekarang mereka dah berani nak masuk kawasan kita semua sebab Jae Joong dah tak ada. Aku pening betul.” Aku mendakap tubuhku.
            “Dulu mereka takutkan Jae Joong. Mereka ambil ringan dengan kebolehan kau.” Junsu memandangku.
            “Aku akan pastikan kawasan kita seperti dulu. Aku tak nak ada sebarang aktiviti jijik pun berlaku dalam kawasan jagaan Jae.” Aku memandang ke arah lain.
            “Benda tu tetap akan wujud. Macam cendawan. Lepas kau hapuskan sorang, yang lain akan tumbuh.” Max memandangku.
            “Sekurang-kurangnya aku dah berusaha. Aku tak nak semua usaha Jae jadi sia-sia.” Aku tersenyum nipis. Apabila pesanan kami sampai, aku mula makan tanpa memperdulikan yang lain.
***
Aku masukkan bola dalam net. Aku tersenyum nipis. Kalau dulu selalu lawan dengan Jae. Ingatanku segera terbang kepada Jae. Pihak polis masih gagal jumpa mayat Jae. Adakah kemungkinan Jae masih hidup? Aku tersenyum hambar dengan idea gilaku. Aku baling bola keranjang ke arah sebuah papan yang memang sedia wujud di situ untuk buat lepas kemarahanku. Marah kerana Jae Joong meninggalkan aku.
            “Bising!” Kedengaran satu suara. Aku terkaku. Suara Jae? Mana mungkin. Aku mesti tengah berkhayal.
            Miss..Kau patut perihatin dengan orang yang tengah tidur.” Seorang lelaki muncul di depanku.
            “Jae…” Aku memegang pipi lelaki di depanku. Dia menepis tanganku.
            “Dan sekarang tiba-tiba kau panggil aku dengan nama Jae. Nama aku Hero!” Dia tersenyum sinis. Aku mula menangis. Senyumannya mati tiba-tiba.
            “Kau tinggalkan aku selama 2 bulan dan sekarang kau berpura-pura kita ni orang asing? Cakap jelah kau tak cintakan aku lagi. Kan senang! Buat apa kau melamar aku kalau macam tu? Aku buat semua benda untuk kau tapi kau…Kau tinggalkan aku macam tu je.” Aku terduduk mencangkung dan menangis.
-
-
Entah mengapa hati aku sakit apabila melihat tangisan perempuan di depanku. Tanpa aku sedari, aku melutut di depan dia dan aku peluk dia. Dia menangis di dadaku. Aku suka apabila dia dalam pelukan aku. Perasaan apakah ini? Oh shut up Hero! Kau kena focus dengan misi kau. Dia dah ada dalam genggaman kau sekarang.
            I’m sorry. Aku bergurau je tadi.” Aku menuturkan kata-kata itu padanya. Aku tahu sejarah dan cerita gadis ni. Jae Joong, lelaki yang mukanya iras denganku dan aku ambil kesempatan ini untuk mendekati Nana.
            “Kenapa? Kenapa kau hilang macam tu je?” Nana memandangku tajam.
            “Aku ada kerja yang tak dapat nak di elakkan. Aku cuba nak hubungi korang tapi tak dapat.” Aku mengusap rambut Nana. Hatiku berdebar-debar.
            “Aku akan telefon yang lain-lain untuk bagitahu yang kau dah pulang.” Nana bangun tiba-tiba dan apabila dia hendak mendail nombor seseorang, aku terus mengucup bibir Nana. Lama.
            “Jae..” Nana merenggangkan jarak kami.
            “Aku nak bagi kejutan dekat dorang so boleh tak kau jangan call dorang?” Aku memberi alasan. Jantung aku sudah hendak terkeluar dari dada. Perasaan apa yang sedang menyelebungi diriku. Kepalaku sakit tiba-tiba.
            “Jae..Kau okay?” Nana memegang bahuku.
            “Aku sakit kepala.”
            “Mari kita balik. Muka kau pucat!” Nana memapahku masuk dalam kereta. Sayangnya aku akan kecewakan kau nanti.
***
Aku hanya tersenyum mendengar cerita Nana. Daripada ceritanya, aku tahu dia menanggung penderitaan yang tak terkira dalamnya dengan kehilangan Jae. Dalam 1 hari sahaja perasaanku menjadi kucar-kacir. Misi yang sudah di rancang sekian lama tak boleh gagal hanya kerana perempuan ni! Desis hatiku. Kami mengakhiri makan malam dan Nana membawaku duduk di balkoni. Kami berdua baring di atas kerusi malas dan Nana memelukku erat.
            “Aku masih simpan rantai pertunangan ni. Aku tak pernah tanggalkan walau sekali pun. Dan sekarang aku amat-amat gembira sebab kau dah kembali. Jae…Jangan tinggalkan aku lagi.” Aku hanya tersenyum tawar apabila mendengar kata-kata Nana. Beberapa minit kemudian, aku terdengar dengkuran halus. Nana dah tidur dan perasaanku untuk memiliki gadis ini semakin kuat!
-
-
Usai meletakkan Nana dalam bilik, aku segera masuk ke dalam pejabat Jae Joong. Aku mencari geran tanah cheongdam. Hampir semalaman aku mencari geran tanah berkenaan. Aku menahan nafas apabila terlanggar pasu bunga di atas meja. Aku menjadi pelik apabila pasu berkenaan langsung tak bergerak. Aku memulas padu berkenaan dan satu lukisan besar di dinding terbuka. Aku memasukkan nombor kod dan senyuman sinis terukir di bibir apabila geran berkenaan berada di dalam sebuah sampul. Dengan penuh hati-hati, aku menyelinap keluar dari kediaman Jae Joong. Misiku sudah berjaya di laksanankan tanpa mengambil masa yang panjang. Kawasan West cleaf akan jadi milikku seperti yang di janjikan big boss.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review