Sunday, November 21, 2010

My Gangster Lover 18

Posted by Snow_Queen at 2:25 PM
Jam berlalu dengan begitu perlahan. Aku berdiri dan jalan berulang-alik. Entah kenapa Jae Joong masih belum pulang. Aku mengambil telefon dan hanya mendengus apabila panggilanku masuk ke dalam voice mail. Sebelum sempat aku menelefon Yunho, bunyi loceng rumah kedengaran. Aku terus berlari dan membuka pintu.
            “Yah! Aku baru nak telefon korang, mana Jae Joong?” Aku mencari kelibat Jae Joong di antara empat kawannya. Yunho memegang bahuku.
            “Nana..Kau kena tabah okay…” Yunho merenung mataku. Dalam.
            “Ke..Kenapa? Permainan apa pulak ni?” Aku ketawa namun boleh aku rasakan ketawaku itu ketawa yang di buat-buat.
           “Jae..Dia dah tak ada dengan kita lagi Na.” Kata-kata Yunho seolah-olah merentap separuh semangatku pergi.
            “Tipu..Kau orang tipu kan? Kalau dia dah mati mana buktinya? Mana mayatnya?” Aku merenung mereka satu persatu.
            “Pihak polis sedang menjalankan siasatan.” Yoochun memandangku. Aku berundur ke belakang sedikit demi sedikit.
            “Na..” Yoochun cuba untuk mendekati namun aku menolak dia.
            “Jae!!!! Kenapa!!!” Aku menjerit sekuat hatiku dan jatuh terduduk. Baru semalam dia melamarku dan harini dia sudah meninggalkanku begitu sahaja. Yoochun memelukku erat. Aku menangis sepuas-puasnya di dada Yoochun.
***
“Macam mana…” Aku tak sanggup nak meneruskan ayatku.
            “Kebelakangan ni ada beberapa group yang buat kacau hendakkan tanah di cheongdam namun Jae Joong berkeras tidak mahu menjualkan tanah tu. Tanah tu merupakan lubuk emas untuk menjalankan perniagaan haram sebab permintaan yang tinggi. Malam tadi, dia menerima panggilan di red dragon daripada seseorang dan melarang kami daripada ikut dia. Dia hanya berpesan jika dia tak balik sebelum tengah hari esok pergi cari dia di cheongdam. Dan…Kami pergi cari dia sebelum tengah hari di sana. Kami hanya jumpa kereta dia dalam keadaan terbabas di sungai.” Aku memeluk Yoochun.
            “Dia..Aku baru jumpa dia semalam. Baru semalam kami bergelak ketawa..Baru semalam..Yoochun…” Aku menangis lagi. Yoochun memujukku sehingga aku terlena sendiri.
-
-
“Macam mana?” Junsu memandang Yoochun yang baru turun.
            “Dia baru sahaja tidur. Ada apa-apa perkembangan?” Yoochun duduk menghadap teman-temannya.
            “Pihak polis dah mengesahkan kewujudan darah Jae Joong di kawasan kejadian. Usaha mencari mayat dia masih di jalankan.” Max memberitahu.
            Damn! Aku patut tahu yang ada dalang di sebalik semua ni. Aku akan pastikan mereka bayar balik penderitaan Nana dan kematian Jae Joong!” Yunho mengepal penumbuk. Yang lain-lain senyap. Jarang sekali Yunho marah.
            “Aku akan minta Julie dan yang lain-lain temankan Nana.” Junsu mengeluarkan telefon bimbitnya.
            “Aku akan hantar orang-orang aku supaya berkawal di sini.” Max mengeluarkan telefon bimbitnya.
            “Yunho, ikut aku sekejap!” Yoochun bangun dan menuju ke arah balkoni. Yunho mengikut dari belakang.
            “Jae Joong ada tinggalkan sesuatu. Dia pesan jika ada sesuatu yang berlaku pada dia, aku boleh buka dokumen tu. Adakah kita patut buka sekarang?” Yoochun memandang Yunho.
            “Aku rasa kita tunggu sehingga Nana betul-betul okay dulu baru kita buka dokumen tu sama-sama. Aku tak nak tambahkan penderitaan dia.” Yunho mengeluh perlahan. Yoochun membuang pandang ke arah langit.
***
“Na…makan sikit. Dah seminggu kau tak makan apa-apa.” Sunny memujuk Nana yang terbaring tak bermaya di atas katil.
            “Jae..Aku nak Jae..” Hanya itu yang di gumam Nana sebelum dia menangis teresak-esak. Sunny mengepal penumbuk. Sapa yang tak sakit hati tengok keadaan Nana.
            “Nana..Kau kena kuat. Kalau ingat Jae gembira ke kalau dia tengok keadaan kau macam ni?!” Julie meninggikan suaranya. Esakan Nana semakin tinggi. Ann menepuk bahu Julie. Julie terus keluar dari bilik dan mendapatkan Junsu yang baru tiba. Dia menangis di dada Junsu. Junsu mengusap rambut Julie. Menyuruh Julie bertahan dan bersabar. Yoochun naik atas dan mendapatkan Nana yang sedang termenung di pinggir katil.
            “Dia dah makan?” Yoochun bertanya Sunny. Sunny menggelengkan kepala. Yoochun menyuruh Sunny keluar dahulu.
            “Na…”
            “Macam mana?” Nana menggoncangkan tangan Yoochun. Yoochun menggelengkan kepala.
            “Aku nak bersendirian.” Nana baring dan menutup matanya. Yoochun mengeluh perlahan. Dia keluar meninggalkan Nana. Nana membuka matanya kembali. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Jae Joong.
            “Aku sedang sibuk sekarang. Aku akan hubungi kau balik nanti.” Suara Jae Joong kedengaran.
            “Sibuk?! Apa yang kau sibukkan?! Kau tak pernah telefon aku balik selama seminggu kau hilang! Jae..Aku rindukan kau. Macam mana ni?...” Dan selepas itu Nana memutuskan panggilan.
-
-
“Jae…baliklah…aku rindukan kau. Kenapa kau tinggalkan aku macam ni….”
-
-
“Jae..Kau sihat? Jae..Kenapa kau tak pernah call aku balik? Kau marahkan aku ke?”
-
-
“Jae…Aku dah makan. Aku dah mula makan untuk kau. Kau tahu hari ni dah masuk dua bulan kau tak balik. Aku dah makan banyak demi tunggu kau balik…Tapi kenapa kau tak balik?!”
-
-
“Jae…Aku dah letih…letih sangat! Demi kau, aku terpaksa berpura-pura tabah untuk berdepan dengan mereka. Aku tahu mereka sakit hati pasal aku. Jae..saranghae…”
-
-
“Jae..Aku akan tetap tunggu kau balik! Kau akan balik kan? Janji? Kalau kau balik aku janji aku akan jadi suri rumah sepenuh masa…aku akan selalu tunggu kau balik…aku dan anak-anak kita..”
-
-
“Happy birthday to me…Harini hari jadi aku..Dan aku sambut seorang diri..”
-
-
Aku memejam mata. Angin pagi menyapa lembut mukaku. Aku menyiram bunga di taman. Semenjak Jae pergi, aku langsung tak keluar dari rumah. Rumah Jae adalah duniaku. Aku sudah semakin tenang…aku relakan pemergian Jae namun dia tetap hidup dalam hati aku. Bunyi pintu pagar menarik perhatian. Aku melihat kelibat Yoochun dan Yunho.
            “Hai baby…” Yoochun memelukku. Aku hanya tersenyum manis.
            “Dah makan?” Yunho mengusap kepalaku. Aku mengangguk.
            “Kami ada benda nak cakap dengan kau. Mari kita masuk dalam rumah.” Yoochun memaut bahuku dan membawa aku masuk ke dalam rumah.
            “Ada apa?” Aku memandang Yoochun dan Yunho pelik.
            “Kami nak kau tengok sesuatu.” Yoochun mengeluarkan dokumen dari sampul coklat. Aku mula meneliti dokumen berkenaan satu-persatu.
            “Jae bodoh!” Aku menjerit.
            “Kenapa?” Yoochun dan Yunho memandangku. Aku memberikan dokumen berkenaan pada mereka. Aku berdiri menghadap pintu balkoni.
            “Kesemua harta milik Kim Jae Joong akan menjadi milik Park Nana jika ada sesuatu yang berlaku.” Yunho menggumam sendiri.
            “Jadi apa yang kau nak buat?” Yoochun bertanya.
            “Aku tak tahu..Aku..” Percakapanku terputus apabila telefon bimbit Yunho berbunyi.
            “Ada apa Junsu?”
            “Kau buat dulu apa yang patut. Aku dan Yoochun akan sampai sekejap lagi!” Yunho memandang Yoochun.
            “Na..Kitaorang pergi dulu. Sorry. Sekejap lagi Sunny dan yang lain-lain akan sampai.” Yoochun dan Yunho memelukku sebelum beredar.
***
“Dia tinggalkan semua hartanya pada aku.” Aku berkata sambil memejam mata.
            “Dia betul-betul sayangkan kau.” Julie bersuara.
            “Kalau dia betul-betul sayangkan aku, dia takkan tinggalkan aku. Apa makna semua harta ni?” Aku ketawa sinis.
            “Na..Kau kena move on. Aku tak suruh kau lupakan Jae tapi kau kena keluar dari rumah ni dan lihat dunia semula! Ni sampai kolej pun kau berhenti…” Lyn menggeleng kesal.
“Aku tak tahu…” Aku bangun dan naik atas meninggalkan rakan-rakanku.

2 under spell:

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaaa.... sdey giler... nk tgkp leleh air mata daa ni cik snow.. cpt laaa kasi jae hdup blik...

apple_pie said...

sedeyyyyyyy.......... T.T

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review