Saturday, November 20, 2010

My Gangster Lover 17

Posted by Snow_Queen at 10:16 PM
Aku membuka mata dan wajah Jae Joong menyapa pandangan.
            Hey love…” Jae Joong tersenyum nipis.
            “Dah pukul berapa?” Jae Joong menunjukkan jamnya dan mataku segera terbuka luas.
            “Kenapa tak kejut. Nak masak makan malam lagi.” Aku bangun namun Jae Joong memegang pergelangan tanganku.
            “Harini kita makan kat luar. Pergi bersiap okay.” Aku tersenyum dan segera berlari naik atas. Di atas katil terdapat beg kertas dan ada note yang di lekatkan sekali.
Pakai baju ni okay =)-Jae
Aku segera melihat isi kandungan beg berkenaan. Eh ni baju yang aku shopping dengan sunny and the gang 3 bulan lepas. Aku sendiri pun hampir terlupa dengan kewujudan baju ni. Usai mandi, aku segera berdandan dan selepas itu aku mendapatkan Jae Joong yang kelihatan kacak dengan tux berwarna hitam. Jae Joong menghulurkan tangannya padaku dan aku menyambut.
            “Kita nak pergi mana?” Aku bertanya namun Jae Joong hanya tersenyum.
            “Kita nak pergi mana Jae?” Aku ulang soalanku sekali lagi. Manalah tahu Jae Joong tak dengar ke.
            “Rahsia!” Dia mengenyitkan mata padaku dan kembali focus di jalan. Aku buat muka dan perjalanan kami hanya di temani radio selepas itu.
***
“Kita dah sampai!” Jae Joong keluar dan kemudian membuka pintu kereta untukku. Aku keluar dan memandang Jae Joong pelik.
            “Kita nak buat apa dekat pantai?” Aku memandang Jae Joong pelik namun dia hanya menarik tanganku. Kami berjalan selama 10 minit dan kakiku terhenti. Senyuman mula terukir di bibir.
            “Jae..” Aku memandang Jae Joong yang menarik kerusi untukku.
            Candle light dinner kat tepi pantai..Aku tak pernah terfikir.” Aku memeluk Jae Joong sebelum duduk. Dia kemudiannya duduk berhadapan denganku. Makanan sudah siap sedia di hidang.
            “Bila kau rancang semua ni?” Aku memandang Jae Joong.
            “Dah lama tapi sebab kau sibuk terpaksalah aku tangguh.” Kata-kata Jae Joong membuatkanku terasa bersalah.
            “Jangan rasa serba-salah. Aku yang nak buat semua ni untuk kau.” Jae Joong menggengam erat tanganku. Kami mula makan sambil berbual. Bunyi muzik mengiringi makan malam kami. Usai makan, Jae Joong bangun tiba-tiba dan menghampiriku.
            May I have this dance?” Dia menghulurkan tangannya. Aku dengan gembira menyambut huluran tangannya. Kami berdua menari, merenung mata antara satu sama lain sehinggalah lagu tamat. Masuk lagu seterusnya, Jae Joong tiba-tiba melutut di hadapanku. Aku tergamam.
            Will you marry me?” Aku melihat Jae Joong dan rantai di dalam bekas berulang kali. 

Muka Jae Joong pula sudah lain macam bila aku tidak memberikan reaksi.
            I do!” Jae Joong terus bangun dan memelukku sebelum dia memakaikan rantai pertunangan ke leherku.
            “OMG! Aku dah bertunang.” Aku ketawa kecil. Jae Joong terus mengucupku tanpa amaran.
***
Aku mendengus perlahan apabila bunyi loceng rumah berbunyi banyak kali. Aku terus bangun dan turun ke bawah. Sebaik sahaja aku buka pintu, Sunny and the gang meluru masuk.
            “Kau dah bertunang kan? Mana cincin? Aku nak tengok!” Sunny sibuk membelek tanganku. Aku hanya tergelak kecil.
            “Korang datang rumah aku pagi-pagi ni sebab benda ni je?” Sunny and the gang buat muka.
            “Yelah! Dahlah kita tak bertemu selama 3 bulan. Kau ni kejam lah..” Julie buat muka. Aku tergelak lagi.
            “Tak ada pun cincin…” Ann buat muka.
            Of course tak ada silly. Dia bagi aku rantai!” Aku mengeluarkan rantaiku.
            “Wa…bentuk meteor pulak tu. Bila lagi si Yunho nak melamar aku.” Lyn buat muka.
            “Alah..kau suruh la kompem dia melamar.” Aku dan yang lain-lain ketawa.
            “Apa kes aku suruh. Aku nak dia sendiri melamar aku.” Lyn mencubit lenganku.
            “Jae mana?” Sunny memandang 1 rumah.
            “Mana ada…Dia terus keluar sebaik sahaja hantar aku balik. Dia cakap ada urusan dekat red dragon. Eh masuk ah bersembang depan pintu buat apa.” Aku menarik mereka ke ruang tamu.
            “Aku pergi mandi jap. Korang buat ah macam rumah sendiri.” Aku naik ke atas untuk membersihkan diri. Setengah jam kemudian apabila aku turun, sunny and the gang tengah minum kopi.
            “Eh mana korang dapat air?” Aku mengerutkan kening.
            “Kau kata buat macam rumah sendiri ni kitaorang buat macam rumah sendiri la ni.” Mereka berempat tersengih memandangku. Aku menggelengkan kepala.
            So..Bila korang nak kahwin?” Soalan Sunny yang tiba-tiba membuatkanku terkejut.
            “Ermm..Kitaorang pun tak bincang lagi pasal ni. Nantilah.” Aku menghirup air kepunyaan Ann.
            “Oiii air aku. Nak minum buat la sendiri.” Ann memandangku tak puas hati. Aku hanya mengangkat kening double jerk. Yang lain-lain ketawakan Ann.

2 under spell:

MaY_LiN said...

oho..
mesti ade masalah pas ni..
nak lagi..
hikhikhik

sakura said...

ala x mau la ada masalah...
nak nana n jae kawin cepat2

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review