Saturday, November 20, 2010

My Gangster lover 16

Posted by Snow_Queen at 10:14 PM
Guys, sarapan dulu!” Aku memanggil TVXQ yang sedang berbincang di ruang tamu. Max terus sahaja bangun dan berlari ke meja makan.
            “Max ni pinggan kau.” Aku menunjukkan mangkuk yang mempunyai banyak nasi.
            “Tak aci! Kenapa pulaMax dapat nasi banyak?” Junsu buat muka.
            “Ini yang di katakan murah rezeki hehehe.” Kata Max sambil mengunyah makanan.
            “Sebab dia tak pernah kenyang hehehe.” Aku tersengih sendiri. Yang lain-lain segera mengambil tempat mereka di meja makan. Aku duduk di sebelah Jae Joong.
            “Nana…Masakan kau makin superb. Aish rindunya zaman kau selalu buat bekal untuk aku.” Yoochun tersenyum nipis.
            “Yah! Kenapa kau buat bekal untuk dia?” Jae Joong memandangku.
            “Sebab aku kenal dia dulu daripada kau dan dia dulu sekolej dengan aku.” Aku tersenyum nipis.
            “Lain kali buat bekal untuk aku jugak!” Jae Joong memandangku.
            “Aish..arasso..arasso.” Aku menggelengkan kepala perlahan dengan telatah Jae Joong.
            “Kau tak kerja ke hari ni?” Yunho memandangku.
            “Aku dah berhenti kerja.” Jae Joong terus terbatuk apabila mendengar kata-kataku. Aku menghulurkan dia air.
            “Kau berhenti? Kenapa?” Jae Joong memandangku.
            “Sebab kalau aku berkerja masa kita bersama semakin menjadi zero. Aku tak nak benda tu berlaku. Jadi mulai harini kau kenalah support hidup aku balik ye.” Aku ketawa perlahan.
           “Dulu orang cakap jangan kerja tak nak dengar.” Jae Joong menarik telingaku. Aku menepis tangan Jae Joong.
            “Yelah..Dulu kan sebab bengang dengan si Elle tu.” Aku buat muka.
            “Bwoh? Elle? Kaki kikis tu datang balik?” Serentak Max, Yoochun, Junsu dan Yunho menjerit.
            “Yup, alah tak penting pun minah tu. Biarkan sahaja dia.” Jae Joong buat muka. Yoochun memandang Nana tanpa yang lain sedari.
-
-
“Na..Boleh aku cakap dengan kau sikit?” Aku memandang Yoochun yang muncul tiba-tiba.
            Sure! Kejap aku bilas pinggan terakhir ni.” Aku basuh pinggan terkahir dan mengelap tangan.
            “Apa dia?” Aku memandang muka Yoochun yang kelihatan agak serius.
            “Boleh kita bercakap kat tempat lain?” Aku mengangguk. Yoochun menarik tanganku ke balkoni di ruang tamu. Sebelum itu sempat aku tuang kopi untuk kami berdua.
            “Mana yang lain-lain?” Aku menghulurkan cawan kepada Yoochun.
            “Mereka ada dalam pejabat Jae.” Yoochun pusing badannya menghadap taman di hadapan kami.
            “Kenapa ni?” Aku memandang Yoochun yang tenang menghirup kopi.
            “Dulu aku tak berpeluang nak cakap macam ni dengan kau. Kau betul-betul pasti Jae Joong adalah untuk kau?” Aku mengerutkan kening mendengar soalan Yoochun.
            “Kenapa? Takkan kau tak yakin dengan kawan sendiri.” Aku menghirup kopiku pula.
            “Kadang-kadang aku rasa menyesal sebab kita berkenalan. Aku tahu..amat-amat tahu yang kalau kau dekat dengan aku hidup kau dalam bahaya.” Aku menepuk bahu Yoochun sambil tersenyum.
            “Tapi aku tak pernah menyesal. Sebab kalau aku tak jumpa dan berkenalan dengan kau mesti sekarang aku dah gila sebab tak ada orang sudi rapat dan dengar masalah aku. Kau abang yang terbaik untuk aku.” Yoochun tersenyum nipis.
            “Bila kau dah jadi Jae’s girl bermakna hidup kau selalu di intai bahaya. Musuh kami berada di mana-mana. Mencari kelemahan kami. In fact, setiap hari aku risaukan keselamatan kau dan Sunny.” Yoochun mengeluh perlahan.
            “Geezz Yoochun! Kau nak buat aku menangis ke apa ni? Benda-benda ni semua buat aku dah lali. Lagi pun sekarang aku dah tahu seni mempertahankan diri.” Aku mengelap mataku yang dah terasa berair.
            “Yah! Jangan menangis sebab kau nampak macam badut waktu menangis.” Yoochun tertawa kecil. Aku turut sama ketawa.
            “Kalau Jae buli kau, kau boleh datang rumah aku.” Aku tunjukkan thumb up tanda setuju.
            “Yoochun, kami perlukan kau.” Max muncul tiba-tiba. Aku dan Yoochun serentak berpaling ke arah Max.
            “Ingat pesanan aku!” Yoochun memelukku sebelum beredar. Aku hanya tersenyum dan meletakkan cawan kopi di atas meja kopi. Aku kemudian berbaring atas kerusi malas dan berfikir tentang kehidupanku dari dulu sehingga sekarang. Dengan cuaca yang redup, membuatkan mataku segera mengalah dan akhirnya aku lena sambil di selimuti angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review