Saturday, November 20, 2010

My Gangster Lover 15

Posted by Snow_Queen at 10:13 PM
“Kita dah sampai!” Nana tersenyum bangga sambil memandangku.
            “Kita nak buat apa dekat sini?” Aku memandang sekeliling. Angin malam atas bukit sememangnya mendamaikan.
            “Kalau aku bersedih, aku selalu datang sini. Ha! Ini rahsia kita berdua sahaja.” Nana mengeyitkan mata. Aku menghampiri Nana dan memeluk dia erat.
            “Aku langsung tak layak untuk gadis sebaik kau!” Nana meletakkan kepalanya di dadaku.
            I love you soo much Kim Jae Joong! Jangan sekali-kali lupa.” Senyuman terukir apabila aku mendengar kata-kata Nana.
            I love you to! Oh! Apa benda yang kau nak cakap dekat aku tadi?” Aku merenggangkan pelukan kami.
            “Aku dapat kerja. Aku akan buat kerja part time mulai esok.” Aku memandang Nana.
            “Kenapa? Tak cukup ke apa yang aku bagi kau selama ni?” Aku dapat rasakan kemarahan mulai menyelubungi diri.
            “Jangan marah Oppa! Aku nak buktikan pada Elle yang aku cintakan kau bukan duit kau. Aku nak semua orang tahu yang Nana cintakan Kim Jae Joong setulus hati.” Nana tersenyum sambil menggengam tanganku. Kemarahan yang menyelubungi diriku serta-merta hilang.
            “Kau dah tahu pasal Elle?” Nana mengangguk.
            “Kau tak payah peduli dengan apa yang dia cakap. Aku bagi kesemuanya pada kau dengan rela hati.” Aku tersenyum nipis.
            Yeah I know tapi…aku tetap nak buktikan pada perempuan gedik tu yang aku bukan macam yang dia fikirkan.”
            “Aku suka cara kau tadi.” Aku mengukir senyuman sinis.
            “Huh? Cara apa?” Nana menggaru kepalanya.
            “Cara kau warning Elle supaya jangan mendekati aku.”
            Well, dia patut belajar jangan mencerobohi harta orang lain. hehehe.” Nana ketawa galak namun ketawanya mati tiba-tiba.
            “La…ni apahal muka muram pula?” Dia memegang pipiku dengan kedua-dua belah tangannya.
            “Kalau kau berkerja, masa kita bersama akan berkurang!” Aku buat muka.
            “Aku janji sesibuk mana pun aku tetap akan cari masa kita untuk bersama.” Nana tersenyum nipis. Aku memeluk Nana erat. Takkan sesekali aku lepaskan gadis ini dariku. Dia adalah nyawaku!
***
Sudah tiga bulan aku berkerja di sweet café dan selama itu juga aku jarang luangkan masa dengan Jae Joong. Rasa bersalah selalu menghimpit diriku kerana tak dapat nak penuhi janjiku kepadanya yang aku akan curi-curi masa untuk menghabiskan masa bersama. Aku dah tidur dia baru balik. Aku bangun awal pagi, dia pula sedang tidur. Nak jumpa Sunny and the gang apatah lagi. Kadang-kadang aku rasa nak give up. Patutkan aku give up? Urghhh…
***
Bunyi deringan telefon bimbit membuatkanku menjadi panas baran tiba-tiba. Sudahlah semalam aku balik lewat sebab pelanggan ramai. Penat masih terasa.
            “Yah Kim Jae Joong! Angkat telefon tu!” Aku menjerit namun mata masih tak terbuka. Bunyi telefon masih kedengaran dan aku terasa ada pergerakan di sebelahku.
            “Buk!” Aku membuka mata dan bangun.
            “Hahahaha….” Aku spontan tergelak apabila melihat Jae Joong terjatuh dari katil. Dia mengusutkan rambutnya dan melihatku dengan pandangan geram.
            “Hahaha..OMG perut aku…” Aku menekan perutku yang tegang.
            “Dah puas gelak?!” Aku memandang muka Jae Joong yang kini sedang tersenyum sinis.
            “Eh..mana gelak..kau berhalusinasi je tu..he..he” Aku bergerak sedikit demi sedikit untuk turun dari katil. Belum sempat aku turun, Jae Joong lebih pantas naik atas katil dan menggeletek pinggangku.
            “Yah..hahah..stop…stop..” Aku menepis tangan Jae Joong namun itu langsung tak memberikan kesan pada dia.
            “Oppa…” Aku buat suara nada kesian baru dia berhenti. Posisi kami, dia berada di atas aku berada di bawah.
            I miss you like crazy. Dah berapa lama kita tak bergelak ketawa macam ni? dah berapa lama aku tak peluk kau? Dah berapa lama kita tak makan bersama?” Aku renung mata Jae Joong. Dia memelukku.
           “Aku minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan janji aku. I miss you to.” Tanpa aku sedari air mataku mengalir.
            “Pabo..Kenapa menangis. Aku faham keadaan kau. Dah! Kau nampak macam badut bila memangis.” Jae Joong tersengih. Aku menampar bahu Jae Joong perlahan. Bunyi loceng rumah menarik perhatian kami.
            “Aish siapa yang rajin sangat datang melawat pagi-pagi buta ni?” Jae Joong bangun dan menarikku bangun. Dia sempat mengucupku sebelum turun. Aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
***
You’re dead man!” Aku berkata apabila melihat tetamu yang datang.
            “Aku tak buat apa-apa pun!” Junsu memandang kawan-kawannya yang lain.
            “Hahaha..bad luck!” Max menepuk bahu Junsu sebelum berlalu masuk ke dalam rumah Jae Joong diikuti oleh Yunho dan Yoochun.
            “Aish asyik aku je yang kena.” Junsu buat muka dan masuk ke dalam rumah.
            “Ada apa?” Aku memandang teman-temannya.
            “Kau lupa kita ada urusan hari ni? Kita kena uruskan mamat tu sebelum dia bertindak.” Yunho memandang Jae Joong yang sedang berdiri.
            “Siapa yang datang?” Aku memandang ke arah Nana yang baru turun.
            “Nana!” keempat-empat kawanku menjerit serentak. Nana berlari dan memeluk kawan-kawanku.
            “Yoochun oppa!” Nana memeluk Yoochun erat.
            “Dah lama kita tak jumpa. Kau sihat?” Yoochun menilik Nana.
            “Sihat! Cuma letih sikit. Sunny and the geng sihat?” Nana terenyum nipis.
            “Dorang sihat cuma selalu merungut nak jumpa kau.” Yoochun tersenyum nipis.
            “Ehem…Boyfriend kau dekat sini oii.” Nana memandang ke arah Jae Joong.
            “Geezz..dengan kawan sendiri pun nak jealous. Aku pergi siapkan sarapan. Korang duduk dulu.” Nana terus berlalu ke dapur. Sempat lagi Jae Joong menarik Nana dan mengucup buah hatinya.
            “Euww…kalau nak lovey-dovey pergi cari bilik lah.” Junsu mentutup matanya.
            “Dia girlfriend aku. Suka hati akulah.” Aku menjelirkan lidah ke arah Junsu.
Aku duduk dan mula berbincang dengan rakan-rakanku apabila Yunho mengeluarkan beberapa dokumen.

2 under spell:

MaY_LiN said...

amboi..
daring nya oppa..
nak lg.. hikhikhik

sakura said...

best2...
n3 ni memang best

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review