Friday, November 19, 2010

My Gangster Lover 14

Posted by Snow_Queen at 3:45 PM
Aku balik dulu. Ada hal sikit. Sorry!-Na
Sunny membaca mesej dari Nana.
            “Kenapa dengan dia tu?” Ann memandang kawan-kawannya.
            “Mungkin dia ada hal dengan kolej dia kot.” Julie cuba menyedapkan hati kawan-kawannya.
***
Buat masa sekarang, aku benar-benar ingin bersendirian. Entah kenapa kata-kata Elle membuatkanku bengang. Aku cintakan Jae bukan sebab harta dia tapi sebab dia adalah Jae. Urghh whatever! Aku akan buktikan kata-kata Elle tu tak benar tapi macam mana? Desis hatiku. Aku berhenti di depan Sweet café. Kebetulan perutku sudah berbunyi.
            “Selamat datang ke sweet!” Sapa pelayang di depan pintu café berkenaan. Aku hany tersenyum nipis. Selepas memesan pesanan, aku duduk termenung memikirkan bagaimana hendak menidakkan kata-kata Elle.
            “Jauh cik termenung. Makanan kami tak sedap ke?” Sapa seorang pelayan.
            “Uh?” Aku memandang pelayan berkenaan dengan muka blur.
            “Cik dah duduk termenung dekat sini selama 2 jam. Kopi pun dah sejuk.” Dia menegur. Aku mengusap mukaku dan mengeluh. Entah bila masa pesananku sampai pun aku tak tahu. Telefon bimbitku berbunyi. Aku lihat nama Jae Joong tertera di skrin. Terus aku off handphone.
            “Biar saya gantikan kopi cik!” Pelayan berkenaan mengambil kopiku dan 2 minit kemudian dia datang membawa kopi baru. Aku menghirup kopi berkenaan.
            Aish that kid! Mana boleh dia tinggalkan café kita macam ni sahaja? Siapa yang nak buat kek kalau macam tu?” Aku melihat seorang lelaki berambut panjang sedang marah. Beberapa orang yang berada di sekelilingnya hanya menundukkan pandangan.
            “Kau berkasar sangat dengan dia. Mana tak lari budak tu!” Seorang gadis tiba-tiba menyampuk. Lelaki tadi memandang tajam gadis yang menyampuk tadi.
            “Apa tak betul aku cakap?” Gadis tadi tersenyum sinis.
            “Saya akan segera iklankan jawatan kosong.” Jawab salah seorang pelayan di depan lelaki berkenaan. Tanpa berfikir panjang, aku terus menghampiri kaunter.
            “Saya boleh bakar cake. Sila ambil saya berkerja!” Semua orang di situ memandangku.
            “Apa kelulusan kau? Kami café bertaraf antarabangsa jadi kami takkan ambil chef sebarangan!” Lelaki berkenaan memandangku dengan pandangan angkuh.
            “Saya mungkin tak ada pengalaman dalam bidang berkaitan tapi sila beri saya peluang. Kalau masakan saya teruk saya akan pergi tapi kalau sebaliknya sila ambil saya berkerja.” Kata dengan yakin.
***
Aku menjadi gemuruh apabila pengurus café berkenaan dan head chef memerhatikan kerja-kerjaku. Aish…aku ni dahlah tak boleh buat kerja kalau orang asyik tengok sahaja. Sebaik sahaja aku memasukkan adunan ke dalam oven, pengurus café dan head chef keluar dari dapur. Aku menarik nafas lega.
            Setelah siap kesemuanya, aku membawa keluar hasil air tanganku ke depan dan aku letakkan kesemua kek yang aku buat di hadapan pengurus café yang asyik membaca majalah.
            “Ehemmm..” Aku berdehem apabila pengurus berkenaan buat tak tahu dengan kehadiranku. Sebaik sahaja aku berdehem, pengurus café berkenaan menutup majalah dan merenung setiap hasil buatanku. Begitu juga dengan head chef


Mereka berdua mula makan cake yang aku buat satu-persatu.
            “Kau tahu..sekarang harga buah dah naik jadi jangan membazir!” Terus pengurus bangun dan masuk ke dalam pejabatnya.
            “Huh?” Aku mengerutkan dahi.
            “Itu bermakna kau dah dapat kerja ni. Esok kau boleh mula!” Head chef tersenyum nipis. Tanpa membuang masa, aku terus berlari keluar dari café berkenaan.
***
“Jae…” Aku memeluk Jae Joong dari belakang. Dia langsung tak mengendahkan kehadiranku. Masih lagi memandang ke arah luar. Aku memusingkan badan Jae supaya menghadapku. Mak oiii..dinginnya muka desis hati. Aku terus mengucup bibir Jae Joong.
            “Okay…kau dah tak marah kan?” Aku memandang muka Jae Joong yang terkejut.
            “Aish..Apasal aku asyik kalah dengan kau je ni?” Aku hanya tersengih. Dia melingkarkan kedua-dua belah tanganya di pinggangku manakala aku melingkarkan kedua-dua belah tanganku di lehernya.
            “Mestilah. Aku kan cinta hati kau.” Aku kenyit mata. Jae Joong ketawa.
            “Jae..aku ada benda nak cakap dengan kau tapi kau jangan kecil hati atau marah tau?” Aku memandang muka Jae.
            “Okay.”
            “Janji?!”
            “Janji.”
            “Jae sebenarnya…” Belum sempat aku hendak bercerita dari hati ke hati pintu pejabat Jae Joong di buka.
            Honey!” Muka Jae Joong terus berubah menjadi dingin apabila melihat tetamu yang tak di undang.
            “Kau nak apa?” Jae Joong memeluk tubuhnya.
            “Aku nak bercakap dengan Jae Joong secara private!” Elle memandangku.
            “Okay! Anggap jelah aku tak wujud dekat bilik ni.” Aku terus berlalu duduk di kerusi kerja Jae Joong.
            Gosh..P.R.I.V.A.T.E. Kau tak faham ke apa yang aku cakap?” Elle merenungku tajam.
            “Tak!” Aku buat muka.
            Honey…” Baru sahaja lima langkah berjalan, langkah Elle terhenti apabila pisau betul-betul terpacak di depan kaki dia.
            “Kalau kau masih nak tengok matahari esok pagi baik kau jangan dekat. Cakap jelah dari tempat kau berdiri tadi. Jae bukan pekak pun!” Aku tersenyum sinis.
            “Aku tak ada apa-apa lagi yang nak di cakapkan. Sila keluar sebelum aku panggil security!” Nada suara Jae Joong sudah berubah menjadi semakin dingin.
            “Korang akan menyesal!” Elle terus berlalu keluar dari pejabat Jae Joong.
            “Jae..Kau okay?” Aku bangun dan mendekati Jae Joong. Dia hanya tersenyum hambar.
            “Aish tak boleh jadi ni.” Aku terus menarik tangan Jae Joong keluar dari pejabat.
            “Nak pergi mana?!” Jae Joong memandangku.
            “Adalah!” Aku mengenyitkan mata pada dia. Jae Joong hanya tersenyum nipis.

3 under spell:

cactaceous opuntia said...

uuu...nak lg...xsgke da 14 episod...i really wonder npe update xnaik....

MaY_LiN said...

nak g mn tuh..
nak itoooot

sakura said...

x suka la elle 2...
jgn bagi dia kacau nana n jae
x suka x suka nak elle mati

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review