Friday, November 19, 2010

My gangster Lover 13

Posted by Snow_Queen at 3:41 PM
Babe…” Aku tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Jae Joong.
            “Yup. Kenapa?” Sunny, Lyn, Julie dan Ann sudah tersenyum mengejek.
            I miss you.” Aku ketawa mendengar kata-kata Jae Joong.
            “Kita baru berpisah untuk 2 jam 15 minit Mr. Kim Jae Joong.” Aku dengar dia tergelak kecil.
            “Aish..Kita kahwin nak?” Sudah. Dia dah mula perangai pelik dia tu.
            “Tak nak.” Aku ketawa.
            “Yah! Sampai hati..” Aku sudah boleh bayang bagaimana muka Jae Joong sekarang. Sunny tiba-tiba merampas telefon bimbitku.
            “Mr Jae, Kami sekarang tengah berseronok. Kami akan hantar Nana balik pada kau malam nanti. Bye!” Dan Sunny memutuskan panggilan. Aku tunjuk thumb up pada Sunny.
***
“Oh…Banyaknya baju lawa-lawa.” Ann sudah mula rambang mata. Aku hanya duduk sahaja sambil memerhatikan kawan-kawanku memilih baju.
            “Na..Kau tak nak beli apa-apa ke? Masa nilah kau nak kikis duit Jae.” Ann memandangku.
            “Dia bukan macam kau. Hantu shopping. Padanlah si Max tu sampai buat satu kad kredit khas untuk kau daripada dia teman kau shopping.” Lyn menempelak Ann. Ann buat muka. Aku hanya tergelak memandang gelagat mereka.
            “Na, Mari sini.” Julie memanggilku. Aku menghampiri. Dia meletakkan beberapa pasang baju di tanganku.
            “Eh? Nak buat apa ni?” Aku memandang Julie.
            “Nak suruh kau tenung. Duh! Mestilah nak suruh kau pakai. Cepat pergi cuba!” Julie menolakku masuk ke dalam fitting room. Aku hanya mengeluh perlahan.
Selepas mencuba beberapa baju dan aksesori, akhirnya Julie tersengih lebar apabila melihat pakaian yang ku cuba untuk kali ke 10.

            Perfect! Kita ambil yang ni.” Julie memandang Sunny dan yang lain-lain. Mereka juga tersenyum lebar.
***
“Lyn!” Lyn berpaling ke arah belakang. Mukanya terus berubah sebaik sahaja melihat kelibat seorang gadis yang menegur.
            “Hai korang! Sihat?” Gadis berkenaan tersenyum lebar.
            “Ermmm..” Itu sahaja yang keluar dari mulut Lyn. Aku hanya memerhatikan sahaja. Lebih baik aku jangan masuk campur.
            “Siapa ni?” Gadis berkenaan memandangku.
            “Nana.” Aku tersenyum nipis.
            “Lebih tepat lagi isteri Jae Joong!” Sunny tersenyum bangga sambil melingkarkan tangannya di bahuku. Muka gadis di depanku terus berubah apabila mendengar kata-kata Sunny.
            Excuse us. Kami kena pergi sekarang.” Ann tersenyum nipis sebelum memberi isyarat untuk beredar.
            “Siapa tu?” Aku bertanya apabila kami semua melepak di starbuck.
            “Musuh lama je.” Sunny buat muka. Dia paling malas nak ungkit kisah lalu.
            “Kenapa korang macam anti dengan dia?” Aku bertanya lagi. Perasaan ingin tahu membuak-buak.
            “Sebab dia memang layak untuk di benci. Dahlah tak payah cakap pasal dia. Mari kita bincangkan pasal picnic untuk weekend ni.” Lyn menukar topic.
            “Dia ada kaitan dengan Jae ke?” Entah kenapa itu yang keluar dari mulutku. Sunny dan yang lain-lain mengeluh serentak.
            “ Elle, Ex Jae. Dorang baru berpisah 3 bulan yang lalu. Perempuan tu curang dan tidur dengan lelaki lain. Lebih teruk lagi lelaki tu merupakan musuh TVXQ.” Julie akhirnya membuka cerita.
            What? Buta ke perempuan tu? Jae gila punya sweet dia boleh curang?” Aku mengerutkan kening.
            “Entah! Aku pun tak tahu apa yang dia nak lagi. Jae layan dia macam princess tau. Tapi entahlah…” Lyn menggeleng perlahan.
            “Kau tak jealous ke Na?” Ann memandangku.
            “Aku nak jealous buat apa? Bukan boleh kenyang pun. Kalau jealous tu boleh bertukar jadi duit hari-hari aku nak jealous.” Ketawa kami berlima bergabung menjadi satu.
            “Aku nak pergi tandas sekejap.” Aku terus beredar.
***
Jae’s girl?” Aku hanya memandang tuan punya suara melalui cermin.
            “Yup.” Aku buka paip dan basuh tangan.
            “Taste Jae dah semakin low kah?” Elle berkenaan tergelak sinis.
            “Sekurang-kurangnya aku setia!” Aku tersenyum sinis. Terus muka Elle berubah.
            “Kau jangan yakin sangat. Kalau aku nak, aku boleh dapatkan Jae dalam sekelip mata. Aku yakin Jae masih cintakan aku. Dia hanya mempergunakan kau sebab dia sunyi.” Elle mempamerkan muka riak.
            Oh really? Ada aku peduli?” Aku masih mengekalkan riak muka tenang.
            “Kau dan aku. Kita serupa sahaja. Kau dekat dengan Jae sebab kau nak duit dia sahaja kan? Perempuan semua serupa sahaja.”
            I’m sorry. Malangnya aku bukan kejar duit Jae tapi aku cintakan Jae sebab dia adalah Jae.” Aku menutup paip dan sebelum sempat aku beredar Elle menyambung kata-katanya.
            “Kalau macam tu, adakah kau langsung tak guna duit Jae? Kereta? Adakah semua yang kau pakai harini adalah dari hasil titik peluh kau?” Kata-kata Elle membuatkanku tergamam. Elle tersenyum sinis apabila aku terus berlalu tanpa menjawab soalannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review