Friday, November 19, 2010

My Gangster Lover 12

Posted by Snow_Queen at 3:39 PM
            “Yah! Dia dah tambah nasi untuk kali ke empat. Betul ke dia tak ada apa-apa?” Ann memandang Sunny. Sunny memberi isyarat supaya mereka meninggalkan Nana sendirian.
            “Na…kitaorang keluar dulu. Kau makanlah ek.” Sunny menarik tangan Ann keluar dari dapur.
            “Yah Yah..Dia okay ke?” Julie memandang Sunny dan Ann.
            “Penyakit dia ni dah parah. Jae Joong je yang boleh ubatkan.” Sunny memandang rakan-rakannya.
            “Hahaha..bahana jatuh cinta tapi tak sedar diri sendiri dah jatuh cinta.” Lyn menggelengkan kepala.
            “Korang berbisik apa ni?” Aku datang mendekati Julie, Sunny, Lyn dan Ann yang sedang melepak di balkoni.
            “Tak ada apa-apa. Kitaorang ambil angin malam je.
            “Eh adakah aku patut pindah ke sini?” Aku memandang Sunny dan yang lain-lain.
            “Kitaorang tak kisah tapi nanti aku rasa kau yang kisah.” Julie menarik sengih.
            “Apa maksud kau?” Aku memandang Julie pelik.
            “Emmm..Tak ada apa-apa. Jadi..Sampai bila kau nak seksa Jae Joong kat luar tu?” Julie membuang pandang ke arah jalan. Jelas ternampak Jae Joong sedang bersandar di kereta di seberang jalan.
            “Eh dia masih ada? Uh biarkan dia. Aku tak suruh pun dia tunggu.” Namun Lyn dapat menangkap mata Nana yang mencuri lihat Jae Joong di luar.
            “Aku masuk tidur dulu. Night!” Aku memeluk Sunny and the gang sebelum berlalu masuk ke dalam bilik tetamu.
***
Aku terjaga apabila bunyi guruh mengejutkanku. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Hujan turun mencurah membasahi bumi. Aku bangun dan menyelak langsir. Hampir terkeluar biji mataku apabila Jae Joong masih ada di luar. Basah kuyup. Aku lantas berlari keluar dan mengambil payung.
            “Yah! Kau nak mati kesejukan ke?” Aku memayungkan Jae Joong.
            “Na..Na..” Jae Joong menggigil.
            “Yah! Kau ni bodoh ke apa? Suka betul buat aku risau!” Aku mengesat air mata yang mula mengalir keluar.
            “Ja..Jangan me..menangis.” Jae Joong mengusap mukaku. Jae Joong mendekatkan mukanya ke mukaku dan bibir kami bertaut. Aku rasa aku manusia paling bodoh atas muka bumi ni. Aku tak sedar dia pun sukakan aku.
            “Jae..Mian..” Jae Joong memelukku erat namun aku terasa lain macam apabila dia langsung tak bergerak.
***
Cahaya matahari memancar masuk melalui tingkap. Aku membuka mataku perlahan. Aku berpaling ke sebelah kiri dan tanpa aku sedari aku tersenyum sendiri. Nana sedang lena tidur sambil memegang tanganku.
            “Emmhh..” Nana mula bangun.
            “Kau nak apa-apa?” Nana menyoalku. Aku menggelengkan kepala. Dia meletakkan telapak tangannya di dahiku.
           “Demam kau dah kurang sikit. Nanti aku panaskan bubur.” Aku menarik tangan Nana dan dia memandangku.
            Stay..Jangan pergi mana-mana.”
            “Kau kena makan ubat. Kalau tak macam mana demam kau nak pulih.” Nana mencucup kepalaku sebelum keluar. Aku tersenyum sendiri. Berbaloi juga aku mandi hujan untuk dapatkan cinta minah ni. Sembuh nanti aku akan belanja Max makan hehehe.
***
“Na..Bila kau nak pindah masuk sini.” Ann memandang Nana yang sedang menceduk bubur nasi untuk Jae Joong.
            “Errr..aku rasa tak jadi kot heehehe.” Nana menarik sengih.
            “Hahahaa..dah agak. Semoga kau berbahagia dengan Jae.” Sunny kenyit mata pada Nana.
            “Ada-ada je korang ni.” Nana terus berlalu masuk ke dalam bilik.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review