Thursday, November 18, 2010

My Gangster Lover 11

Posted by Snow_Queen at 4:42 PM
Aku masuk ke dalam dewan kuliah dan duduk di barisan akhir. Sementara menunggu lecturer masuk, aku mengeluarkan novel Married with 5 vampires.
            “Hai!” Aku berpaling ke sebelah dan….Joe sedang tersengih melihatku.
            “Hai.” Aku focus kembali membaca novel. Tanpa di sedari Joe, aku menaikkan volume mp3ku. Hahaha..biar dia bercakap seorang diri.
            “Betul tak?” Joe memandangku namun aku masih tunduk membaca. Perempuan ni betul-betul mencabar aku desis hati Joe. Aku memandang ke hadapan dan menanggalkan earphone apabila lecturerku masuk. Joe menggeleng perlahan. Padanlah dia tak dengar aku cakap apa.
***
Satu jam berlalu dan aku sudah mula menguap. Aish…aku paling benci dengan lecture madam ni. Subjek dah menarik tapi…. Tanpa membuang masa aku terus menyumbat telingaku dengan earphone dan memandang ke hadapan. Rasa macam tangah tengok wayang bisu pula. Aku tersenyum sendiri. Sebaik sahaja jarum jam menunjukkan pukul 10, aku terus memasukkan semua barangku dalam beg dan keluar. Aku mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar.
            “Aish…Nampaknya kereta ni tak kalis bocor eh?” Aku memandang tayar kereta yang kempis. Sapa punya kerja ni? Kalau aku tahu mati aku kerjakan. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor Jae Joong. Setelah mencuba berkali-kali, Jae Joong masih tak angkat. Aish Jae Joong.. Aku cuba pula mendail nombor yang lain-lain namun semuanya tak berangkat.
            “Apa yang boleh saya tolong?” Aku memandang ke arah Joe.
            “Tak ada apa-apa.” Aku terus cuba mendail nombor yang lain-lain.
            “Hari dah lewat. Mari saya hantarkan awak pulang.” Joe mempelawa. Aku memicingkan pandanganku.
            “Saya takkan apa-apakan awak.” Joe memberi jaminan. Aku mengambil begku dan naik kereta Joe. Kalau mamat ni cuba buat apa-apa tahulah aku nak ajar desis hatiku.
            “Turunkan saya dekat Nouvelle Mall.” Aku bercakap tanpa memandang Joe.
            “Eh? Kenapa tak dekat rumah awak?” Joe memandangku.
            “Sebab..Kakak saya kerja dekat situ. Saya boleh balik dengan dia!” Aku bercakap dalam nada nak tak nak.
            “Awak bencikan saya?” Suara Joe bertukar menjadi sayu. Alamak! Kejam sangat ke aku ni tapi aku memang tak suka dia pun.
            “Eh mana ada. Perangai saya memang macam ni.” Aku memberi alasan. Sebaik sahaja sampai di Nouvelle Mall, telefon bimbitku kebetulan berbunyi.
            “Yah!” Aku menjerit. Entah kenapa aku terasa nak naik angin harini.
            “Na..Kenapa ni?” Suara Sunny kedengaran risau.
            “Aku call korang semua banyak kali apa pasal tak angkat?” Aku menarik nafas dalam. Aish aku rasa nak tumbuk orang je sekarang. Nasib baik si Joe tu dah blah.
            “Na…Kenapa kau marah-marah ni?” Sunny cuba memujuk.
            “Sun..Ambil aku dekat Nouvelle Mall sekarang.” Suaraku bertukar nada.
            “Okay..”
            “Dan jangan bagitahu sapa-sapa kau datang ambil aku! Okay?” Aku memberi amaran.
            “Okay..Okay..” Sunny memberi jaminan.
***
“Kau ni betul-betul marah huh?” Sunny melihatku. Aku mengangguk sambil makan ramen.
            “Ahjumma, satu mangkuk lagi.” Sunny membeliakkan matanya.
            “Yah! Ini mangkuk yang ke enam. Kau ni biar betul!” Sunny memandangku.
            “Aku geram betul dengan si Jae…” Belum sempat aku habis berkata-kata, telefon bimbitku berbunyi. Nama Jae Joong tertera di skrin.
            Speak of the devil..” Aku terus mematikan panggilan.
            “Kau geram dengan Jae Joong?” Sunny sudah tersenyum.
            “Sampai sakit-sakit jari aku call dia, dia tak angkat. Sudahlah ada orang pancitkan tayar kereta kemudian aku terpaksa pula tumpang mamat yang aku tak suka dekat kolej tu.” Aku menghamburkan kemarahanku.
            “Dan…Kenapa kau nak marah Jae? Dia bukan pak we kau pun.” Sunny sudah tersenyum sinis. Aku terkedu. Betul cakap Sunny. Kenapa aku nak marah-marah ni…
            “Aish…Aku tak tahu..” Aku terus makan mee ramen buat kali ke enam.
***
“Dia tak angkat.” Jae Joong sudah mundar-mandir ke kiri dan ke kanan.
            “Panggilan kitaorang pun dia tak angkat.” Yoochun mengeluh.
            “Agaknya jadi apa-apa dekat dia?” Yunho menampar belakang kepala Junsu.
            “Awww..”
            “Kau ni cuba doa yang baik-baik sikit.” Yunho marah.
            Ok…Sorry..” Junsu buat muka.
            “Jangan risaulah...Nanti dia telefon balik kot.” Max cuba menenangkan keadaan. Beberapa minit kemudian telefon Yoochun berbunyi.
            Yes darling.”
            “Okay…Nanti oppa bagitahu Jae Joong.” Yoochun memutuskan panggilan.
            “Sunny cakap Nana akan bermalam dekat rumah dia.” Yoochun tersenyum.
            “Kenapa kau senyum Yoochun?” Jae Joong memandang Yoochun.
            “Sunny cakap Nana marahkan kau dan kau tahu apa maksudnya tu?”
            “Eh? Aku buat apa sampai dia marah aku?” Jae Joong mengerutkan kening. Setahunya dia tak buat apa-apa kesalahan.
            That’s mean Nana ada hati dekat kau! Pabo!” Yunho memandang Jae Joong. Jae Joong terus tersenyum. Idea tiba-tiba melintas dalam kepalanya.

2 under spell:

MaY_LiN said...

terkejut lak jae ni

tHiR... said...

gler bestt.. smbg2... idea pe lakk jae nie...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review