Wednesday, November 17, 2010

My Gangster Lover 10

Posted by Snow_Queen at 12:00 AM
Aku menggetap bibir apabila hendak memulas tombol pintu pejabat Jae Joong. Oh Tuhan minta-minta dia tak ada dalam bilik ni! Aku berdoa dalam hati.
            “Seronok tadi?” Aku terkaku apabila suara Jae Joong terasa dekat dengan cuping telingaku. Jae Joong membuka pintu bilik dan aku masih kaku.
            “Tak nak masuk?” Dia memandangku. Aku terus masuk dan duduk atas sofa. Mukaku sudah merah padam.
            “Tak sangka boleh tahan juga kau menari.” Jae Joong masih lagi hendak mengusikku.
            “Yah! Pergi main jauh-jauh. Aku sibuk nak buat tutorial ni.” Aku menghalau Jae Joong. Dia ketawa besar sebelum berlalu ke mejanya untuk membuat kerja.
***
Jam sudah menunjukkan pukul  2 pagi namun Jae Joong masih lagi sibuk menyemak beberapa dokumen. Aku yang kebosanan mengeluh perlahan. Semua tutorial aku sudah siapkan. Aku curi-curi pandang muka Jae Joong. Muka dia amat serius bila bekerja.
            “Kalau nak tenung lama-lama kena kahwin!” Selamba Jae Joong berkata walaupun dia tidak memandangku. Aku pantas memandang televisyen semula. Aish sapa suruh kau gatal tengok dia. 10 minit kemudian, aku terasa mataku makin berat. Nak balik aku lihat Jae Joong masih sibuk dengan kerjanya. Oleh kerana tak tahan sangat, aku dengan selambanya terus baring di atas sofa.
            “Nak minum tak?” Jae Joong menyoal tanpa memandangku. Dia kemudiannya memandang ke arah Nana apabila tiada jawapan. Jae Joong bangun dan menghampiri. Perlahan-lahan dia menyelak rambut Nana yang jatuh di dahi sebelum mengeluarkan telefon bimbit.
            “Sediakan kereta!” Dan dia mencempung tubuh Nana untuk membawa gadis itu pulang ke rumah.
***
“Mimpi aja.” Aku menenangkan diriku yang terkejut dari tidur secara tiba-tiba. Jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Nasib baik kelas harini pada waktu malam. Aku bangun dan membersihkan diri. Apabila turun ke bawah, aku terbau bau pancake.
            “Selamat pagi!” Aku memandang ke arah Jae Joong yang sedang memasak. Pertama kali aku lihat dia masuk dapur.
            “Pagi! Sekejap lagi sarapan siap. Duduk dulu.” Aku menuang kopi dalam cawan sebelum duduk.
            “Errrr terima kasih!” Kataku tiba-tiba.
            “Untuk apa?” Jae Joong mengangkat kening sambil tersenyum sinis. Dia meletakkan pinggan pancake di hadapanku.
            “Kau yang bawa aku balik semalam kan?” Aku bertanya.
            “Eh mana ada. Kau balik sendiri.” Jae Joong buat muka. Aku mengerutkan kening.
            “Yah!” Aku mengetuk tangan Jae Joong. Dia ketawa.
            “Sedap!” Aku menunjukkan    kepada Jae Joong.
            “Heh tengoklah sapa yang masak kan?” Dia bangga diri. Aku hanya tersenyum nipis.
            “Tak ada kelas hari ni?”
            “Ada. Malam nanti.” Aku membetulakan rambutku yang jatuh ke dahi.
            “Malam? Nanti aku hantar.” Aku terus memandang Jae Joong.
            “Eh tak payah. Mesti kau sibuk. Aku naik bus sahaja.” Aku menolak. Muka Jae Joong berubah. Alamak! Mesti dia marah.
            “Errr bagi aku pinjam keretalah kalau macam tu. Kereta kau kan banyak. Daripada jadi hiasan baik aku guna iya tak?” Aku mengangkat kening double jerk. Jae Joong terus tersenyum. Dia terus menarik tanganku menuju ke garaj kereta. Sebaik sahaja pintu garaj terbuka, aku ternganga luas. Mak aii..berapa banyak kereta dia ni?
            “Pilihlah. Semua kalis peluru so aku tak risau sangat.” Jae Joong tersenyum nipis.
Aku menggaru kepala sambil memilih. Setelah 15 minit berlalu, aku mengambil keputusan untuk guna kereta Porsche yang berwarna hitam. Hahahah sebenarnya bila dia buka pintu ni aku dah berkenan dekat Porsche ni tapi kena lah buat-buat pilih kang dia kata aku gelojoh pulak.

4 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

hahaha sweettttttttttt

MaY_LiN said...

wawawa..
ade hati rupe nye

Anonymous said...

sweet... but why so short?

tinie said...

best2...smbg cpt pliz....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review