Saturday, October 30, 2010

You & I [22]

Posted by Snow_Queen at 11:25 PM

Aku bangun dan terbatuk perlahan. Mine menggosok belakang badanku. Aku terasa sedikit pening.
            “Apa yang terjadi?” Aku bertanya. Aku langsung tak ingat apa-apa yang terjadi. Ingatan terakhirku adalah aku dalam dakapan Ogguros.
            “Vic..Semuanya dah berakhir. Kau dah berjaya bunuh Ogguros.” Elise mendakapku. Perlahan-lahan aku kembali mengingati apa yang berlaku.
            “Berapa lama aku dah tak sedarkan diri?” Aku memandang Mine dan Elise.
            “Semingggu. Mungkin kau guna banyak sangat tenaga. Kau nak bersihkan diri?” Mine bertanya. Aku mengangguk dan meminta mereka menungguku di dalam bilik. Terasa fobia pula tinggal sorang-sorang dalam bilik. Usai mengenakan pakaian yang casual, aku turun ke ruang tamu. Perutku galak berbunyi minta di isi. Aku berhenti melangkah di anak tangga terakhir. Imej seorang gadis asing menyapa pandanganku. Aku memandang Elise dan Mine.
            “Vic! Kau dah bangun?” Xander berlari dan mendakapku. Begitu juga dengan yang lain-lain kecuali Kevin dan perempuan berkenaan. Aku sempat memandang muka Kevin. Dia memandangku tanpa perasaan. Aku tersenyum nipis.
            “Kau menakutkan kami bila seminggu kau tak bangun. Dah macam-macam cara kami buat untuk bangunkan kau.” Ki Seop meluku kepalaku. Aku tergelak perlahan. Elise memimpin aku ke meja makan.
            “Siapa dia?” Aku memandang ke arah yang lain-lain.
            “Hai…Saya Amy.” Gadis berkenaan memperkenalkan diri. Aku terkedu beberapa saat dan memaniskan senyuman secara tiba-tiba.
            “Vic..Gembira dapat jumpa awak.” Aku duduk dan mula mengisi pingganku dengan pelbagai lauk.
            “Vic..Kau ni biar betul?” Ki Bum menegur.
            “Laparlah..” Aku tersengih sebelum mula makan. Hakikatnya aku rasa seperti sedang menelan racun. Melihat Amy dan Kevin di depanku membuatkan aku rasa duniaku sedang hancur secara perlahan-lahan.
***
Aku menelefon mama sebaik sahaja aku tiba di rumah. Rumahku kelihatan terurus walaupun aku sudah lama tak duduk di sini. Mungkin uncle Xavier suruh orang kemas getus hatiku. Aku mendail nombor mama.
            “Ma..rindunya..” Aku memandang mama.
            “Mama bangga dengan kamu. Kamu dah langsaikan hutang keluarga kita.” Air mata prof Evan mengalir. Aku ikut sama menangis.
            “Vic buat semua ni untuk keluarga kita. Mama dan Nana sihat?” Aku mengesat air mataku.
            “Kami sihat Vic. Mana Kevin?” Aku hanya tersenyum nipis mendengar soalan mama. Hati tolong kuat depan mama.
            “Kevin tak ikut ma..Vic pun singgah kejap je nak ambil barang. Lepas ni nak kena pergi buat kajian pula. Huh bosan betul.” Aku mencebik. Prof Evan ketawa mendengar rungutan anaknya.
            “Untuk kebaikan kamu juga. Vic..Mama kena pergi kerja ni.. Nanti-nanti kita bercakap lagi okay? I love u.” Prof Evan mematikan talian. Aku memejam mata. Air mata mengalir kembali. Macam mana aku nak kena berhadapan dengan Kevin dan Amy tiap-tiap hari? Aku tak kuat. 2 minggu sahaja aku dapat bertahan dan berpura-pura di depan mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 2 minggu juga aku uruskan segala-galanya. Mungkin lecturerku menganggap aku gila kerana terus mengambil periksa sem 7 dan 8 dan aku juga memaksa mereka mengeluarkan keputusan secepat mungkin. Semua kerja kursus aku lakukan dengan pantas dan tanpa henti. Meskipun letih namun hatiku meronta-ronta untuk meninggalkan kolej secepat mungkin. Aku mengambil begku dan keluar dari rumah. Selamat tinggal semua..Ada umur yang panjang kita berjumpa lagi. Aku tersenyum pahit.

5 under spell:

Anonymous said...

bestnya snow.. x xgka leh bca byk bab ari ni.. apa la kevin tu.. kcian dgn vic..

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa... vic nk gi mne??? cmne ngn kevin?? mkin mnarik nmpakny... x sbar nk bce next entries... sume cite senow best2!!! hohoho ;)

~ZYX~ said...

sian nye kat vic....kevin pujuk la vic....

sakura said...

kevin 2 btul2 bodoh kalau dia lepaskan vic.
xpa vic lepas 2 mggu pergi cari laki lain y lagi hensem dari kevin 2

sakura said...

x mau la mcm ni bagi la vic dgn kevin.
biar la amy mati dia x penting pun

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review