Monday, October 18, 2010

You & I [9]

Posted by Snow_Queen at 3:33 PM
Oleh kerana semua lecturer sibuk maka bergembiralah rakyat di dalam kelas dark magic. Selama 2 minggu mereka hanya perlu selesaikan assingnment mahu pun latihan yang di beri lecturer. Aku menulis laporan care of magical creatures di dalam buku khas dan menyiapkan homework arithmancy. Sedar tak sedar jam sudah berdetik ke angka Sembilan malam. Aku merengangkan seluruh tubuhku sebelum mengemas kesemua peralatan menulis, kertas-kertas yang berterabur dan buku-buku rujukan. Kesemuanya aku campak masuk ke dalam beg. Aku berjalan menujuk ke bangunan R.B.M untuk menukar shift dengan orang lain. Harini giliran aku bertugas pula. Nampaknya doa Elise tidak menjadi kenyataan apabila namanya termasuk dalam senarai bertugas meronda kampus dan asrama. Namun tugas kami menjadi ringan sedikit kerana mendapat bantuan daripada casper-casper (hantu) iaitu penjaga kolej Elegance.
***
“Sorry lambat.” Aku memandang Zack yang sedang menulis sesuatu dalam buku laporan pemantauan. Dia mengangguk sebelum menyerahkan kepadaku buku berkenaan.
            “Hati-hati. Selamat malam.” Dia meninggalkan aku. Aku mencatit sesuatu di dalam buku laporan sebelum keluar meronda. Angin malam damai menyentuh kulitku. Sesekali aku terserempak dengan orang-orang majlis perwakilan pelajar yang juga turut bertugas.
            “Sorang sahaja?” Kedengaran satu suara menyapaku. Aku terus berjalan. Tahu siapa yang menegurku. Nick merentap pergelangan tanganku. Aku merentap kembali pergelangan tanganku dan memeluk tubuhku. Nick cuba untuk meyentuhku namun aku berundur setapak.
            “Awak benci saya sampai macam tu sekali?” Mata kami saling bertentangan.
            “Dahlah Nick. Simpan ayat buaya darat kau. Takkan berkesan untuk aku.” Aku mula melangkah kembali namun Nick berlari berdiri di depanku. Aku mendengus kasar.
            “Apa lagi?!” Aku memandang Nick tajam.
            “Dah tak ada peluang untuk kita kembali bersama?” Nick meraih tanganku.
            “Kita? Aku dengan kau pernah bercinta ke? Sebab otak aku langsung tak dapat ingat yang kita pernah bercinta.” Aku merempuh bahu Nick. Baru sahaja dua langkah aku berjalan, aku menangkap kelibat Kevin. Segera aku berlari dan memeluk tangan Kevin sebelum Nick cuba untuk menganggu aku lagi.
            “Kenapa?” Kevin memandang Vic pelik.
            “Terus berjalan. Jangan berhenti.” Kami berdua berjalan. Kevin meleraikan pelukan aku pada tangannya apabila dia dapat menangkap bahuku sedikit terhenjut.
            “Kau menangis?” Kevin memegang kedua-dua belah daguku. Aku menggeleng sambil menundukkan pandangan. Dia memegang kedua-dua belah pipiku agar dapat melihat mukaku. Kevin memelukku.
            “Menangislah. Tak ada siapa-siapa di sini.” Dia mengusap rambutku perlahan. Aku menangis di dadanya. Tak guna punya Nick. Sengaja hendak menyakitkan hati aku.
***
Aku memandang Kevin pelik. Dia meletakkan telapak tangannya di atas permukaan air tasik. Sekejap sahaja seluruh tasik membeku.
            “Kau nak buat apa?” Namun Kevin hanya tersenyum. Dia menarikku agar berdiri di atas permukaan tasik.
            “Kau reti ice skating?” Dia bertanya kepadaku. Aku menggeleng.
            “Hah..Hari ini aku ajar kau main ice skating secara percuma. Dia memetik jari dan kasutku bertukar menjadi kasut ice skating.
            “Mula-mula kau buat macam ni.” Dia menunjukkan postur badannya. Aku tergelak.
            “Macam mak itik berjalan je. Kau ni sengaja melebih-lebih.” Aku menempelak dia. Kevin tersenyum sebelum menunjukkan kepadaku teknik bermain ice skating yang betul.
            Beberapa kali aku terjatuh. Kevin hanya tergelak setiap kali aku terjatuh. Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Ini kali ke 20 aku terjatuh.
            Hey! No magic okay. Kalau macam tu tak bestlah.” Kevin menegurku apabila aku mencadangkan kepada dia agar aku menggunakan magic sahaja.
            “Ala~~ punggung aku sakitlah banyak kali terjatuh.” Aku merengek.
            “Sakit itu adalah pengalaman.” Dia berfalsafah. Aku menolak Kevin tanda geram. Kerana seranganku secara tiba-tiba menyebabkan Kevin terjatuh. Aku ketawa jahat sebelum melarikan diri. Tanpa aku sedari aku sudah reti meluncur sendiri.
            “Hey! Kau dah reti meluncur.” Kevin menjerit kepadaku. Aku berhenti dan tersenyum.
            “Mestilah! Aku kan pro bab-bab macam ni.” Kevin mencebik bila mendengar jawapanku.
***
“Dah okay?” Kevin bertanya tanpa memandangku. Aku mengangguk tanpa melihat dia.
            “Terima kasih!”
            No Biggie! Kalau kau sedih kau boleh cari aku.” Kevin memaut bahuku. Aku mengangguk sahaja.
            Aku dan Kevin berlari menuju ke rumah hijau herbalogy apabila melihat semua orang yang bertugas malam ini samada dari R.B.M dan majlis perwakilan pelajar menuju ke arah sana.
            “Apa kes?” Aku bertanya pada Elise.
            “Tu! Cuba kau tengok kat atas tu.” Elise menunjukkan ke arah langit. Aku memincingkan pandanganku. Kelihatan seperti awan hitam bergerak namun pergerakan awan berkenaan amat laju.
            What the hella is that?” Aku bersuara tanpa aku sedari.
            “Semua bersedia! 2 orang daripada daripada kamu pergi bunyikan loceng kecemasan di old time. Separuh pergi jaga asrama. Separuh pergi jadi pertahanan kedua di tower astronomy. Yang punya bintang tertinggi sahaja tunggu di sini. Kami akan jadi pertahanan pertama!” Nick bersuara keras melawan deruan angin kencang yang datang tiba-tiba. Masing-masing segera bergerak mengikut arahan. Aku memandang Kevin yang sudah berdiri di sebelah Nick. Mereka berbincang sesuatu. Elise menarik tanganku.
            “Kita nak pergi mana?” Aku bertanya kepada Elise.
            “Bunyikan loceng.” Kami berdua bergerak sepantas kelajuan angin. Sebaik sahaja sampai di bangunan old time, aku dan Elise mengegarkan loceng besar yang terletak di tingkat atas bangunan berkenaan beberapa kali. Aku berdiri di pinggir bangunan.

            “Hairan!” Aku memandang Elise. Apa maksud kata-katanya itu?
            “Apa maksud kau?” Aku mengerutkan kening.
            “Senior Kevin dan Senior Nick boleh bercakap pada hal mereka saling bermusuhan sebenarnya.” Aku diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa.
            “Aku tak pernah nampak makhluk ni.” Elise memandang langit. Seluruh warga kolej sudah terjaga. Bagi sem 1-4 mereka di kerahkan masuk ke basement bawah tanah dengan jagaan warden asrama. Manakala sem 5-10 memainkan peranan masing-masing seperti yang di arahkan lecturer yang tinggal di asrama. Masing-masing mengambil tempat di lokasi tertentu.
            What the…” Elise memandang aku.
            “Kau nampak tak makhluk di barisan terakhir?” Aku bertanya pada Elise. Elise menggeleng. Walaupun seluruh kolej dilindungi oleh sihir pelindung yang dibuat oleh 100 orang  ahli sihir berkuasa tinggi namun perasaan risau masih menguasai diri.
            “Aku tak sedap hati!” Elise mengungkapkan perasaanya. Aku juga begitu namun tidak aku ungkapkan kepada Elise.
            “Mari kita tolong di bangunan astronomy. Di sana merupakan salah satu titik penting kolej kita.” Aku mengajak Elise. Elise mengangguk tanda setuju.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review