Sunday, October 17, 2010

You & I [8]

Posted by Snow_Queen at 8:40 PM

Lord Xavier memeluk anak buahnya. Meskipun anak gadis itu mengukir senyuman namun dia dapat merasakan senyuman yang dilemparkan tidak ikhlas.
            “Mama kamu mahu yang terbaik untuk kamu.” Aku menggetap bibir. Perasaanku? Entah! Sukar ditafsirkan. Macam-macam perasaan ada. Sebaik sahaja Lord Xavier balik aku duduk di tangga depan dewan Extavagant. Terasa luruh semua semangatku.
            “Ultraman girl, Kau okey?” Kevin duduk di sebelahku. Aku menggeleng kemudian aku mengangguk. Kevin mengeluh. Parah budak ni!
            “Apa yang kau rasa itu juga yang aku rasa. Kita tak ada pilihan.” Aku memandang ke arah Kevin.
            “Habis tu macam mana sekarang?” Kevin mengerutkan kening mendengar pertanyaanku.
            “Nak buat apa? Balik tidur lagi best!” Aku menepuk paha Kevin. Geram betul. Orang tanya betul-betul dia jawab main-main pula.
            “Okay..Okay..Errr nanti-nantilah kita bincang lagi. Aku nak kena beredar dulu. Chow!” Dalam sekelip mata dia menghilangkan diri. Aku turut bangun dan beredar.
***
Lewat tengah malam baru aku dan Mine berpindah masuk ke dalam asrama kami. Ruang tamu hanya di terangi oleh cahaya api dari tempat pendiang api. Aku memandang Mine, Mine memandang aku. Tak silap aku tadi dalam senarai nama Sweetheart hanya aku dan Mine sahaja akan duduk di dalam rumah ini. Takkan ada orang lain? Mine mendekati aku. Setiap asrama yang ada di kolej ini seperti sebuah rumah agam yang besar yang mempunyai banyak bilik dan muat untuk memuatkan seluruh pelajar kolej Elegance. Dalam setiap asrama ada ruang tamu di tingkat bawah dan di tingkat-tingkat atas pula ada bilik. Bilik lelaki dan perempuan di pisahkan oleh sihir. Pelajar lelaki tak boleh masuk kawasan bilik perempuan dan begitu juga sebaliknya.
            “Kan aku dah kata asrama kita berpuaka kau tak percaya. Tengok! Sebelum kita masuk dah ada yang duduk dulu. Mulut kau ni masin juga sebab menyebut nama kita dalam senarai asrama ni.” Mine berbisik kepadaku. Aku tidak mengendahkan kata-kata Mine dan memetik suis lampu ruang tamu. Rumah Sweetheart ini sudah lama tak berpenghuni memang patut Mine risau. Namun aku sama sekali tak percaya yang rumah ini berpuaka.
            “Kau orang lambat!” Aku dan Mine menjerit serentak kerana terkejut. Dongho dan Ki Seop berdiri di tepi tangga.
            “Apa yang kau orang buat kat sini?” Aku memandang kedua-dua orang jejaka itu.
            “Yang lain semua dah tidur. Bilik korang arah sebelah kiri. Bilik kitaorang arah sebelah kanan.” Dongho bersuara.
            “WaitWait.. Kita semua serumah kah?” Aku memandang Dongho dan Ki Seop. Mereka mengangguk serentak. Homaigosh! Kejutan apa ni.
            “Tapi nama kau orang tak ada pun dalam list?” Aku menyoal lagi.
            “Oh! Kitaorang baru letak nama lepas kitaorang balik dari Star tadi so sebab lambat bagitahu nama kitaorang tercicir maka dapatlah asrama ni.” Ki Seop menjelaskan. Aku menepuk dahi.
            “Errr siapa nama cik adik yang ni?” Dongho memandang Mine. Mine mengukir senyuman manis.
            “Mine. Gembira jumpa dengan senior semua.” Mine menundukkan sedikit badannya.
            “Aku tak nak kawan aku jadi vampire.” Aku memandang Dongho. Dongho mencebik. Oleh kerana Mine masuk lambat beberapa hari jadi dia di kecualikan dari sesi orientasi dan bila aku melepak dengan jejaka-jejaka ni bila Mine selalu tak ada.
            “Kitaorang naik tidur dulu.”  Ki Seop mengenyitkan matanya padaku. Aku hanya mengangguk. Aku dan Mine membawa barang-barang kami ke bilik masing. Seorang satu bilik. Heaven betul! Sudahlah bilik besar. Tilam pula lembut betul. Aku membuka beg dan kesemua barangku bergerak sendiri mencari tempat masing-masing. Cara paling mudah untuk mengemas. Aku tersenyum sendiri. Aku kira mesti satu asrama ni sudah di bersihkan terlebih dahulu kerana tiada habuk mahupun sawang. Usai mandi aku terus tidur.
***
Aku sempat brek langkahku sebelum melanggar Ki Bum yang kebetulan muncul entah dari mana. Nasib baik tak jatuh tangga.
            “Huh kau orang ni memang selalu lapang ye?” Aku memandang Ki Bum, Ki Seop dan Eli. Mereka tersengih melihatku.
            “Kau orang tak ada kelas ke?” Aku memandang jam tangan yang menunjukkan pukul 8.
            “Kelas apa hari-hari minggu ni?” Ki Bum mengetuk kepalaku. Aku menarik sengih. Sumpah aku lupa hari ini hari sabtu. Usai sarapan aku, Soo Hyun dan Eli duduk di depan televisyen. Nak keluar terasa malas pula. Manakala Ki Bum dan Ki Seop naik atas semula untuk mengejutkan kawan-kawan mereka yang lain. Aku sendiri malas nak kacau Mine.
             “Yeah!!!!” Aku, Soo Hyun dan Eli saling high 5. 10 markah untuk kumpulan Elefun. Aku menyinsing lengan baju. Tak sangka permainan kebangsaan Are You Dare? pusingan ke 3 akan berlangsung hari ini. Live dari televisyen. Permainan ini memang terkenal kerana banyak menguji pengetahuan semasa.
            “Soalan seterusnya. Anda dah bersedia?” Suara MC kedengaran.
            “Dah!!!!” Para penyokong saling menjerit.
            “Adoi! Saya tanya kedua-dua belah pasukan penonton pula yang jawab.” Ketawa bergema satu stadium. Aku sudah tersengih sendiri.
            “Soalan seterusnya…Kumpulan Fire sila ambil kad anda.” MC memberi arahan. Salah seorang ahli kumpulan Fire mengambil kad yang terdapat di atas meja. Kad berwarna kuning di beri kepada MC. MC secara perlahan-lahan membuka sampul kad berkenaan. Sengaja menambah debar di kalangan penonton.
            “Bersisik tapi tidak tinggal di lautan. Bernyawa tetapi dibaja. 2 minit untuk anda.” Aku menggaru dahi. Kumpulan Elefun dan Fire saling berbincang. Aku memandang Eli.
            “Apa jawapannya?” Aku bertanya perlahan.
            “Benda tu tiap-tiap hari kita tengok kalau ada kelas herbalogy.” Aku mengerutkan kening. Huh manalah aku ambil tahu apa yang ada dalam rumah hijau herbalogy tu.
            “Benda tu adalah pohon larangan.” Soo Hyun pula memberi clue.
            “Quillet?” Aku ragu-ragu memberi jawapan. Kalau dalam rumah hijau herbalogy hanya pokok tu je yang tak dibenarkan oleh para lecturer untuk kami sentuh. Soo Hyun dan Eli mengangguk. Aku rasa mamat berdua ni yang patut masuk game ni. Confirm menang.
***
“Dah lama kenal mereka?” Aku memandang Kevin. Mine yang duduk di depanku juga menagih jawapan daripadaku.
            “Ermmm dari minggu orientasi.” Kevin mengerutkan dahi.
            “Tapi tak pernah nampak kau melepak dengan dorang.” Mine menyiku lenganku. Kevin mengangguk mendengar kata-kata Mine.
            “Sebab bila aku melepak dengan mereka korang berdua selalu tak ada. Ada faham?” Aku menjeling manusia-manusia di depanku. Kevin beredar ke ruang tamu mendapatkan kawan-kawannya yang lain. Tinggal aku menemankan Mine yang tengah makan.
            “Kalau satu kolej tahu kita duduk dengan dorang mahu asrama kita ni kena bom hehehe.” Mine ketawa perlahan.
            “Apa pasal pula?” Aku mengerutkan kening. Mine menepuk dahi. Dah agak dah! Mesti minah ni tak tahu siapa jejaka-jejaka yang berada di depan mereka. Maklumlah Vic ni jarang mendengar gossip.
            “Mereka tu hot list kolej tahu tak. Habislah kau kena ganyang nanti kalau ada yang nampak kau melepak dengan dorang.” Mine tersenyum sinis. Oh! Padanlah bila aku bercakap-cakap dengan Soo Hyun and the gang haritu ramai pelajar yang mengerling aku.
            “Ada aku peduli! Sekali aku sumpah dorang jadi angsa…Yeay~~” Aku tersengih sendiri. Mine menggeleng kepala dengan perangai aku.




1 under spell:

MaY_LiN said...

uuuhhhhh
akhirnya..
smp gak part ni..
huh

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review