Saturday, October 16, 2010

You & I [7]

Posted by Snow_Queen at 6:11 PM

Usai mandi aku mengeluarkan beg dari bawah katil. Kemudian aku mendail nombor mama sebelum mengeluarkan beberapa helai baju dari almari. Skrin hologram terpancar.         
            “Kak..” Suara Nana kedengaran. Aku memandang ke arah skrin hologram.
            “Ma mana?” Aku meneruskan sesi melipat baju.
            “Mama dekat dapur. Kak, kau nak pergi mana? Datang sini?” Nana mengerdipkan matanya beberapa kali apabila melihat aku sedang melipat baju.
            “Banyaklah. Panggil mama please.” Sambil aku menunggu Nana memanggil mama, aku masuk ke dalam bilik air dan mengambil barang-barang penjagaan diri dan meletakkan ke dalam beg kecil.
            “Vic?” Suara prof. Evan kedengaran. Hairan juga dia apabila kelibat anaknya tiada di skrin.
            “Ada! Jap ma..” Prof. Evan tersenyum nipis. Beberapa saat kemudian aku keluar dari bilik air.
            “Ma…Miss you.” Aku kenyit mata pada Prof.Evan. Mama hanya tergelak kecil.
            “Kamu nak pergi mana-mana ke?” Prof. Evan mengerutkan keningnya apabila melihat anak gadisnya berkemas.
            “Ma..Mulai esok Vic akan tinggal dekat asrama sebab kementerian suruh. Jadi Vic mungkin akan jarang hubungi mama. Ma jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa makan tepat pada masanya. Bla..Bla..Bla..” Aku berceramah sendiri. Nana tergelak melihat kakaknya membebel. Siapa emak siapa anak sekarang ni?
            “Kenapa kementerian suruh tinggal di asrama pula?” Prof. Evan memotong sesi membebel anaknya. Aku gigit bibir. Nak bagitahu ke tak ni getusku dalam hati.
            “Vic..” Suara Prof. Evan sudah bertukar nada.
            “Ma..Promise me…Jangan balik ke sini sampai Vic suruh okay? Ma janji tau!” Aku menghadap skrin hologram memandang muka mama dan Nana.
            “Kenapa pula kamu nak mama berjanji? Lebih baik kamu berterus terang sebelum mama tempah flight sekarang.” Aku menarik nafas dalam.
            “Ma…Ada khabar angin menyatakan Ogguros sudah terlepas dan ada khabar angin menyatakan pengikut-pengikut Ogguros sedang bangkit secara perlahan-lahan untuk mengukuhkan kuasa mereka. Aku memandang muka mama yang sudah bertukar warna. Marah barangkali.
            “Esok kamu berhenti sekolah dan esok juga kamu datang ke sini! Tak ada pujuk rayu dan keputusan mama muktamad!” Prof. Evan mematikan talian. Segera dia naik ke atas masuk ke dalam bilik. Nana terpinga-pinga memandang reaksi mamanya. Belum pernah mama semarah itu.
***
Uncle dah tidur?” Aku tersenyum nipis sambil memandang skrin. Lord Xavier memandangku sambil mengeyeh mata.
            “Oh! Uncle baru sahaja nak tidur. Ada apa Vic?” Lord Xavier memandang anak buahnya.
            “Mama marah Vic. Uncle pujuk mama boleh? Mama nak Vic berhenti sekolah dan pindah ke Africa. Vic tak nak uncle.” Aku buat muka kasihan.
            “Kenapa pula? Apa yang kamu dah buat?” Terus mata Lord Xavier segar bugar bila nama adiknya di sebut.
            “Vic kan kena pindah masuk ke asrama. Bila mama tanya sebab Vic bagitahulah kemudian mama terus marah-marah. Vic tahu dendam mama masih ada tapi Vic tak nak pindah. Uncle tolong Vic pujuk mama?” Lord Xavier mengeluh perlahan. Dia tahu Evan masih tak dapat lupakan mendiang suaminya. Dia juga tahu khabar angin yang sedang hangat di pejabat kementerian. Bekerja sebagai salah seorang ketua kabinet di sana tak sukar baginya untuk mendapatkan maklumat.
            “Uncle akan pujuk mama kamu. Kamu jangan risau. Kamu teruskan sahaja rancangan kamu. Apa-apa nanti uncle hantar utusan kepada kamu.” Lord Xavier memutuskan panggilan dan terus menelofon Evan.
***
Suasana di dalam kelas riuh-rendah dengan suara gelak ketawa. Aku bertepuk tangan apabila experiment baru yang dibuat Ben menjadi. Lepas ni adalah orang yang bakal menjadi mangsa pertama. Ben meletakkan bahan experimentnya di depan aku sambil tersenyum.
            “Vic, bahagian tambahan ni kan kepakaran kau. Aku nak yang power sikit.” Ben tersengih memandangku. Aku mengangkat thumb up tanda beres. Aku mengeluarkan uncang yang berisi magic powder yang ku beli di Voir tempoh hari. Lalu serbuk yang berwarna-warni itu aku taburkan masuk ke dalam tabung uji kaji yang berisi experiment Ben. Buih-buih kecil menggelegak akibat tindak balas dari serbuk berkenaan.
            “Beres! Lepas ni mangsa kau akan trauma seumur hidup.” Aku high five dengan Ben. Ben mengambil bekas uji kaji dan menyimpan bekas berkenaan. Kalau di jumpa dek lecturer kami silap-silap haribulan kami pula yang jadi mangsa.
            “Hey Vic! Semalam tu..Apa benda yang menyerang? Selamba je kau halau benda tu macam makan kacang.”  Elise duduk pinggir mejaku.
            “O0o0…Alex..” Aku memandang Elise.
            “Alex? Anak kucing halimunan gergasi peliharaan pengetua tu?” Elise memandangku dengan penuh takjub.
            “Ha’ah..” Sebelum sempat Elise bertanya lebih lanjut pintu dewan kuliah di buka. Masuk seorang lelaki. Pelajar-pelajar perempuan kelasku segera membetulkan rambut masing-masing dan terus senyap. Elise juga turut duduk di tempatnya kembali. Mine turut tak ketinggalan. Bagi yang lelaki mereka hanya buat tak tahu sahaja dengan kehadiran lelaki berkenaan.
            “Hari ini saya akan jadi tutor anda semua sebab Sir Alan ada hal. Jadi korang boleh buka muka surat 234.” Nick bersuara tegas. Aku mengeluh. Apa pasal dia ni pula yang kena mengajar subjek pertahanan ilmu hitam? Taulah dia pelajar terbaik fakulti D.A.D.A  tapi apa dah tak ada orang lain dah ke? Hatiku merungut. Apa yang Nick ajar lansung tak masuk dalam kepalaku. Apabila dia menyerangku dengan soalan aku buat muka blur. Hahaha mesti dia bengang gila. Namun mata aku juga terasa tercemar apabila dia sengaja dekat-dekatkan dirinya dengan pelajar-pelajar perempuan kelasku. Aku conteng kertas F4 yang berada dalam bukuku. Nick yang datang entah dari mana merampas kertas tersebut.
            “Ehem..Dear senior Nick, sebenarnya saya dah lama suka awak. Sejak pertama kali jumpa awak jantung saya berdebar-debar macam baru lepas habis larian marathon. Saya tahu senior ramai peminat dan tak mungkin akan pandang saya tapi saya nak juga cuba nasib saya. Dengan ini sudi tak senior keluar dengan saya? Love Vicky.” Seluruh kelasku bergema dengan ketawa sebaik sahaja Nick habis membaca kertas F4 yang sebenarnya hanya penuh dengan contengan bukan luahan hati. Mine memandangku pelik. Apa matanya dah salah tengok? Atas kertas F4 tu penuh dengan contengan bukan luahan hati. Dia tahulah kerana dia turut mengintai apa yang Vic conteng.
            “Okay..Kalau awak nak keluar dengan saya, awak kena tulis nama dalam buku lah ye. Ramai lagi yang menunggu giliran nak keluar dengan saya.” Nick kenyit mata kepadaku dan terus berlalu ke depan. Aku menutup buku dengan kasar, mengambil begku dan sebelum aku keluar sempat aku berdiri menghadap Nick.
            “Keluar dengan kau? Hey pergi cermin diri sendiri dulu kau tu layak ke bergandingan dengan aku? Nak lawan semalam pun macam jantan lembik. Huh!” Dan aku terus berlalu keluar. Nick dan seluruh kelas terkedu. Rakan-rakan sekelasku memandang Mine. Tak pernah aku marah sekalipun di hadapan rakan-rakanku. Ini pertama kali. Bagi Nick pula dia terasa maruahnya dipijak Vic apabila gadis itu mengungkit kisah malam tadi.

1 under spell:

Anonymous said...

huhu update x kuar g la dr blog2 org len.. try atur blik..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review