Saturday, October 16, 2010

You & I [6]

Posted by Snow_Queen at 1:24 PM

Aku menyinsing lengan baju kemejaku. Robe dalam beg tidak ku keluarkan. Selalunya jika ada mesyuarat memang di wajibkan pakai Robe. Selepas habis berlibur dengan Soo Hyun and the gang aku terus menuju ke kolej. Jarum jam menunjukkan pukul 7.50. Aku berlari anak menuju ke bilik mesyuarat. Apabila aku tiba sudah ada wakil persatuan pelajar dan beberapa wakil R.B.M (Representative of  Black Magic) sudah berada di bilik mesyuarat. Aku menyapa Elise yang merupakan setiausaha R.B.M. Dia menghadiahkan senyuman nipis. Kira-kira 20 orang hadir pada malam ini termasuk ajk selain majlis tertinggi persatuan masing-masing.
            “Siapa conduct malam ni?” Aku berbisik kepada Elise.
            “Sir Fred dan Madam Ana.” Elise turut berbisik. Dia kemudiannya focus kepada buku catatan apabila Sir Fred dan Madam Ana tiba. Sebagai setiausaha sudah tugas Elise untuk menyediakan laporan bagi R.B.M.
            “Saya pasti semua orang sudah tahu tujuan kita meeting hari ini. Jadi jadual memantau akan di sediakan oleh Nick selaku ketua pelajar di kolej ini.” Sir Fred memulakan bicara.
            “Aku harap nama aku tak termasuk dalam senarai.” Elise berbisik padaku. Aku turut mengangguk. Sempat aku mengerling Nick yang duduk bertentangan denganku. Jejaka itu sedang sibuk berbincang dengan pembantunya di sebelah.
Aku menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan Madam Ana sehingga habis mesyuarat.
***
Aku dan Elise keluar bersama-sama. Nasib baik bilik mesyuarat terletak di ground flour jadi tak payah susah-susah nak turun tangga. Beberapa orang wakil persatuan pelajar dan R.B.M  bergelak ketawa sesama sendiri.
            “Kau balik naik apa?” Aku tanya Elise.
            “Naik kereta. Kau nak tumpangkah?” Elise bertanya. Aku mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 11 malam.
            “Boleh juga.” Selalunya aku hanya akan berjalan kaki sahaja dari kampus ke kolej namun apabila dah lewat malam dan di tambah pula aku malas nak jalan kaki maka aku ambil keputusan menumpang Elise sahaja. Bunyi teriakan menarik perhatian kami. Masing-masing berlari ke arah taman yang terletak berhampiran belakang fakulti potion. Tedapat 5 orang pelajar berada di taman tersebut. 3 lelaki 2 perempuan. Salah seorang perempuan sudah berada di atas tanah menunjukkan sesuatu yang tak kelihatan di udara dan empat yang lain membaca beberapa jampi.
            “Apa yang terjadi?!” Nick menghampiri. Kelima-lima orang sudah cuak apabila memandang muka Nick yang serius.
            “Bro…Tolong kami…Kami tak sengaja.” Salah seorang pelajar perempuan yang lain menggigil tangannya memegang lengan Nick. Wakil-wakil R.B.M dan majlis persatuan pelajar yang lain tidak mendekati apabila Nick memberi arahan. Pembantu Nick dan Elise menolong memapah pelajar perempuan yang sedang meraung tadi ke tepi. Empat orang yang lain juga turut mengelilingi Elise dan Sara, pembantu Nick.
Nick mengeluarkan wand dan mencuba beberapa jampi namun seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan. Makhluk yang menyerang masih tak kelihatan pada pandangan mata kasar. Beberapa orang wakil persatuan pelajar dan R.B.M sudah mula membuat spekulasi sendiri.
            “Vic! Kau tolonglah Senior Nick tu.” Elise menjerit namaku.
            “Tak payah! Aku boleh uruskan benda ni.” Aku angkat bahu sahaja apabila Nick dah kata macam tu.
            Beberapa minit kemudian Nick masih di serang. Aku kira sudah banyak luka di lengan lelaki itu. Adoi bosan betul mamat ni berlawan. Aku menghampiri Nick.
            “Eh apasal awak datang sini? Pergi sana balik!” Nick memarahiku. Aku mencebik.
            “Suka hati akulah nak duduk mana pun.” Aku menolak Nick menggunakan angin. Nick tercampak ke belakang. Beberapa wakil persatuan pelajar menyambut Nick. Muka Nick sudah merah menahan marah.
            “Hey! Pergi baliklah. Malam-malam ni orang nak tidur tahu! Kau nak aku bagitahu mak ayah kau ke? Haritu dah bagi amaran jangan kacau orang kan?!” Beberapa orang ketawa mendengar kata-kataku. Namun aku buat tak peduli.
            “Dah! Jangan nak mengada-ngada nak manja-manja dengan aku. Esok-esok aku main dengan kau.” Bunyi ketawa makin galak kedengaran. Elise turut tak ketinggalan.
            “Ye! Aku janji nanti-nanti aku main dengan kau. Sekarang pergi balik! Kau jangan datang sini lagi melainkan aku panggil kau.” Angin malam menderu kuat. Aku berpaling  ke belakang sambil cekak pinggang.
            “Kau orang pelajar apa?” Aku memandang ke arah lima orang budak tadi.
            “Ancient runes dan charm.” Salah seorang daripada mereka menjawab.
            “Sem satu?” Mereka mengangguk. Padanlah!
            “Jangan main-main dengan jampi boleh tak? Kalau benda tadi tu mengamuk dah lama korang mati sia-sia tahu tak.” Aku bagi amaran. Yang lain terpinga-pinga. Semudah itu sahaja menghalau makhluk yang tak kelihatan?
            “Elise jom balik aku dah mengantuk.” Aku mengajak. Elise mengangguk tanda setuju.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review