Saturday, October 16, 2010

You & I [5]

Posted by Snow_Queen at 2:40 AM

Aku membetulkan robeku dan dalam masa yang sama aku terasa pelik kerana tiada siapa memandangku pelik. Peristiwa semalam juga langsung tak diungkit. Huish ni dah boleh di kira sebagai keajaiban dunia ni.
            “Morning Vic!” Mine menegurku.
            “Morning! Pagi ni ada apa-apa ke?” Aku memandang Mine pelik. Kesemua pelajar kelihatan bergegas menuju ke dewan perhimpunan.
            “Pengetua nak umumkan sesuatu. Kita tunggu jelah dia nak bagitahu apa.” Aku dan Mine bergegas menuju ke dewan. Pengetua kolej jarang turun padang melainkan ada benda-benda penting yang perlu dilaksanakan segera. Setelah semua pelajar Elegance mengambil tempat masing-masing, Sir Kent, pengetua kolej Elegance melangkah masuk ke dalam dewan. Semua pelajar berdiri sebagai tanda hormat. Kami semua duduk kembali setelah Sir Kent memberi arahan untuk duduk.
            “Pertama kali…Minta maaf mengambil masa kalian namun oleh kerana arahan terbaru baru dikeluarkan oleh kementerian sihir dan perkara ini perlu di laksanakan dengan kadar segera maka saya terpaksa memanggil anda semua dalam keadaan tergesa-gesa. Disini saya ingin mengumumkan kepada kalian bahawa setiap pelajar kolej Elegance dikehendaki menginap di asrama kolej dan arahan ini sudah berkuatkuasa. Selewat-lewatnya pada petang lusa kalian semua sudah siap berpindah masuk. Nama kalian boleh rujuk di papan kenyataan pada tengah hari nanti. Segala pertanyaan sila rujuk ketua jabatan atau dean masing-masing. Terima kasih.” Dan Sir Kent terus beredar. Terdengar bunyi keluhan beberapa orang pelajar. Yang sudah tinggal di asrama sejak dari awal hanya tersenyum. Aku dan Mine saling berpandangan.
            “Aku tak nak tinggal di asrama!” Mulut Mine dah muncung.
            “Kenapa pula?” Aku bertanya hairan.
            “Kau tak dengar cerita ke yang asrama kita tu berpuaka?” Aku tergelak mendengar statement Mine.
            “Apa yang kau merepek ni? Berpuaka? Nonsense.” Aku menggeleng kepala sambil bangun dan melangkah keluar dari dewan. Hari itu dia juga yang beriya-iya nak ikut aku masuk asrama. Hari ini dah tukar fikiran pula.

***
“Sir kenapa tiba-tiba sahaja kami semua mesti tinggal di asrama?” Adrian bertanya sebaik sahaja Sir Fred masuk ke dalam kelas kami. Sir Fred memetik jari dan semua tingkap kelas tertutup sendiri. Langsir-langsir berwarna hitam memisahkan kami dengan dunia luar. Keadaan kelas yang gelap jelita menjadi sedikit suram dengan cahaya lilin yang terapung di sekitar kelas. Sir Fred suka mengajar dalam gelap kerana baginya baru seronok. Kalau dulu semester satu memang meremang bulu roma aku dan Mine namun sekarang kami sudah biasa.
            “Perkara ini adalah rahsia besar. Kementerian menghalang maklumat ni daripada di sebar dan sampai ke pengetahuan awam. Ada khabar angin yang menyatakan Ogguros sudah terlepas dan ada beberapa khabar angin pula yang menyatakan beberapa pengikut Ogguros sedang bangkit secara perlahan-lahan untuk mengukuhkan kuasa mereka. Apa pun semua ni adalah berita hangat yang sedang berlegar di bilik pensyarah semua kolej. Oleh itu, untuk keselamatan kamu semua kementerian menyuruh pindah masuk ke dalam kolej. Malah kami para pensyarah yang bujang pun kena pindah masuk ke dalam kolej untuk menjaga kamu.” Sir Fred duduk di atas mejaku sambil bercerita. Beberapa orang rakan sekelasku berbisik sesama sendiri.
            “Habis tu bagaimana dengan keluarga kami Sir?” Mine bertanya. Sir Fred memandang Mine dan tersenyum manis.
           “Soalan yang bagus Miss Emerald. Pihak kementerian akan sedaya upaya menjaga ahli keluarga semua pelajar. Bagi pelajar yang ibu bapa mereka duduk di luar negara memang dah sah-sah selamat. Lagi pun ayah kamu berkerja di kementerian Miss Emerald jangan risau. Dia mesti ada ikhtiar.” Mr Fred bangun dan menuju ke depan.
            “Buka muka surat 347.” Arahan Sir Fred itu menandakan bahawa sesi perbincangan sudah di tutup. Aku bersyukur kerana ahli keluargaku berada di luar negara. Dan ini juga menyebabkan aku bersyukur kerana aku berada dalam jurusan dark magic. Apa sahaja yang kami ingin tahu para pensyarah tak akan teragak-agak untuk beritahu meskipun itu adalah maklumat sulit. Namun hanya kepada pelajar sem 6-11 sahaja para pensyarah menjadi terbuka kerana peringkat kami boleh di kira sebagai matang. Kalau pelajar jurusan lain yang bertanya jangan harap ada pensyarah nak buka mulut melainkan kepada pelajar yang mereka percayai sahaja.
***
Usai makan tengah hari aku dan Mine menuju ke papan kenyataan untuk melihat nama kami. Nasib kami baik apabila hanya 2-3 orang pelajar sahaja di situ. Aku meminta Mine melihat senarai rumah Dandelion, Silver dan Magnificent manakala aku menyemak senarai rumah Exile, Ravenhearst dan Angelic.
            “Tak adalah. Kat sini ada?” Mine memandangku. Aku menyuruh dia tunggu sekejap.
            “Tak adalah. Dorang tertinggal nama kita tak?” Aku memandang Mine.
            “Hai nama glamour buat hal macam kita di lupakan? Ini suatu penghinaan!” Mine buat muncung. Aku hanya ketawa dan menarik tangan dia masuk ke dalam fakulti kami.

            “Sis Mia..Nama kami tak ada dalam list asramalah.” Aku mengadu kepada pembantu fakulti yang sedang duduk di kaunter.
            “Hah? Nama glamour macam kamu tak masuk dalam list?” Sis Mia tergelak.
            “Entah Sis..Ini satu penghinaan bagi kami.” Mine menyampuk. Bertambah galak ketawa Sis Mia. Di ingatkan sekali lagi bahawa fakulti kami memang jenis tak betul sedikit.
            “Apa hal ni Mia?” Madam Ana yang baru masuk ke dalam pejabat menegur. Dari jauh dia sudah mendengar ketawa ala-ala hantu Mia.
            “Ni hah budak berdua ni nama diaorang tak ada dalam list asrama.” Sis Mia menghubungi jabatan hal ehwal pelajar(H.E.P) dan memberitahu masalah kami. Madam Ana menggeleng kepala dan terus berlalu.
            “Mereka cakap petang nanti kau orang pergi tengok sekali lagi papan kenyataan.” Aku mengangguk.
            “Alah kita tengok esok sahajalah. Harini kelas habis awal tak kuasa nak tunggu.” Mine memandangku. Aku angguk sahaja. Aku pun malas nak tunggu lama-lama dekat kolej hari ini.
            “Vic sini sekejap.” Sir Ryu yang muncul entah dari mana memanggilku. Aku memberi isyarat kepada Mine yang sedang sibuk bergosip dengan Sis Mia bahawa Sir Ryu hendak berjumpa denganku. Dia hanya mengangguk sebelum meneruskan kembali perbualan dengan Sis Mia.
            “Ada apa Sir?” Aku mendekati Sir Ryu. Warna coklat cair anak mata Sir Ryu amat memikat sesiapa sahaja yang memandang.
            “Malam ini ada perjumpaan dengan persatuan pelajar yang selalu bertugas menjaga asrama. Awak kena datang.” Sir Ryu memandangku.
            “Eh malam ni kan ada majlis Ursa untuk pelajar charm? Bukan pelajar-pelajar lain tak boleh ada ke dalam kampus sewaktu majlis sedang berlangsung?” Aku memandang Sir Ryu. Takut juga aku kalau tiba-tiba ada yang menyerang. Majlis Ursa adalah majlis di mana mereka cuba mengawal magis campuran di udara dan menyerang musuh menggunakan jampi Ursa. Ursa adalah salah seorang lagenda dalam dunia sihir. Majlis ini di buat untuk pelajar charms semester 8.
            “Ritual tu mereka akan buat di tempat lain jadi kampus available. So malam ini pukul 8 okay?” Aku hanya mengangguk dan kembali mendapatkan Mine.
            “Apa hal?” Sis Mia memandangku.
            “Meetinglah malam ni. Malas betul.” Mine hanya menepuk bahuku tanda simpati.
***
            “Oi cik adik..Sorang je ke?” Soo Hyun memandangku. Aku mendekati Soo Hyun yang sedang menyandar di dinding luar kampus. Eli dan Xander masing-masing sudah duduk atas lantai.
            “Sorang jelah. Ni apa hal kau orang tak balik lagi? Dating?” Aku menangalkan robeku dan sumbat masuk ke dalam beg. Malas nak lipat. Beberapa pelajar yang lalu mengerling aku.
            “Dating kemende. Tunggu Dongho. Kau nak pergi mana?” Eli menyampuk.
            “Eleh mana tau. Nak balik la. Malam nanti ada meeting. Bosan. Eh mana yang lain?” Aku tiup rambut yang jatuh ke dahi.
            “Hahaha..Padan muka. Entah la..Masing-masing ada kaki jalan merata la. Kau nak ikut kitaorang? Xander memandangku.
            “Huh? Kau orang nak pergi mana?” Aku duduk sebelah Soo Hyun dan menyandarkan badanku kepada badannya. Sebenarnya aku sudah mengenali Soo Hyun, Ki Bum, Dongho, Ki Seop, Xander dan Eli sudah lama semenjak minggu orientasi semester satu manakala mereka pula berada di semester dua. Cuma aku tak berapa rapat dengan Kevin sangat kerana dia selalu tiada sewaktu aku melepak dengan rakan-rakanya yang lain-lain. Waktu dia menegur aku hari itu pun sudah di kira ajaib. Kira sudah enam semester aku mengenali mereka. Walaupun mereka ini berlainan kursus namun semangat setiakawan antara mereka membuatkan aku kagum.
            “Wei! Sorry lambat!” Dongho berlari anak mendekati kami.
            “Oh! Hai Vic!” Dia menyapaku. Aku angguk kepala sahaja.
            “Jom!” Dan aku pun ikut jelah mamat-mamat ni berkeliaran.
***
Ternganga aku apabila melihat destinasi tujuan kami. Aku memandang Dong Ho namun dia tetap tersenyum.
            “Kau orang biar betul?” Aku gosok mataku sekali lagi.
            “Betulah. Jom masuk.” Eli menarik tanganku masuk ke dalam sebuah kedai. Aku peluk lengan Eli. Bukan takut tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ada sesiapa atau apa-apa yang menyerangku bolehlah aku tolak si Eli ni dulu hatiku berbisik jahat.
            “Selamat datang! Macam biasa?” Pelayan kedai memandang Xander dan Dongho.  Xander mengangguk. Pelayan kedai meletakkan gelas di atas bar dan Xander minum dengan rakus seolah-olah tak jumpa air selama setahun. Beberapa pelanggan memandangku pelik. Dongho juga begitu.

Kelab Voir, sebuah kelab untuk mendapatkan barang-barang yang jarang didapati dan juga tempat berlibur bagi vampire. Kalau hendak mengumpul apa-apa maklumat juga boleh ke sini. Namun ini kali pertama aku ke sini. Selama ini hanya mendengar sahaja cerita-cerita orang. Melihat Xander dan Dongho meneguk darah membuatkan tekakku sedikit kembang. Walaupun aku tahu mereka berdua adalah Vampire namun tak pernah pula mereka minum darah di depanku.        
            “Ada barang baru Miranda?” Soo Hyun memandang pelayan di bar. Miranda mengangguk. Dia membawa aku, Soo Hyun dan Eli ke dalam sebuah bilik gelap. Aku melihat ratusan barang terkumpul di dalam kaca hiasan. Sementara Eli dan Soo Hyun berbicara dengan Miranda, aku melihat-lihat barang di dalam kaca-kaca hiasan. Aku memandang sebentuk cincin emas putih yang bertahtakan berlian merah. Ini yang dorang kata pelik? Dekat kedai emas pun berlambak.
            “Ini kepunyaan puteri Wendy dari keturuan di raja vampire. Cincin ini memiliki kuasa yang luar biasa. Batu diamond tu bukan berwarna merah semata-mata tetapi itu adalah darah puteri Wendy sendiri. Cincin ni tak di jual kerana takut jatuh di tangan pihak yang salah. Cincin ini yang mencari tuannya sendiri.” Miranda menerangkan padaku. Entah muncul dari mana minah ni. Aku hanya mengangguk.
Aku menunjukkan seuncang magic powder kepada Miranda. Tak payah lihat aku sudah tahu  apa kegunaan magic powder ini. Miranda tersenyum memandangku. Usai berurus niaga kami berempat keluar. Dong Ho dan Xander sudah menanti kami di pintu keluar Voir.

1 under spell:

Anonymous said...

snow cpt2 smbung..
xsbr nk bc..
ari2 bk snow punye blog..
xsbr nk bc part vic dgn kevin..
sume krya snow mmg best la...
truskn b'krya snow..
chaiyok2..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review