Friday, October 15, 2010

You & I [4]

Posted by Snow_Queen at 5:49 PM

“Aish! Banyak betul kerja harini.” Mine menongkat dagu dengan tangan. Aku mengukir senyuman nipis. Aku lagi sibuk tapi tak kecoh pun. Ye sibuk main heheheh..
            “Vic!” Aku memandang Mine yang mengembungkan kedua-dua belah pipinya dan menjulingkan kedua-dua belah matanya. Aku tergelak perlahan. Ada-ada sahaja kawanku yang seorang ni.
            “Boom!” Aku dan Mine saling berpandangan sebelum masing-masing menghulurkan kepala ke luar tingkap. Orang ramai berkumpul di suatu kawasan.
            “Apa hal tu?” Mine berbisik sendiri.
            “Ada orang kenakan budak tu.” Love tiba-tiba berdiri di sebelah aku.
            “Kenakan?” Aku memicingkan pandangan untuk melihat dengan lebih jelas.
            “Dan yang pastinya kerja budak kita. Bau dark magic harum mewangi di udara. Dark magic banzai! Yeah!” Aku tergelak. Love ni sedikit pelik orangnya tapi berguna dalam bab-bab hacker. Memang tak dapat dinafikan setiap pelajar dark magic mempunyai keistimewaan masing-masing dan oleh sebab itu kami memerlukan satu-sama lain. Nampak agak mementingkan diri bukan?

Aku berjalan seorang diri menuju ke koridor fakulti charms untuk menghantar assignment. Mine harus segera pulang dan meminta aku turut menghantar kerja dia. Aku mengerutkan kening apabila langkahku terasa berat. Haih siapa nak main-main dengan aku ni? Aku memandang sekeliling. Kesemua pelajar charms dan beberapa pelajar fakulti lain yang berada di situ memandangku sinis. Adoi! Aku ni nak balik cepat tak ada masa nak main-main. Karang ada yang rentung secara percuma ni. Langkahku semakin berat terasa seolah-olah kakiku diperbuat daripada simen. Aku baling assignmentku ke udara dan tapak tangan kanan kiriku saling bercantum. Mulutku terkumat-kamit melancarkan serangan. Aku tersenyum sinis. Nampaknya lawan yang mengenakanku boleh tahan hebat orangnya dan aku tahu ini perbuatan siapa. Aku menarik nafas dalam.
            “Hentikan sahaja sebelum aku matikan kau dengan tangan aku sendiri!” Aku bersuara akhirnya. Aku memandang ke arah hadapan. Nick memunculkan dirinya di depanku. Dia tersenyum nipis. Masih tak berubah si Vic ni getus hati Nick.
            “Aku akan lepaskan kau kalau kau keluar date dengan aku.” Nick membuat tawaran. Aku tergelak sinis.
            “Keluar dengan orang macam kau? Dalam mimpi pun aku tak nak!” Aku merenung tajam anak mata Nick.
            “Dulu kan kita….” Belum sempat Nick menghabiskan kata-kata angin menderu kuat. Awan-awan di langit berubah menjadi hitam. Kertas-kertas dan buku melayang di udara dan sekitar koridor mengikut pukulan tarian sang angin. Guruh, kilat dan ribut menjadi satu. Beberapa patung hiasan yang ada menjadi retak. Nick memandang muka Vicky yang dah berubah menjadi pucat lesi dan urat-urat berwarna hitam timbul di muka Vicky. Mata Vicky juga dah bertukar. Warna putih semuanya. Anak mata hitam juga bertukar bentuk menjadi bentuk bulan sabit Pelajar-pelajar yang lain perlahan-lahan ke belakang. Nick cuba untuk menyentuh Vicky namun terpelanting ke belakang.

Kevin, Eli, Soo Hyun dan Ki Bum muncul tiba-tiba. Eli, Soo Hyun dan Ki Bum memandang Kevin. Nick bangun dan cuba untuk menghampiri sekali lagi namun pantas di tegah oleh Ki Bum.
            “Kalau kau nak mati cepat silakan dekat dengan dia.” Kata-kata Ki Bum menyebabkan langkah Nick terhenti. Datang pula beberapa pelajar dark magic dari semester berbeza. Masing-masing teruja hendak melihat apa yang berlaku. Bagi pelajar sem 1 dark magic ini adalah fenomena luar biasa dan mesti dilihat. Kevin melangkah ke hadapan. Gelombang arus elektrik yang mengelilingi Vicky langsung tak menjejaskan dirinya. Perlahan-lahan dia memeluk Vicky dan membisikan sesuatu di telinga gadis itu. Vicky terus jatuh pengsan sebaik sahaja Kevin selesai berkata-kata.
            “Ada sesiapa yang buat dia marah?” Eli bertanya tegas. Nick menelan air liur kesat. Takkanlah Vicky begitu benci melihat dia sampai bertukar menjadi begitu. Kevin mencempung tubuh Vicky dan mereka berlima hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Love yang turut berada di tempat kejadian tersenyum manis. Dia suka bau haruman dark magic di udara dan yang kali ini lebih wangi.
***
Aku membuka mata perlahan. Pening di kepala tak terkira. Aku terasa ada tangan yang menyentuh tanganku. Elise dan Love memandangku dengan pandangan risau.
            “Macam mana aku boleh ada dekat sini?” Aku memandang sekeliling bilik rawatan kolej.
            “Kau dah lupa apa yang terjadi?” Love menyoal. Segara ingatanku mengingati kejadian tadi. Nampaknya Nick cari pasal pada masa yang salah.
            “Aku balik dulu.” Aku bangun dan mengambil robe dan begku.
            “Kau betul ke dah okay?” Elise memandangku. Aku mengangguk.
Sebaik sahaja aku melangkah keluar aku tersempak dengan Xander, Eli, Ki Bum, Soo Hyun, Dongho dan Ki Seop.
            “Apa yang kau orang buat dekat sini?” Aku menyoal.
            “Kitaorang nak tengok kau. Kau okay?” Xander bertanya mewakili kawan-kawannya.
            Okay. Thanks guys.” Dan matanya terus menangkap jarum jam di pergelangan tangan.
            Homaigosh! I’m very very late. Pergi dulu!” Dan Vicky terus berlari menuju ke gate kolej sambil merungut. Xander ketawa perlahan dengan telatah Vicky.
           
           
           

1 under spell:

Anonymous said...

best bah..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review